SKEMA JAWAPAN

Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

Contoh Soalan Dan Jawapan Sejarah Kertas 3

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British. Berikut adalah Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British yang dapat dikongsikan pada anda sebagai rujukan menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Untuk koleksi contoh soalan dan skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM boleh dirujuk di SKEMA JAWAPAN. Untuk makluman, tema umum Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2014 adalah bertajuk Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British. Tema umum Sejarah Kertas 3 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) ini adalah sebagai persediaan buat pelajar dalam menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah kertas 3 yang bernombor 1249/3.

Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas KedatanganBritish - Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

Kertas 3 Sejarah : Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

Tema Umum: Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

Diingatkan calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Kertas soalan yang disediakan mengandungi satu Tugasan Spesifik. Jawapan daripada calon hendaklah ditulis dalam bentuk esei. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

Peringatan kepada calon bahawa tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan / bilik peperiksaan. Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan yang disediakan. Akhir sekali, calon dinasihati supaya membuat perancangan masa yang bersesuaian dengan peruntukan markah yang diberikan.

TUGASAN SPESIFIK BAGI TEMA: Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

Soalan: Sejak dari dahulu lagi Tanah Melayu telah mempunyai sistem ekonomi tersendiri. Selepas kedatangan British, sistem ekonomi tersebut diubah mengikut kepentingan mereka. Perubahan tersebut telah memberi kesan kepada perkembangan ekonomi dan masyarakat di negara kita. Bincangkan perkembangan ekonomi sebelum dan selepas kedatangan British serta kesannya terhadap masyarakat di negara kita.

TUGASAN SPESIFIK : PERKEMBANGAN EKONOMI SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN BRITISH

ASPEKPERINCIANMARKAH
Pengenalan1. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British.5
Isi dan huraian2. Ciri-ciri ekonomi tradisional.15
3. Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.10
4. Perkembangan kegiatan berikut:-
  • (i) Perusahaan getah
  • (ii) Perlombongan bijih timah
30
5. Kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita dalam kegiatan ekonomi di peringkat antarabangsa.10
6. Kemajuan ekonomi dapat mensejahterakan rakyat Malaysia. Buktikan pernyataan tersebut.10
7. Cadangan dan langkah untuk menjadi negara maju:-
  • (i) Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi negara maju. (5m)
  • (ii) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m)
10
8. Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi negara.5
Kesimpulan8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:-
  • (a) Pengetahuan yang diperoleh.
  • (b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.
  • (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5

KERANGKA JAWAPAN

PERATURAN PEMARKAHAN
MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2014

AMARAN: Peraturan permarkahan ini SULIT. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa bentuk media.

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British)

SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1

1. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British.

  • F1 Masyarakat Melayu menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti melombong. (1m)
  • F2 Bercucuk tanam. (1m)
  • F3 Memungut hasil hutan. (1m)
  • F4 Menternak binatang. (1m)
  • F5 Menangkap ikan. (1m)
  • F6 Secara kecil-kecilan. (1m)
  • F7 Dikenali sebagai kegiatan ekonomi sara diri. (1m)
5
2

2. Ciri-ciri ekonomi tradisional. Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

  • F1 Pengeluaran dilakukan dalam skala yang kecil. (1m)
  • F2 Menggunakan teknologi yang mudah. (1m)
  • F3 Modal yang kecil. (1m)
  • F4 Jumlah buruh yang terhad. (1m)
  • F5 Pasaran yang kecil. (1m)
  • F6 Lebihan pengeluaran biasanya digunakan semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat untuk:- (1m)
    H6a Pertukaran barangan. (1m)
    H6b Kenduri-kendara. (1m)
    H6c Pembayaran zakat. (1m)
    H6d Sedekah. (1m)
    H6e Hadiah. (1m)
  • F7 Ada kalanya lebihan pengeluaran disimpan untuk satu tempoh tertentu. (1m)
  • F8 Terutamanya dalam aktiviti ekonomi yang bermusim. (1m)
  • F9 Seperti penanaman padi. (1m)
  • F10 Bertujuan memastikan kelangsungan bekalan makanan. (1m)
  • F11 Masyarakat Melayu turut mengusahakan tanaman dan menternak binatang. (1m)

  • F11a Seperti ubi, pisang dan kelapa. (1m)
  • F11b Menternak ayam, itik, lembu dan kerbau. (1m)
  • F11c Untuk menambah sumber bekalan makanan. (1m)
  • F11d Memenuhi keperluan sesebuah keluarga sahaja. (1m)
  • F12 Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pelbagai. (1m)
  • F13 Kebanyakan bertujuan memenuhi keperluan sendiri. (1m)
  • F14 Masyarakat Melayu menggunakan teknologi yang mudah. (1m)

  • F14a Menggunakan peralatan asas. (1m)
  • F14b Yang diperbuat daripada bahan yang terdapat di sekitar mereka. (1m)
  • F14c Penanaman padi menggunakan tajak, cangkul, tugal dan tenggala. (1m)
  • F14d Sistem pengairan bersumberkan air dari sungai atau hujan yang bermusim. (1m)
  • F14e Menggunakan kaedah menangkap ikan yang berbeza-beza. (1m)
  • F14f Bergantung pada kawasan penangkapan sama ada di laut, sungai atau sawah Padi. (1m)
  • F14g Kaedah biasa seperti menggunakan tali kail, bubu dan jala. (1m)
  • F14h Teknologi kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu lebih banyak menggunakan tenaga binatang atau manusia dan bukannya mesin. (1m)
  • F15 Menggunakan sumber tenaga kerja yang kecil. (1m)
  • F16 Tidak berasaskan modal yang besar. (1m)
  • F17 Aktiviti ekonomi biasanya dilakukan secara bersama oleh sesebuah ahli Keluarga. (1m)
  • F18 Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas. (1m)
  • F19 Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur. (1m)
15
3

3 . Kegiatan Ekonomi dagangan di Tanah Melayu – Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

  • F1 Merujuk kepada kegiatan pertanian / perlombongan. (1m)
    H1a Melibatkan lebihan pengeluaran. (1m)
    H1b Untuk tujuan pemasaran. (1m)
    H1c Pengeluaran berskala besar. (1m)
    H1d Menggunakan tenaga buruh yang banyak. (1m)
    H1e Modal besar. (1m)
    H1f Teknologi lebih tinggi. (1m)
    H1g Pasaran lebih luas. (1m)
  • F2 Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih timah. (1m)
    H2a Ke negara China, Jepun dan India. (1m)
    H2b Bijih timah juga digunakan membuat gendang gangsa, alat senjata dan alat muzik seperti gong. (1m)
  • F3 Sebelum abad ke 19 – lombong bijih timah dimiliki oleh pembesar Melayu. (1m)
  • H3a Dikerjakan oleh buruh tempatan. (1m)
    H3b Kaedah mendulang digunakan. (1m)
    H3c Antara pembesar yang memiliki lombong ialah Long Jaafar / Ngah Ibrahim / Raja Jumaat / Datuk Kelana Putera / Datuk Bandar / Datuk Muda Linggi. (1m)
  • F4 Kehadiran British pada abad ke 19 telah mewujudkan satu rantaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat. (1m)
    H4a Menyebabkan aktiviti ekonomi tradisional di luar bandar terpinggir. (1m)
    H4b Mewujudkan ekonomi duaan / dwiekonomi – ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan / komersial. (1m)
    H4c Wujud ketidakseimbangan antara negeri pantai barat dengan timur. (1m)
    H5d Pada pertengahan abad ke 19 buruh dari China dibawa masuk untuk perlombongan dan pertanian. (1m)
10
4

Terangkan perusahaan-perusahaan berikut:- Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

i) Perusahaan getah.

  • F1- Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa permintaan yang tinggi terhadap getah. (1m)
    H1- Digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta. (1m)
  • F2- Untuk memenuhi permintaan ini, Pihak British telah memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu. (1m)
  • F3- Tanaman getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu sebagai tanaman komersial pada awal abad ke-20. (1m)
    H2- Ditanam di halaman kediaman Residen Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai tanaman hiasan. (1m)
  • F3- Usaha ke arah pekembangan getah dijalankan oleh Henry N. Ridley. (1m)
    H1- Beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada 1988. (1m)
    H2- Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma. (1m)
    H3- Beliau telah berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai iaitu sistem secara Ibidem atau seperti bentuk tulang ikan kering. (1m)
    H4- Ia tidak merosakkan pokok. (1m)
  • F4- Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah. (1m)

  • H1- Menyebabkan harga getah melambung tinggi. (1m)
    H2- Perusahaan getah semakin mendapat tumpuan dan menjadi perusahaan yang penting di Tanah Melayu. (1m)
  • F5- Kemasukan modal asing, iaitu modal milik pelabur Eropah juga merupakan satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. (1m)
    H1- Syarikat yang beribu pejabat di London telah membawa masuk modal melalui penubuhan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu. (1m)
    H2- Antara syarikat yang telah membuka ladang dan menguruskan eksport getah termasuklah Harrisons and Crosfield, Boustead Buttery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby. (1m)
    H3- Menyebabkan lebih banyak ladang baru dibuka di Tanah Melayu. (1m)
  • F6- Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing turut memainkan peranan dalam perluasan kawasan tanaman getah di Tanah Melayu. (1m)
  • F7- Pihak British menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah. (1m)

  • H1- Contohnya pihak British memberikan 4% dividen kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905 serta pengecualian cukai eksport selama 50 tahun. (1m)
  • F8- Infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api turut dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran untuk memudahkan golongan pengusaha. (1m)
    H1- Golongan pengusaha boleh diistilahkan sebagai golongan komprador kepada penjajah British. (1m)
  • F9- Pihak British turut membawa masuk pekerja asing, dari selatan India untuk bekerja dengan gaji yang murah. (1m)
    H1- Ini bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang-ladang getah. (1m)
  • F10- Industri getah telah mengalami kemerosotan semasa Zaman Kemelesetan Ekonomi dunia. (1m)
    H1- Jumlah eksport getah Tanah Melayu telah mengalami kemerosotan antara tahun 1929-1932. (1m)
    H2- Perubahan ekonomi yang berlaku pada peringkat global akan turut memberikan kesan kepada ekonomi sesebuah negara . (1m)
  • F11- Rancangan Sekatan Stevenson telah diperkenalkan bagi menahan kejatuhan harga getah yang bermula pada tahun 1920 secara berterusan. (1m)
    H1- Prinsip asas rancangan ini adalah untuk mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar. (1m)
    H2- Rancangan ini dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928. (1m)

ii) Perlombongan bijih timah. Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

  • F1- Perlombongan telah lama dijalankan oleh orang Melayu dan telah menjadi kegiatan ekonomi dagangan yang penting. (1m)
  • F2- Tanah Melayu kaya dengan hasil galian seperti emas, bijih timah, arang batu, bauksit, antimoni, dan bijih besi. (1m)
    H1- Tanah Melayu digelar sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas oleh pedagang India pada zaman silam. (1m)
  • F3- Bijih timah telah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi. (1m)
    H1- Emas juga telah dilombong oleh masyarakat Melayu sebelum abad ke-20 lagi namun secara kecil-kecilan. (1m)
  • F4- Perusahaan bijih timah telah mendapat perhatian daripada pihak British kerana sektor ini telah mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa. (1m)
    H1- Keadaan ini telah membawa kepada penglibatan pemodal Eropah dalam bidang perlombongan yang telah
    pun sedia diusahakan oleh orang Melayu. (1m)
  • F5- Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah telah bermula mulai pertengahan abad ke-19. (1m)

  • H1- Pada awalnya pengusaha dari China ini dikawal dan dipantau oleh para pembesar Melayu tempatan. (1m)
    H2- Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan. (1m)
    H3- Pembesar Melayu pula akan memastikan bijih timah yang dilombong akan dijual semula kepada mereka. (1m)
    H4- Harga bijih ditentukan oleh para pembesar itu sendiri. (1m)
  • F6- Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini. (1m)
  • F7- Pada awal abad ke-20, industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah. (1m)
    H1- Pemodal dari Eropah bersaing dengan pemodal dari China kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek yang memerlukan perlombongan dijalankan secara besar-besaran. (1m)
    H2- Kemampuan menyediakan modal menyebabkan pemodal Eropah berjaya menguasai sektor pengeluaran bijih timah di Tanah pada abad ke-20. (1m)
  • F8- Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal. (1m)
  • F9- Beberapa enakmen dan undang-undang telah digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan kolonial British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah. (1m)
  • F10- Terdapat pembesar Melayu yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari Negeri-negeri Selat kerana mereka tidak berupaya menyediakan modal. (1m)
  • F11- Penguasaan pemodal dari China dalam sektor perlombongan bijih timah merosot pada abad ke-20. (1m)
    H1- Ini berlaku akibat pengenalan teknologi kapal korek. (1m)
  • F12- Tanah Melayu terus menjadi pengeluar bijih timah yang utama di dunia pada ketika itu sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. (1m)
30
5

Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita dalam kegiatan ekonomi di peringkat antara bangsa.

  • F1- Menjadi pengeluar komoditi utama dunia seperti koko, getah, dan kelapa sawit. (1m)
  • F2- Memperoleh faedah dengan kemasukan pelabur-pelabur asing. (1m)
  • F3- Pengenalan bioteknologi dalam industri pertanian. (1m)
  • F4- Pelopor Hub Halal dunia. (1m)
  • F5- Pusat kewangan islam. (1m)
  • F6- Pengiktirafan KLIA sebagai lapangan terbang antarabangsa terbaik dunia. (1m)
  • F7- Pusat pendidikan antarabangsa. (1m)
  • F8- Pusat perubatan serantau. (1m)
  • F9- Kemudahan pelabuhan bertaraf antarabangsa. (1m)
  • F10- Melancarkan mikrosatelit pertama. (1m)
  • F11- Pengeluaran dan penggunaan biofuel kelapa sawit. (1m)
  • F12- Memperkenalkan jenama “Malaysia Best”. (1m)
  • F13- Pengangkutan tambang murah “Air Asia”. (1m)
  • F14- Perluasan penggunaan internet (jalur lebar). (1m)
  • F15- Menjadi pusat pengeluaran herba dunia. (1m)
  • F16- Menyediakan Zon Perdagangan Bebas. (1m)
  • F17- Industri automotif / mengeluarkan kereta jenama Malaysia. (1m)
  • F18- Litar sukan bermotor Sepang. (1m)
  • F19- Tumpuan pelancong asing. (1m)
  • F20- Koridor Raya Multimedia. (1m)

(Terima mana –mana jawapan lain yang munasabah)

10
6

Kemajuan ekonomi dapat mensejahterakan rakyat Malaysia. Buktikan:- Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

  • F1 Pendidikan / pelajaran bertambah maju. (1m)
  • F2 Kesihatan meningkat. (1m)
  • F3 Pendapatan rakyat meningkat. (1m)
  • F4 Keamanan dapat dikecapi. (1m)
  • F5 Politik stabil. (1m)
  • F6 Kemasukan pelabur asing meningkat. (1m)
  • F7 Kemajuan dalam perhubungan / pengangkutan. (1m)
  • F8 Keperluan asas dinikmati bersama. (1m)
  • F9 Hubungan kaum baik. (1m)
  • F10 Keadilan sosial. (1m)
  • F11 Kekayaan dinikmati bersama. (1m)
  • F12 Kegiatan pertanian meningkat. (1m)
  • F13 Kegiatan perindustrian berkembang. (1m)
  • F14 Peluang pekerjaan meluas. (1m)
  • F15 Kadar kemiskinan berkurangan. (1m)
  • F16 Sektor pelancongan meningkat. (1m)

(Terima mana –mana jawapan lain yang munasabah)

10
7

Cadangan dan langkah untuk menjadi negara maju:- Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

(i) Jelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi negara yang maju. (5m)

  • F1 Membina masyarakat Malaysia yang bersatu padu. (1m)
  • F2 Memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan inklusif. (1m)
  • F3 Mewujudkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan. (1m)
  • F4 Melahirkan ramai pakar dalam bidang sains dan teknologi. (1m)
  • F5 Penyediaan kemudahan awam dan prasarana moden bertaraf antarabangsa. (1m)
  • F6 Membentuk masyarakat Malaysia yang bermoral dan berbudaya penyayang. (1m)
  • F7 Meningkatkan pendapatan per kapita rakyat ke arah negara berpendapatan tinggi. (1m)
  • F8 Mewujudkan sebuah negara yang makmur dan rakyat yang sejahtera melalui perkongsian bersama kekayaan negara. (1m)
  • F9 Mana–mana jawapan yang munasabah. (1m)

(ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m)

  • F1 Menghayati dan mengamalkan hasrat Konsep 1 Malaysia. (1m)
  • F2 Menawarkan insentif sewajarnya untuk memanggil pulang pakar-pakar dan saintis Malaysia untuk berkhidmat di negara kita. (1m)
  • F3 Mentransformasikan sistem pendidikan negara dengan kewujudan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. (1m)
  • F4 Meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam dan sistem perhubungan serta kemudahan asas yang penting. (1m)
  • F5 Membangunkan prasarana telekomunikasi teknologi maklumat setaraf dengan negara maju. (1m)
  • F6 Memantapkan nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui pendidikan dan peranan media massa. (1m)
  • F7 Pelaksanaan Program Tranformasi Kerajaan (GTP) yang memberi tumpuan kepada enam bidang keberhasilan utama negara (NKRA). (1m)
  • F8 Pelaksanaan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang memberi tumpuan kepada dua belas bidang ekonomi utama negara (NKEA) untuk dibangunkan. (1m)
  • F9 Mana–mana jawapan yang munasabah. (1m)
10
8

Nyatakan nilai-nilai murni dan iktibar yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi negara. Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

  • F1- Sedia menerima perubahan positif. (1m)
  • F2- Berbangga sebagai warganegara. (1m)
  • F3- Kepentingan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. (1m)
  • F4- Bekerjasama memajukan negara. (1m)
  • F5- Patuh kepada undang-undang. (1m)
  • F6- Petani hendaklah menggunakan kaedah atau teknik saintifik dan moden. (1m)
  • F7- Sektor pertanian mampu melahirkan jutawan tani. (1m)
  • F8- Memberi pengiktirafan kepada petani / pengusaha yang Berjaya. (1m)
  • F9- Kepentingan memelihara perpaduan. (1m)
  • F10- Kepentingan memelihara kedaulatan negara. (1m)
  • F11- Taat setia kepada pemerintah. (1m)
  • F12- Kesungguhan / kegigihan. (1m)
  • F13- Semangat kental. (1m)
  • F14- Kebijaksanaan pemimpin. (1m)
  • F15- Menjadi masyarakat yang produktif. (1m)
  • F16- Bersikap terbuka menerima teknologi baharu. (1m)
  • F17- Tidak berputus asa jika menghadapi kegagalan. (1m)
  • F18- Berdikari dan tidak bergantung kepada pihak lain. (1m)
  • F19- Mempunyai dasar ekonomi jangka panjang yang menguntungkan. (1m)
  • F20- Berhati-hati dengan muslihat orang luar yang ingin menguasai kekayaan negara. (1m)

(Terima mana–mana jawapan lain yang munasabah)

5
9

Pengetahuan yang diperolehi – Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British

  • P1 Dasar British memperkenalkan ekonomi dagangan demi kepentingannya. (1m)
  • P2 Perusahaan getah dan bijih timah mendorong kemajuan negara. (1m)
  • P3 Buruh dari China dan India dibawa masuk untuk memenuhi keperluan buruh lombong dan ladang getah. (1m)

Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.

  • I1 Menjaga kepentingan ekonomi negara. (1m)
  • I2 Menghargai khazanah negara. (1m)
  • I3 Cinta akan negara. (1m)

Harapan kepada negara.

  • H1 Dengan program Transformasi Ekonomi, kerajaan berusaha meningkatkan ekonomi negara ke peringkat antarabangsa. (1m)
  • H2 Negara memiliki pendapatan tinggi. (1m)
  • H3 Negara aman dan makmur / kaya. (1m)

    (Terima mana–mana jawapan lain yang munasabah)

5

Semoga perkongsian Skema Jawapan Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British dapat membantu anda membuat persediaan dalam menduduki peperiksaan SPM. Pelajar disarankan mendapatkan nasihat dan bantuan dari Guru Penilai Sejarah anda bagi mendapatkan tips yang membantu anda mendapatkan markah yang tinggi dalam Kertas 3 Sejarah SPM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close