SEMAKAN

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar Secara Online

Perhatian dan panduan buat ibu bapa dan penjaga yang masih belum mengetahui akan Kewujudan Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA. Ibu bapa atau penjaga kini lebih mudah untuk memantau pencapaian akademik anak mereka dengan membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka melalui SAPS Ibu Bapa NKRA.

Antara lain, Sistem SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar secara online. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa yang dapat dikongsikan pada anda semua.

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan - SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan

Apa Itu SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Online?

Untuk makluman, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Antara lain :-

  1. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh diguna pakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak

Berikut disenaraikan keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS :-

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Result peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar

Berikut adalah kaedah dan langkah-langkah Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa:

  1. Anda boleh layari laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).

saps ibu bapa - SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan

  1. Pilih negeri di mana terletaknya sekolah anda dan pilih nama sekolah terkini yang dipaparkan.
  2. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu :
    • Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada – Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan dan sebagainya.
  3. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018

Berikut dikongsian Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS tahun 2018 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018 ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

Semakan Keputusan Peperiksaan Terkini pelajar tahun 2018 hanya boleh dibuat selepas markah selesai diisi.
takwim kemasukan markah saps 2018 - SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan
  • Nota : Pengisian bagi markah PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN / SUMATIF 2 dibuka mulai 17 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018

Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Kesimpulan

Kewujudan SAPS Ibu Bapa Online ini secara langsung memudahkan ibubapa bagi memantau prestasi anak-anak mereka dalam akademik. Sistem SAPS sekaligus memberikan kemudahan buat ibu bapa dalam menyemak keputusan peperiksaan di hujung jari anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close