JADUAL

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

Jadual SPM Sijil Pelajaran Malaysia Exam Table

Jadual SPM 2020 Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Bilakah tarikh peperiksaan SPM diadakan? Panduan buat para pelajar Tingkatan Lima (5). Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan SPM tahun 2020 atau Peperiksaan Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Umum sedia maklum yang SPM adalah merupakan peperiksaan yang dikhususkan dan diambil oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima pendidikan murid sekolah menengah. Peperiksaan sangat penting buat para pelajar. Hal ini kerana ia menentukan hala tuju masa depan untuk para pelajar. SPM diperlukan untuk memohon pekerjaan di sektor awam serta untuk menyambung ke peringkat pendidikan tinggi seperti IPT Awam dan Swasta, Program Matrikulasi dan Tingkatan 6. Untuk peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PT3, SPMU, STAM dan PAV, jadual peperiksaan boleh dirujuk di Takwim Peperiksaan & Pentaksiran tahun 2020.

Jadual Waktu SPM Exam - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (Calon Biasa)

Untuk makluman ibu bapa dan pelajar dan bermula dari tahun 2020, penilaian murid tidak lagi memfokuskan kepada kecemerlangan akademik sahaja. Tetapi turut melihat kepada pencapaian murid secara holistik sebagai seorang insan. Peperiksaan SPM terbahagi kepada dua komponen penting yang diambil kira adalah seperti berikut :-

  1. Ujian Lisan
  2. Peperiksaan Bertulis

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2020 (Tarikh Dan Masa)

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) telah mengumumkan jadual/ tarikh di mana peperiksaan SPM akan dilangsungkan pada 6 Januari 2021 hingga 9 Februari 2021. Tarikh rasmi peperiksaan SPM tahun 2020 buat panduan calon peperiksaan Murid Tahun 6 adalah seperti berikut :-

  • Ujian Lisan : 17 Ogos – 31 Oktober 2020
  • Calon Persendirian (Ujian Bertulis) : Kertas 4 Prinsip Perakaunan dan Perniagaan : 24 Jun 2019
  • Tarikh Ujian Bertulis : 6 Januari – 9 Februari 2021
  • Jadual lengkap dan penuh peperiksaan SPM 2019 yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas serta tempoh masa peperiksaan dijalankan adalah seperti berikut selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia

6, 7 dan 11 Januari 2021

spm1 768x685 - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

12 dan 13 Januari 2021

spm2 768x317 - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

18 dan 19 Januari 2021

spm3 768x648 - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

20 dan 21 Januari 2021

spm4 768x557 - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

25 dan 26 Januari 2021

spm5 768x896 - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

27 Januari 2021

spm6 768x472 - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

2 Februari 2021

spm7 768x583 - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

3 Februari 2021

spm8 768x440 - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

4 Februari 2021

spm9 768x1286 - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

8 dan 9 Februari 2021

spm10 768x471 - Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020

CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN UNTUK PEPERIKSAAN SPM

1. ARAHAN AM

  • 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2019.
  • 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  • 1.3 Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
  • 1.4 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

2. ARAHAN DI DEWAN/ BILIK PEPERIKSAAN

  • 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  • 2.2 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
  • 2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
  • 2.4 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran dalam tempoh pendaftaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam mana-mana dokumen rujukan calon. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas, nama kertas dan jenis peperiksaan SPM 2019 sebagai bukti pendaftaran. Calon tidak dikenakan bayaran. Lembaga Peperiksaan berhak untuk tidak mengeluarkan keputusan calon sekiranya tiada bukti pendaftaran telah dilaksanakan.

Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2020

Jadual lengkap peperiksaan SPM 2020 beserta panduan dan arahan peperiksaan boleh di muat turun/ download di pautan berikut :-

Selamat menduduki peperiksaan SPM tahun 2020. Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan SPM tahun 2020 boleh dijadikan panduan bagi pelajar dalam membuat ulangkaji pelajaran dengan lebih teratur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *