Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan

Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa

0
273

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa. Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 yang bertajuk “Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa”. Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM hujung tahun adalah dinasihatkan untuk mengulangkaji pelajaran sekerap mungkin untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Semoga nota sejarah Tingkatan 5 bab 3 SPM ini boleh dijadikan bahan rujukan buat pelajar dalam menghadapi peperiksaan dan juga dalam menyiapkan Kertas 3 Sejarah.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa

Berikut adalah Nota Sejarah SPM Bab 3 bertajuk Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa.

3.1 Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa

a) Ciri-ciri Sistem Politik Masyarakat Melayu Tradisional

  • Kemunculan kerajaan adalah disebabkan adanya raja
  • Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan
  • Tanggungjawab raja :
    • Memberi perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat di kawasannya
  • Rakyat membalas dengan cara menerima dan mengakui kekuasaan raja
  • Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah
  • Kerajaan kuat akan menakluk kerajaan yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. Contoh Kesultanan Melayu Melaka

b) Perubahan yang dilakukan oleh British setelah campur tangan di Semenanjung Tanah Melayu

  • British merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri
  • British menetapkan sempadan setiap kerajaan
  • Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri
  • Pengenalan Malayan Union 1946 di Tanah Melayu adalah untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden telah ditentang oleh orang Melayu
  • Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah menggabungkan semua negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat
  • Kemerdekaan kepada PTM 1957 telah menjadikan Tanah Melayu sebagai negara yang merdeka
  • Persetujuan Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat.

c) Ciri-ciri bangsa yang terdapat dalam bangsa Malaysia – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3

  • Dikemukakan oleh Dato Seri Dr Mahathir semasa Majlis Perniagaan Malaysia 1991
  • Konsep bangsa merujuk kepada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya dan kepercayaan
  • Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan, pengamalan kebudayaan kebangsaan serta Rukun negara
  • Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan
  • Ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka, semasa penjajahan Barat dan perjuangan menuntut kemerdekaan

3.1.1 Pembinaan Negara dan Bangsa Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3

1. Pembinaan Negara Bangsa Moden di Eropah

a) Merujuk kepada negara bangsa moden di Eropah pada penghujung abad ke 18 dan ke 19

b) Idea penubuhan negara bangsa tercetus hasil daripada :

  • Revolusi Inggeris
  • Perang Kemerdekaan Amerika
  • Revolusi Perancis

c) Idea-idea penting dalam pembentukan negara bangsa di Eropah merangkumi :

  • Hak rakyat
  • Kerajaan berperlembagaan
  • Negara bangsa moden
  • Sempadan rumpun bangsa

d) Pembentukan negara bangsa menjadi matlamat akhir perjuangan golongan nasionalis

e) Perang Dunia Pertama berakhir dengan kekalahan Jerman dan sekutunya

f) Pada Persidangan Damai Paris kesepakatan dicapai melalui Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson yang menetapkan dua prinsip iaitu :

  • Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
  • Prinsip sempadan dan negara berasaaskan bangsa

g) Kesannya :

  • empayar Austria Hunggary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan
  • Pelbagai ehnik dan bangsa beroleh kemerdekaan
  • 7 negara bangsa baru yang muncul di Eropah. Antaranya :
    • Estonia
    • Finland
    • Latvia
    • Poland
    • Yugoslavia

2. Pembentukan Negara Bangsa Itali – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3

a) Itali asalnya dikuasai oleh Austria dan rakyatnya mahu menyatukan Itali dengan membebaskan diri daripada pemerintahan Austria

b) Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara melalui Realpolitik

c) Realpolitik adalah amalan yang mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamatnya

d) Usaha Benso di Cavour dalam penyatuan Itali :

  • Bekerjasama dgn Napoleon III menentang Austria
  • Mengadakan punggutan suara
  • Membantu Prussia tewaskan Austria
  • Menyatukan berlandaskan pemerintahan monarki
  • Menyatukan melalui amalan Realpolitk
  • Perancis berundur dari Rom, beliau telah mengambil kesempatan menyatukan Rom dan Itali. Akhirnya terbentuklah sebuah negara bangsa Itali

3. Pembentukan Negara Bangsa Jerman

a) Penyatuan Jerman dilakukan oleh Otto Eduard Von Bismark dengan mengamalkan Realpolitik dan politik darah dan besi

b) Taktik yang digunakan oleh tokoh ini :

  • Tipu helah
  • Pemalsuan dokumen
  • Provokasi
  • Penipuan

c) Matlamatnya adalah untuk menyatukan Jerman dan rakyatnya menerima sistem kediktatoran yang diperjuangkan oleh tokoh mereka

d) Tokoh ini juga menggunakan isu membenci kuasa asing

4. Pembentukan Kerajaan Islam di Madinah

a) Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan penyatuan ummah

b) Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah

c) Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk yang berbilang kaum iaitu Yahudi, orang Kristian dan orang Arab.

d) Baginda membentuk Kerajaan Islam dengan menggunakan cara diplomatik, musyawarah dan permuafakatan

e) Pembentukan kerajaan Islam di Madinah membuktikan bahawa wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat

5. Pembentukan Negara dan Bangsa Malaysia

a) Pembentukan negara Malaysia tidak melibatkan pertumpahan darah dan berkat kebijaksanaan pemimpin

b) Kemerdekaan dicapai melalui rundingan, pakatan murni dantolak ansur antara 3 kaum terbesar

3.1.2 Ciri-ciri Negara Dan Bangsa

Negara

  • Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yang berwibawa
  • Merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan
  • Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu

Bangsa

  • Merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah
  • Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah
  • Idea bangsa digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu padu dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum demi membentuk

Kerajaan

  • Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara
  • Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara
  • Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan

Perlembagaan

  • Peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara
  • Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini

3.2 Ciri-Ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

Wilayah Pengaruh

  • Wilayah – Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum
  • Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja dipanggil Wilayah Pengaruh
  • Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Timur Sumatera

Kedaulatan

  • Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak
  • Kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang
  • Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing

Lambang-lambang

  • Lambang Negara – Simbol atau tanda yang mempunyai identiti sesebuah negara
  • Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa
  • Sistem Pemerintahan Beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka
  • Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana

Keunggulan Undang-Undang – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3

  • Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat
  • Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu :
    • Hukum Kanun Melaka
      • Mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan masyarakat
      • Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan undang-undang keluarga
    • Undang-Undang Laut Melaka
      • Berkaitan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah

Rakyat

  • Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut
  • Sebagai tanda ketaatan , rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga

Kerajaan

  • Badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana

3.3 Warisan Negeri-Negeri Melayu

a) Warisan Kesultanan Melayu Melaka

  • Pemerintah menggunakan gelaran Sultan
  • Agama Islam sebagai agama rasmi
  • Sistem pewarisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • Mengamalkan sistem pembesar empat lipatan
  • Adat istiadat Melayu

3.3.1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

a) Pengasas

  • Sultan Abu Bakar (1895)

b) Kandungan

  • Keturunan sebagai pewaris
  • Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor
  • Agama Islam sebagai agama negeri

c) Syarat Menjadi Raja

  • Berbangsa Melayu
  • Lelaki
  • Beragama Islam
  • Waris Sultan

d) Larangan

  • Raja, Menteri dan Jemaah Pengakuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain

e) Kuasa Sultan

  • Memilih Menteri Besar
  • Memperkenan jawatan Naib Menteri Besar yang ditentukan oleh Jemaah Menteri

f) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

  • Majlis Negeri mempunyai kuasa perundangan dan membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat
  • Jemaah Menteri yang mempunyai kuasa pelaksanaan

g) Kepentingan

  • Membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi mengganti pemerintahan beraja berkuasa mutlak
  • Berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor
  • Menghalang rancangan British menguasai negeri Johor

3.3.2 Undang-undang Tubuh Kerajaan Terangganu 

a) Pengasas

  • Sultan Zainal Abidin III (1911)

b) Kandungan

  • Pelantikan raja
  • Syarat menjadi raja
  • Waris takhta
  • Zuriat raja dan lain-lain

c) Syarat Menjadi Raja

  • Berbangsa Melayu
  • Lelaki
  • Beragama Islam
  • Waris Sultan

d) Larangan

  • Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah daripada menyerahkan negeri kepada kuasa lain

e) Kuasa Sultan

  • Melantik Menteri Besar
  • Memperkenankan jawatan Naib Menteri Besar yang ditentukan oleh Jemaah Menteri

f) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

  • Majlis Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan
    Jemaah Menteri untuk :

    • Mentadbir negeri
    • Menggubal undang-undang dan peraturan
    • Menjaga kebajikan rakyat
    • Menjaga keamanan
    • Menjalin hubungan persahabatan dengan negeri lain

g) Kepentingan

  • Menjamin sistem pentadbiran Terengganu
  • Menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu
  • Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran
  • Benteng atau tulang belakang untuk mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu

3.3.3 Sistem Jemaah Menteri di Kelantan

Latar belakang

  • Sistem Jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836)
  • Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kelantan
  • Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan
  • Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan :
    • Jemaah Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia
    • Jemaah Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan
    • J Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman
    • Jemaah Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri
    • Jemaah Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri
    • J Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda, dan hasil mahsul
    • Jemaah Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri
    • Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri

3.3.4 Negeri Sembilan – Prinsip Demokrasi dan Konsep Persekutuan

Latar Belakang

  • Negeri Sembilan terdiri dari 9 buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir
  • Pada abad ke 18, Negeri Sembilan mempunyai rajanya sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran Yamtuan Besar
  • Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama mirip persekutuan sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
  • Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Adat Pepatih iaitu kedaulatan berada ditangan rakyat
  • Mengikut hieraki Adat Pepatih, pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yg kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.

Unsur demokrasi dalam Sistem Pemilihan Pemimpin di Negeri Sembilan

  • Negeri Sembilan dibahagikan kepada 4 daerah atau jajahan yang disebut luak :
    • Rembau
    • Sungai Ujong
    • Jelebu
    • Johol
  • Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga
  • Undang dipertanggungjawabkan melantik Yang Dipertuan Besar
  • Lembaga pula dipilih oleh Buapak
  • Lembaga merupakan ketua suku dan bertanggungjawab terhadap suku masing-masing
  • Buapak merupakan Ketua Perut
  • Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah
  • Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya yg berkaitan dgn adat
  • Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada indiviu mengikut peringkat.

Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa ini bermanfaat buat semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM nanti. Jom ulangkaji mata pelajaran Sejarah sekarang.

(Visited 207 times, 1 visits today)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here