SKEMA JAWAPAN

Skema Jawapan Perkembangan Di Eropah Bab 9 Form 4

Contoh Soalan Dan Jawapan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 9

Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan Perkembangan Di Eropah untuk Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 9. Merujuk tema 9 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 9, berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;

  • XIII. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
  • XIV. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
  • XV. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

Eropah - Skema Jawapan Perkembangan Di Eropah Bab 9 Form 4

Skema Jawapan Perkembangan Di Eropah Sejarah Kertas 3 (Tingkatan 4 Bab 9) Dan Kesannya Kepada Masyarakat Malaysia

Soalan: Pada abad ke-16, para pelaut Eropah telah aktif menjelajah ke beberapa kawasan di luar Eropah. Huraikan kegiatan penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah ke timur dan kesannya kepada masyarakat negara kita pada hari ini.

Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;-

TAJUK 9.1 Bab 9 : SKEMA JAWAPAN PERKEMBANGAN DI EROPAH

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami latar belakang penjelajahan dan penerokaan pelaut Eropah.1. Pengenalan.

Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang penjelajahan dan penerokaan kuasa Barat ke Timur.

5
Isi dan huraianMemahami faktor-faktor penjelajahan borang Eropah.2. Sebab-sebab penjelajahan.

Jelaskan faktor-faktor yang mendorong penjelajahan terhadap masyarakat setempat.

30
Menganalisis aspek kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat.3. Kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat.

Terangkan kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat.

15
Mengaplikasi kejayaan kuasa Eropah menjelajah dunia.4. Kejayaan kuasa Eropah menjelajah dunia yang boleh dijadikan pendorong.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kejayaan kuasa Eropah menjelajah dunia luar itu boleh dijadikan pendorong kepada generasi muda?

15

Menilai kejayaan negara hasil daripada hubungan antarabangsa.

5. Kejayaan negara dalam menghadapi hubungan antarabangsa.

Malaysia telah mempunyai hubungan antarabangsa yang kuat dengan negara luar.Jelaskan kejayaan yang diperoleh hasil daripada hubungan antarabangsa.

10
Mencipta / menjana idea menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat.6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mempertahankan kedaulatannya (5M)
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada semangat masyarakat Eropah demi emmajukan
negara kita.
7. Penerapan nilai-nilai murni / ikhtibar / patriotisme daripada semangat masyarakat Eropah demi memajukan negara kita.

Nyatakan nilai-nilai murni/ikhtibar / patriotisme daripada semangat masyarakat Eropah demi memajukan negara kita.

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • Pengetahuan yang diperoleh
  • Iktihar kepada diri, bangsa dan negara
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5

Peraturan Pemarkahan Tingkatan 4 Bab 9 (Skema Jawapan Perkembangan Di Eropah)

Soalan: Pada abad ke-16, para pelaut Eropah telah aktif menjelajah ke beberapa kawasan di luar Eropah. Huraikan kegiatan penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah ke timur dan kesannya kepada masyarakat negara kita pada hari ini.

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Perkembangan Di Eropah)

SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang penjelajahan dan penerokaan kuasa Barat ke Timur.
  • F1 Maksud – kegiatan pelaut Eropah mencari laluan baru ke Timur / Asia
  • F2 Masa – abad ke 16
  • F3 Kejayaan sains dan teknologi/membantu kegiatan penerokaan dan penjelajahan
  • F4 Istanbul – pusat memperoleh barangan dari Timur
  • F5 Turki menawan Istanbul
  • F6 Eropah menghadapi masalah mendapatkan barangan di Istanbul
  • F7 Eropah terpaksa mencari jalan alternatif ke Timur
  • F8 Mula meneroka Lautan Atlantik
  • F9 Menyambut cabaran untuk mencari jalan penyelesaian
  • F10 Keluar daripada tekanan ekonomi di eropah

10 x 1m = 5m

5
2

Jelaskan faktor-faktor yang mendorong penjelajahan terhadap masyarakat setempat. (Skema Jawapan Perkembangan Di Eropah)

  • F1 Desakan ekonomi
  • F2 Semangat Keagamaan
  • F3 Orang Eropah ingin mendapatkan barangan dari Timur
  • F4 Emas / sutera / rempah ratus
  • F5 Galakan daripada raja Sepanyol dan Raja Portugal
  • F6 Sepanyol menumpukan penerokaannya ke Amerika Latin
  • F7 Pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur
  • F8 Portugal mempunyai kepentingan di Amerika Latin
  • F9 Persaingan antara Portugal dan Sepanyol mendapatkan tanah jajahan
  • F10 Gesaan pihak Paus di Rom
  • F11 Perjanjian Tordesillas
  • F12 Kedua-dua kuasa menetapkan kawasan pengaruh masingmasing
  • F13 Kawasan ke Timur dari Kepulauan Tanjung Verde dan HIndia Barat di Lautan telah dianggap sebagai kawasan Portugal
  • F14 Kawasan di Barat dianggap sebagai kawasan Sepanyol
  • F15 Pelaut unggul
  • F16 Christopher Colombus telah sampai ke Amerika
  • F17 Ferdinand Magellan telah ke Timur
  • F18 Kejayaan sains dan teknologi pada zaman Renaissance
  • F19 Penguasaan Istanbul oleh Turki
  • F20 Orang Eropah sukar menghadapi masalah mendapatkan barangan melalui laluan dari Timur
  • F21 Orang Eropah meneroka Lautan Atlantik
  • F22 Orang eropah berani
  • F23 Orang eropah optimistik
  • F24 Semangat inkuiri
  • F25 Keuntungan perdagangan rempah ratus
  • F26 Usaha menyebarkan tamadun Barat
  • F27 Usaha menyebarkan agama kristian
  • F28 Semangat kebanggaan bangsa Eropah
  • F29 Monarki baru
  • F30 Di England / Perancis / Belanda
  • F31 Kata-kata gold, glory / gospel

31 x 1m = 30m

30
3

Terangkan kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat.

  • F1 Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah
  • F2 Wakil kuasa Eropah terdiri daripada syarikat berpiagam di Great Britain / Perancis / Denmark
  • F3 Syarikat berpiagam yang berjaya (Syarikat Hindia Timur Belanda – VOC) / Syarikat Hindia Barat Belanda – WIC / Syarikat Hindia Timur Inggeris – EIC)
  • F4 Syarikat berpiagam telah berdagang dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara / Asia Timur
  • F5 Daerah luar Eropah menjadi pembekal keperluan masyarakat Eropah
  • F6 Goa dan Mealaka menjadi pusat emporium dunia
  • F7 Portugal menguasai Goa dan Melaka
  • F8 Barangan Timur memperkaya ekonomi / gaya hidup masyarakat Eropah
  • F9 Jalan pelayaran di Lautan Hindi dan Asia Tenggara dikuasai Portugal
  • F10 Sebelum itu dikuasai oleh pedagang Islam Arab
  • F11 Portugal emnguasai laluan di Laut China Selatan, China dan Jepun
  • F12 Masyarakat tempatan terpengareuh dengan gaya hidup orang Eropah
  • F13 Masyarakat peribumi menerima kristian
  • F14 Penjelajahan Sepanyol mengubah keadaan/kehidupan di dunia baru dan Asia
  • F15 Penguasaan Sepanyol di Amerika Tengah dan Selatan
  • F16 Sepanyol menakluk Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec
  • F17 Sepanyol menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca
  • F18 Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin
  • F19 Mewujudkan masyarakat baru di wilayah tersebut
  • F20 Sepanyol mendapatkan emas dan peraka dari Amerika Latin / Dunia Baru
  • F21 Dunia Baru menjadi tempat menyebarkan kristian
  • F22 Pemodal Sepanyol mengeksploitasi buruh peribumi
  • F23 Bekerja di lombong dan di ladang
  • F24 Petempatana Sepanyol dan Portugis secara besar-besaran
  • F25 Filipina dipengaruhi kuasa Sepanyol
  • F26 Melaka dan Goa dijajah Portugal

26 x 1m = 15m

15
4

Pada pendapat anda, bagaimanakah kejayaan kuasa Eropah menjelajah dunia luar itu boleh dijadikan pendorong kepada generasi muda?

  • F1 Ilmu pengetahuan
  • F2 Semnagat inkuiri
  • F3 Gigih berusaha
  • F4 Berani meneroka lautan dan negara baru
  • F5 Kebanggaan negara
  • F6 Semangat positif
  • F7 Sifat mempercayai diri
  • F8 Keghairahan menjelajah
  • F9 Bersifat keterbukaan
  • F10 Kemahiran ilmu pelayaran
  • F11 Kemajuan sains dan teknologi
  • F12 Memperoleh tenaga kerja mahir
  • F13 Memanfaat hasil kekayaan negara
  • F14 Menjalin hubungan diplomatik
  • F15 Yakin pada diri
  • F16 Tabah menghadapi cabaran
  • F17 Berpandangan jauh
  • F18 Mempunyai semangat berdaya saing

(mana-mana jawapan munasabah)

18 x 1m = 15m

15
5

Malaysia telah mempunyai hubungan antarabangsa yang kuat dengan negara luar. Jelaskan kejayaan yang diperoleh hasil daripada hubungan antarabangsa tersebut.

  • F1 Pemindahan teknologi
  • F2 Sukan
  • F3 Aeroangkasa
  • F4 Perkembangan ekonomi / zon ekonomi bebas
  • F5 Permodenan pertanian / bioteknologi
  • F6 Peluang pekerjaan
  • F7 Pembaharuan dalam pendidikan
  • F8 Hub halal
  • F9 Lingkaran perhubungan / jalan raya / lebuh raya
  • F10 Keselamatan / PBB / Komanwel / Zopfan
  • F11 Kemajuan sistem komunikasi
  • F12 Tumpuan pelancong asing

(mana-mana jawapan yang munasabah)

12 x 1m = 10m

10
6

i. Jelaskan Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju. (5M)

  • F1 Masyarakat berbilang kaum
  • F2 Pencemaran
  • F3 Tekanan negara maju
  • F4 Kekurangan tenaga mahir
  • F5 Masalah pengangguran tinggi
  • F6 Masalah kemiskinan
  • F7 Gejala sosial
  • F8 Globalisasi
  • F9 Teknologi rendah

(mana-mana jawapan yang munasabah)

9 x 1 = 5m

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. (5M)

  • F1 Memperkukuh perpaduan kaum
  • F2 Meningkatkan R&D
  • F3 Meneroka teknologi baru
  • F4 Konsep satu Malaysia
  • F5 Meneroka pasaran baru
  • F6 Meningkatkan mutu pendidikan
  • F7 Menjadi minda rakyat kelas pertama

(mana-mana jawapan yang munasabah)

7 x 1 = 5m

10
7

Nyatakan nilai-nilai murni/ikhtibar/ patriotisme daripada semangat masyarakat Eropah demi memajukan negara kita.

  • F1 Sentiasa amalkan nilai-nilai murni
  • F2 Semangat meneroka
  • F3 Inkuiri
  • F4 Berani hadapi cabaran
  • F5 Rajin berusaha
  • F6 Tidak berputus asa
  • F7 Wawasan tinggi
  • F8 Memanfaat kurnian Tuhan
  • F9 Bersifat inovatif
  • F10 Bersifat kreatif
  • F11 Bertoleransi

(mana-mana jawapan yang munasabah)

11 x 1 = 5m

10
8

Rumusan.

  • Pengetahuan yang diperolehi
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5

Semoga perkongsian skema jawapan Perkembangan Di Eropah untuk Sejarah Kertas 3 SPM Tingkatan 4 Bab 9 ini bermanfaat buat semua pelajar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *