SKEMA JAWAPAN

Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara & Contoh Soalan

Contoh Soalan Dan Jawapan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 5 Bab 1

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM : Nasionalisme Di Asia Tenggara. Ini merupakan skema jawapan buat rujukan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Untuk panduan pelajar dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPM, berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara.

Nota ringkas berkaitan dengan topik Nasionalisme Di Asia Tenggara (sejarah SPM Bab 1) boleh boleh dirujuk di Bab 1 SPM Sejarah.

Nasionalisme Di Asia Tenggara 1 - Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara & Contoh Soalan

Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara (Bab 1)

TAJUK: 10.1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Tema 10 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

(Merujuk tema 10 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks sejarah Tingkatan 5 Bab 1). Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:-

  • I. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku
    teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.
  • II. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah, dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
  • III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan

Soalan: Imperialisme Barat di Asia Tenggara sejak abad ke 16 didorong oleh keinginan untuk mengeksploitasi ekonomi. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diteladani oleh Malaysia dalam usaha memajukan ekonomi negara.

Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah:-

TAJUK 10.1 Bab 1 : SKEMA JAWAPAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami kehendak tugasan soalan.
1. Pengenalan.

Jelaskan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.

5
Isi dan huraianMemahami perubahan sistem politik di Asia Tenggara selepas kedatangan imperialisme Barat.2. Perubahan sistem politik di Asia Tenggara selepas kedatangan imperialisme Barat.

Huraikan perubahan sistem politik yang berlaku di negara-negara berikut selepas kedatangan Imperialis Barat:-
i) Indonesia (10m)
ii) Filipina (10m)
iii) Indo China (10m)

30
Menganalisis pelaksanaan sistem birokrasi Barat di Thailand.3. Perubahan sistem politik di Asia Tenggara.

Terangkan pelaksanaan sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh pemerintah Thailand

15
Mengaplikasi matlamat Malaysia dalam usaha memajukan ekonomi negara.4. Langkah-langkah ke arah matlamat Malaysia memajukan ekonomi Negara.

Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara.

15
Menilai kejayaan Malaysia dalam sektor ekonomi.5. Kejayaan Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa.

Pada pendapat anda, sejauh mana kejayaan yang di capai oleh Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa.

10
Mencipta / menjana idea dalam usaha menghadapi cabaran pada abad ke-21 bagi membentuk Malaysia menjadi sebuah negara maju.6. Cabaran dan langkah-langkah dalam membentuk Malaysia menjadi Negara maju pada abad ke-21.
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin kemakmuran ekonomi negara. (5m)
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. (5m)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada perkembangan ekonomi negara.7. Nilai-nilai murni daripada perkembangan ekonomi negara.

Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh dalam usaha memajukan ekonomi negara diperingkat antarabangsa.

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • Pengetahuan yang diperoleh.
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
5

PERATURAN PEMARKAHAN SEJARAH KERTAS 3 SPM BAB 1

Soalan: Imperialisme Barat di Asia Tenggara sejak abad ke 16 didorong oleh keinginan untuk mengeksploitasi ekonomi. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diteladani oleh Malaysia dalam usaha memajukan ekonomi negara.

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara)

SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1Pengenalan.

Jelaskan faktor-faktor Imperialisme Barat di Asia Tenggara.

  • F1 kedudukan Asia Tenggara yang strategik
  • F2 terletak antara China dan India
  • F3 menjamin pasaran yang luas kerana penduduk ramai
  • F4 tanahnya yang subur
  • F5 kaya dengan bahan mentah
  • F6 bijih timah di Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand
  • F7 Revolusi perindustrian
  • F8 sektor industri di Eropah memerlukan bahan mentah secara konsisten
  • F9 kemajuan dalam sistem pengangkutan
  • F10 kapal berkuasa wap
  • F11 membolehkan membawa muatan yang lebih banyak
  • F12 mempercepatkan perjalanan timur dan barat
  • F13 pembukaan Terusan Suez
  • F14 memendekkan jarak perjalanan
  • F15 Perjalanan selamat
  • F16 menjimatkan kos
  • F17 perhubungan penciptaan telegraf
  • F18 kuasa imperialis dapat memberi arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan
  • F19 ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur
  • F20 urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat
  • F21 persaingan kuasa-kuasa Barat
  • F22 semakin luas tanah jajahan semakin tinggi sanjungan yang di peroleh
  • F23 keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat
  • F24 slogan “Beban orang putih dan Tugas menyebarkan tamadun”
  • F25 Penyebaran agama Kristian
5
2

Huraikan perubahan sistem politik yang berlaku di negara berikut selepas kedatangan Imperialisme Barat:-

i) Indonesia

  • F1 Indonesia dibahagikan kepada 2 pentadbiran
  • F2 pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • F3 pentadbiran tempatan di kendalikan oleh pembesar tempatan
  • F4 dengan pengawasan pegawai Belanda
  • F5 penubuhan jabatan kerajaan
  • F6 seperti Jabatan Pelajaran/ Jabatan Pertanian
  • F7 penubuhan Dewan Tempatan
  • F8 sebagai badan penasihat pentadbiran Belanda
  • F9 tiada kuasa perundangan
  • F10 penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat)
  • F11 sebagai langkah ke arah kemerdekaan
  • F12 hasil desakan Sarekat Islam

ii) Filipina

  • F1 Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
  • F2 peringkat pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • F3 pentadbiran wilayah diketuai oleh Datuk Bandar
  • F4 Bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
  • F5 pentadbiran tempatan mengikut sistem Encomienda
  • F6 pemerintah Encomienda itu di kenali sebagai Encomendero
  • F7 tugas Encomendero ialah menjaga keamanan
  • F8 mengutip cukai
  • F9 mengkristiankan penduduk Barangay
  • F10 penduduk Filipina benci sistem ini kerana cukai yang tinggi
  • F11 kerahan tenaga

iii) Indo China

  • F1 perubahan pentadbiran oleh birokrasi Perancis
  • F2 diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • F3 bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris
  • F4 Peringkat wilayah jajahan/ naungan diketuai oleh Leftenan Gabenor
  • F5 Dibantu oleh Residen Jeneral
  • F6 Dibantu oleh Residen Wilayah
  • F7 Perancis juga membentuk kerajaan pusat iaitu Union IndoChinoise (1887)
  • F8 merupakan persekutuan IndoChina
  • F9 terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
  • F10 disertai Laos (1904)
  • F11 rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis
  • F12 kerajaan pusat tidak campur pentadbiran tempatan
  • F13 perlu bayar cukai
  • F14 menyediakan kerahan tenaga
30
3

Terangkan keistimewaan Sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan sendiri oleh pemerintah Thailand.

  • F1 diperkenalkan oleh Raja Mongkut
  • F2 melantik 80 orang penasihat Barat
  • F3 mengetuai pelbagai jabatan
  • F4 melatih pegawai tempatan
  • F5 penasihat kewangan, pelabuhan dan polis dari Britain
  • F6 penasihat kastam dari Amerika Syarikat
  • F7 ketenteraan dari Perancis
  • F8 diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn
  • F9 memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
  • F10 Majlis Mesyuarat Tertinggi
  • F11 sebagai badan penasihat Raja dalam pentadbiran
  • F12 Kabinet Menteri
  • F13 terdiri daripada golongan bangsawan yang berpendidikan Barat
  • F14 mengetuai kementerian
  • F15 juruaudit Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara
  • F16 kemunculan golongan baharu
  • F17 pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden
  • F18 berdasarkan tahap pendidikan mereka
  • F19 pengenalan sistem raja berperlembagaan
  • F20 menggantikan sistem raja berkuasa mutlak
  • F21 pemodenan pentadbiran berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand
15
4

Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara.

  • F1 melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
  • F2 menguasai pelbagai kemahiran
  • F3 menjamin keamanan Negara
  • F4 mengekalkan kedaulatan Negara
  • F5 mengukuhkan perpaduan kaum
  • F6 kreatif dan inovatif
  • F7 menggalakkan pelaburan asing
  • F8 memajukan kemudahan infrastruktur
  • F9 menambah bilangan tenaga mahir
  • F10 meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
  • F11 mengurangkan karenah birokrasi
  • F12 memberikan bantuan modal kepada golongan petani / pengusaha
  • F13 memperluas kredit dan insentif melalui Bank Pertanian Malaysia / Skim Pinjaman Khas Pertanian / Amanah Ikhtiar Malaysia
  • F14 meluaskan pasaran / mencari pasaran baru
  • F15 melakukan penyelidikan dan pembangunan
  • F16 mengeratkan hubungan diplomatik
  • F17 mengadakan pertukaran teknologi dengan negara maju
  • F18 menjadikan negara hub halal
  • F19 mempelbagaikan hasil pengeluaran pertanian / perindustrian
  • F20 menambah bilangan institusi pengajian tinggi
  • F21 memperkasa peranan FELDA / FELCRA / FAMA
  • F22 penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia / HICOM

(mana-mana yang munasabah)

15
5

Pendapat anda, sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa.

Bidang perindustrian

  • F1 penubuhan perbadanan indusri berat negara
  • F2 kawasan perusahaan baru dibuka seperti Skudai, Senawang, Bintulu
  • F3 Zon Perdagangan Bebas
  • F4 pembangunan wilayah pembangunan ekonomi
  • F5 Koridor Raya Multimedia
  • F6 sektor perkilangan lebih giat

Pertanian

  • F1 pengeluar komoditi utama dunia
  • F2 penggunaan bioteknologi
  • F3 pertanian adalah perniagaan
  • F4 peranan agensi penyelidikan
  • F5 wujudnya zon pengeluaran buah-buahan
  • F6 zon industri akuakultur
  • F7 taman kekal pengeluaran pertanian
  • F8 teknologi pertanian
  • F9 pasaran luas diperingkat antarabangsa
  • F10 pelopor hub halal
  • F11 memperkenalkan jenama Malaysia BEST
  • F12 pengeluaran biofuel minyak sawit

Perlombongan

  • F1 perlombongan petrokimia
  • F2 pelaburan dalam petroleum di luar Negara

Pengangkutan/Perhubungan

  • F1 pengangkutan tambang murah
  • F2 industri maritim
  • F3 perkhidmatan cemerlang peringkat dunia

Pelancongan

  • F1 bandar warisan dunia
  • F2 pengiktirafan UNESCO
  • F3 Le tour de Langkawi
  • F4 penganjuran hoki Piala Remaja ASEAN

(mana–mana jawapan yang munasabah)

10
6

Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kemakmuran ekonomi negara.

Cabaran:- (5m)

  • F1 kurang modal
  • F2 ketidakstabilan nilai mata wang
  • F3 kejatuhan pasaran saham
  • F4 masalah menarik pelaburan asing
  • F5 kurang teknologi moden
  • F6 masih bergantung kepada teknologi luar
  • F7 kurang benih bermutu tinggi
  • F8 saiz ladang bersaiz kecil
  • F9 pengurusan tidak cekap
  • F10 persaingan dengan negara maju
  • F11 mendapatkan pengiktirafan negara-negara maju
  • F12 tembusi pasaran antarabangsa
  • F13 pasaran terhad
  • F14 kurang tenaga buruh berpengetahuan
  • F15 mengharapkan tenaga buruh asing
  • F16 tenaga buruh mahir bekerja di negara luar

Langkah-langkah mengatasi cabaran:- (5m)

  • F1 menguasai pelbagai ilmu pengetahuan
  • F2 menguasai teknologi terkini
  • F3 kembangan penyelidikan dan pembangunan
  • F4 mendapatkan pendaftaran paten
  • F5 pelbagaikan produk yang diekspot
  • F6 mengukuhkan sistem kewangan negara
  • F7 hasilkan produk berkualiti
  • F8 tingkatkan kualiti barangan
  • F9 luaskan pasaran baru
  • F10 laksanakan e-dagang
  • F11 perhebatkan promosi hasil keluaran
  • F12 penambahbaikan kemudahan asas
  • F13 penggunaan teknik moden
  • F14 melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi
  • F15 mengukuhkan sistem kewangan negara
  • F16 melaksanakan pengurusan lebih cekap
  • F17 membentuk modal insan kelas pertama
  • F18 melahirkan warga patriotik
  • F19 merealisasikan konsep 1 Malaysia
  • F20 berfikiran terbuka

(mana-mana yang munasabah)

10
7

Nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme.

  • F1 mengukuhkan kerjasama
  • F2 memupuk perpaduan
  • F3 kegigihan berkerja
  • F4 meningkatkan jatidiri
  • F5 kebijaksanaan pemimpin
  • F6 berdaya saing
  • F7 memiliki tanggungjawab bersama
  • F8 amanah dalam melaksanakan tugasan
  • F9 berani mengambil risiko
  • F10 cekal menghadapi rintangan
  • F11 bijak manfaatkan sumber
  • F12 cekap mengambil peluang
  • F13 bersyukur

(mana-mana yang munasabah)

10
8

Rumusan.

Pengetahuan yang diperoleh.

  • F1 tingkatkan pendidikan / ilmu pengetahuan
  • F2 jangan terpedaya kuasa asing
  • F3 mantapkan jati diri
  • F4 meningkatkan ekonomi
  • F5 kestabilan politik
  • F6 keharmonian rakyat

Iktibar kepada diri bangsa dan Negara.

  • F1 belajar bersungguh-sungguh
  • F2 tidak mudah terpengaruh dengan kuasa asing.
  • F3 keharmonian/bersatu padu
  • F4 hormati pemimpin
  • F5 taat kepada negara
  • F6 berusaha untuk mempertahankan kemerdekaan Negara
  • F7 sanggup berjuang mempertahankan Negara

Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

  • F1 berusaha bersungguh-sungguh
  • F2 bersatu padu
  • F3 berdaya saing untuk kemajuan ekonomi
  • F4 kreatif dan inovatif
  • F5 berusaha untuk mempertahankan kemerdekaan Negara
  • F6 sanggup berjuang mempertahankan Negara

    (mana-mana yang munasabah)

5

TAJUK: 10.3 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Tema 10 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

(Merujuk tema 10 : Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 1). Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:-

  • I. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku
    teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.
  • II. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah, dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
  • III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan

Soalan: Jelaskan kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dan kaitannya dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda hari ini.

Peringatan :
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah:-

TAJUK 10.3 Bab 1 : SKEMA JAWAPAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami maksud nasionalisme Barat di Asia Tenggara.
1. Pengenalan.

Jelaskan maksud nasionalisme?

5
Isi dan huraianMenjelaskan faktor-faktor nasionalisme Barat di Asia Tenggara.2. Faktor-faktor kemunculan nasionalisme masih mempunyai persamaan.

Nyatakan faktor-faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme tersebut?

30
Menganalisis tahap nasionalisme Barat di Asia Tenggara.3. Perkembangan nasionalisme di Asia tenggara.

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada umumnya dibahagikan kepada dua tahap. Nyatakan tahap nasionalisme di Indonesia dan Filipina.

15
Mengaplikasi matlamat konsep 1Malaysia.4. Langkah ke arah melahirkan konsep 1Malaysia.

Sebagai warganegara yang cintakan bangsa dan negara bagaimanakah kita boleh melahirkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia?

15
Menilai sejauh mana kejayaan negara melalui semangat kekitaan.5. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil semangat kekitaan.
Buktikan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat kekitaan tersebut.
10

Menjana idea dalam usaha negara Malaysia mengekalkan kedaulatan negara.

6. Cabaran dan langkah dalam menjayakan konsep 1Malaysia.
  • i. Jelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha memupuk semangat kekitaan. (5m)
  • ii. Cadangkan langkah-langkah untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. (5m)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme ke arah merealisasikan konsep 1Malaysia.7. Nilai-nilai murni dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara.

Sebagai seorang warganegara Malaysia bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta kepada bangsa dan negara?

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • Pengetahuan yang diperoleh.
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
5

PERATURAN PEMARKAHAN SEJARAH KERTAS 3 SPM BAB 1

Soalan: Jelaskan kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dan kaitannya dalam menanam semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda pada hari ini.

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara)

SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1

Maksud Nasionalisme. Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang ekonomi negara
sebelum kedatangan British

  • F1 Perasaan cinta akan bangsa dan negara
  • F2 Gerakan membebaskan tanah air
  • F3 Tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja
  • F4 Pembebasan daripada cengkaman ekonomi
  • F5 Pembebasan daripada cengkaman kebudayaan asing
5
2

Faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme di AT. Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara

  • F1 Sistem pendidikan
  • F2 Penjajah mengamalkan pilih kasih
  • F3 Menyediakan kemudahan pendidikan
  • F4 Mengutamakan sekolah bahasa pengantar penjajah
  • F5 Memberi pendidikan rendah sahaja
  • F6 Terhad kepada golongan elit dan pendudukan bandar
  • F7 Di Indonesia anak priyayi diberi pendidikan tersendiri
  • F8 Diasingkan daripada anak orang kebanyakan
  • F9 Sikap pilih kasih Belanda bertujuan memecah perpaduan rakyat
  • F10 Pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh mengancam sekolah Buddha di Burma
  • F11 Di Tanah Melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding sekolah Inggeris
  • F12 Kemunculan golongan Intelektual
  • F13 Golongan yang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat
  • F14 Mereka didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam
  • F15 Pengalaman di luar negara menyedarkan penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mentadbir negara mereka

  • F16 Memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air
  • F17 Peringkat awal menuntut peningkatan taraf hidup bangsa
  • F18 Akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka
  • F19 Dasar penjajahan Barat
  • F20 Timbul perasaan tidak puas hati rakyat
  • F21 Sistem birokrasi Barat tidak memberi peluang rakyat tempatan dalam pentadbiran moden
  • F22 Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional
  • F23 Dasar ekonomi menindas penduduk pribumi
  • F24 Seperti sistem tanaman paksa di Indonesia dan sistem Polo di Filipina
  • F25 Pengaruh agama
  • F26 Agama menyatukan rakyat menghadapi penindasan budaya Barat dan agama Kristian
  • F27 Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu
  • F28 Persatuan Belia Buddha di Burma
  • F29 Golongan agama menjadi pencetus nasionalisme
  • F30 Gerakan Islah memperjuangkan Pan Islamisme

  • F31 Penganut agama Kristian tempatan dianggap kelas kedua
  • F32 Berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol
  • F33 Karya kesusasteraan
  • F34 Menyampaikan mesej kesengsaraan
  • F35 Kekecewaan terhadap penjajah
  • F36 Membangkitkan kesedaran bangsa dan cinta akan tanah air
  • F37 Karya di Filipina
  • F38 Novel Noli Me Tangere Karya Jose Rizal
  • F39 Pengaruh Media Massa
  • F40 Akhbar dan majalah menyebarkan idea nasionalisme
  • F41 Menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat
  • F42 Di Vietnam. Tribune Indigene dan Cloche Felle merupakan akhbar berpengaruh
  • F43 Di Tanah Melayu akhbar seperti al- Ikhwan, Saudara, Majlis dan Warta Malaya
  • F44 Penjajah menganggap media massa mengancam politik mereka di Tanah jajahan
  • F45 Bertentangan dengan kebebasan akhbar di negara mereka sendiri
  • F46 Pengaruh luar
  • F47 Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia
  • F48 Membuktikan negara kecil mengalahkan negara besar
  • F49 Perjuangan Mahatma Gandhi memberi inspirasi
  • F50 Gandhi bersikap sederhana dalam membina rakyat dan menuntut kemerdekaan
  • F51 Menggunakan strategi enggan bekerjasama dan mogok lapar
  • F52 Gandhi ditangkap dan dipenjara oleh British
  • F53 Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan
  • F54 Telefon dan telegraf memudahkan hubungan dalam kalangan nasionalis
  • F55 Jalan keretapi dan jalanraya menghubungkan kawasan yang terpisah
  • F56 Memudahkan rakyat dan pemimipin bertemu dan berbincang
30

3

i) Ciri-ciri nasionalisme mengikut tahap:-

  • F1 Tahap Pertama
  • F2 Penentangan secara terbuka
  • F3 Bersifat setempat
  • F4 Isu pencetus seperti budaya agama, dan hak pribumi
  • F5 Dipimpin golongan pertengahan berpendidikan Barat dan Asia Barat
  • F6 Menekankan kesedaran politik
  • F7 Menuntut hak dan taraf hidup rakyat dibaiki
  • F8 Tidak meminta kemerdekaan
  • F9 Nasionalisme lebih sederhana
  • F10 Perpaduan bangsa
  • F11 Tiada organisasi
  • F12 Mengutamakan pendidikan
  • F13 Perjuangan gagal
  • F14 Tahap Kedua
  • F15 Lebih radikal
  • F16 Dipimpin oleh golongan berpendidikan Barat
  • F17 Menuntut kemerdekaan
  • F18 Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
  • F19 Melalui pertubuhan/ parti politik
  • F20 Lebih menyeluruh/ melibatkan satu negara
  • F21 Bersifat politik

ii) Perkembangan nasionalisme mengikut tahap:- Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Tahap pertama (Filipina)

  • F1 Dikenali sebagai gerakan dakyah
  • F2 Dipimpin oleh Jose Rizal
  • F3 Disokong golongan pertengahan berpendidikan Barat
  • F4 Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
  • F5 Bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
  • F6 Diberi kebebasan bersuara
  • F7 Menubuhkan Liga Filipina
  • F8 Bersifat sederhana
  • F9 Bertujuan mendesak Sepanyol supaya membuat pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
  • F10 Sepanyol terancam
  • F11 Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao
  • F12 Dibunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan

Tahap Kedua (Filipina)

  • F13 Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
  • F14 Penentangan secara radikal
  • F15 Matlamatnya menyatukan bangsa Filipina mencapai kemerdekaan melalui revolusi
  • F16 Katipunan menggunakan media cetak menyebarkan fahaman revolusi
  • F17 Kalayan akhbar rasmi
  • F18 Melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal
  • F19 Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio
  • F20 Bersama Andres Bonifacio melancarkan pemberontakan
  • F21 Dilantik sebagai Presiden Kerajaan Revolusi Filipina 1897
  • F22 Aquinaldo bekerjasama dengan AS
  • F23 Berjaya mengusir Sepanyol
  • F24 Kesannya AS menguasai Filipina
  • F25 Aquinaldo mengisytiharkan kemerdekaan tetapi tidak disahkan oleh AS
  • F26 Akhirnya Aquinaldo ditangkap
  • F27 AS membenarkan parti-parti politik sederhana
  • F28 Sergio Osmena mengetuai Dewan Perhimpunan setelah memenangi pilihanraya
  • F29 Nasionalis Filipina menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan

Tahap pertama (Indonesia). Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara

  • F30 Tumpuan terhadap isu pendidikan
  • F31 Raden Adjeng Kartini memajukan pendidikan untuk kaum wanita
  • F32 Karya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa
  • F33 Mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda
  • F34 Memberi inspirasi kepada pejuang selepasnya
  • F35 Muhammadiyah satu pertubuhan menyebarkan Islam yang sebenar
  • F36 Menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian
  • F36 Banyak membina sekolah, klinik dan masjid

Tahap Kedua (Indonesia). Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara

  • F37 Memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal
  • F38 Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia, Parti Nasional Indonesia
  • F39 Lantang menuntut kemerdekaan Indonesia melalui cara kekerasan
  • F40 PNI pimpinan Sukarno mempengaruhi rakyat Indonesia
  • F41 Pemimpin yang radikal seperti Sukarno ditangkap
  • F42 PNI diharamkan
15
4

Cara melahirkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara

  • F1 Fasih berbahasa Melayu
  • F2 Menghayati kebudayaan kebangsaan
  • F3 Mengikut sistem pendididkan yang sama
  • F4 Setia kepada Raja dan Negara
  • F5 Menghayati Rukunegara
  • F6 Merealisasikan wawasan 2020
  • F7 Menyanyikan Lagu Kebangsaan dengan penuh semangat
  • F8 Menghormati lambang-lambang negara
  • F9 Mematuhi undang-undang negara
  • F10 Mengktiraf Islam sebagai agama rasmi negara
  • F11 Kebebasan beragama dihormati
  • F12 Meraikan hari perayaan bersama
  • F13 Berbangga sebagai bangsa Malaysia
  • F14 Mengamalkan konsep 1Malaysia dalam kehidupan
  • F15 Bersemangat Malaysia Boleh
  • F16 Mematuhi perlembagaan negara
  • F17 Menghormati pemimpin-pemimpin negara
  • F18 Menyokong dasar-dasar negara
  • F19 Saling menghormati antara kaum

(mana-mana yang munasabah)

15
5

Bukti kejayaan hasil semangat kekitaan.

  • F1 Pasukan Malaysia memenangi acara sukan di peringkat antarabangsa
  • F2 Meningkatkan imej negara dalam dan luar negara
  • F3 Memastikan negara aman dan hidup bersatu padu
  • F4 Mengibar bendera negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan
  • F5 Menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan
  • F6 Memberi sumbangan dalam pembangunan negara
  • F7 Membeli barangan buatan Malaysia
  • F8 Menyokong Skuad Badminton / Harimau Malaya / Pasukan negara
  • F9 Bersama meraikan sambutan perayaan seperti Rumah Terbuka Malaysia
  • F10 Mendorong semangat Malaysia Boleh
  • F11 Menyokong perjuangan pemimpin tempatan
  • F12 Menghayati dan menghargai kemerdekaan negara
  • F13 Kejayaan pelayar negara Dato’ Azhar Mansor
  • F14 Dato’ Abdul Malik Mydin berjaya menyeberangi Selat Inggeris
  • F15 Kejayaan Mohandas dan Magendran mendaki Gunung Everest
  • F16 Dato’ Nicole David meraih kejayaan dalam sukan skuasy
  • F17 Shalin Zulkifli menempa nama dalam sukan bowling
  • F18 Dato’ Lee Chong Wei muncul sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan badminton
  • F19 Dato’ Maznah Zulkifli berjaya ke kutub Utara
  • F20 Dato’ Sheikh Muzaffar angkasawan pertama negara

(mana–mana jawapan yang munasabah)

10
6

Cabaran memupuk semangat kekitaan. Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara

  • F1 Pengaruh budaya luar
  • F2 Perkembangan dunia teknologi
  • F3 Globalisasi
  • F4 Jurang ekonomi antara kaum
  • F5 Sentimen perkauman
  • F6 Menyentuh sensitiviti masyarakat
  • F7 Peningkatan kadar jenayah
  • F8 Kurang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
  • F9 Keruntuhan akhlak masyarakat
  • F10 Nilai-nilai kemanusiaan semakin hilang

(mana-mana yang munasabah)

Langkah memupuk semangat nasionalisme. (5m) Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara

  • F1 Sambutan Hari Kemerdekaan
  • F2 Kempen mencintai negara
  • F3 Menerusi dalam matapelajaran Sejarah
  • F4 Diterap dalam matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
  • F5 Penyertaan program sukarelawan
  • F6 Mengadakan pameran berkaitan sejarah negara
  • F7 Lawatan ke Memorial seperti Memorial Tunku Abdul Rahman
  • F8 Menerbitkan buku tentang tokoh kebanggaan negara
  • F9 Iklan patriotik dalam media massa
  • F10 Memperbanyakkan lagu-lagu patriotik
  • F11 Menubuhkan kelab penyokong sukan
  • F12 Aktiviti sosial seperti gotong royong/ Rukun Tetangga
  • F13 Memantapkan pasukan keselamatan
  • F14 Mempertingkatkan peralatan ketenteraan

(mana-mana yang munasabah)

10
7

Penerapan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme. Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara

  • F1 Semangat cinta akan negara
  • F2 Berjuang menegakkan kedaulatan negara
  • F3 Taat kepada pemimpin
  • F4 Sanggup berjuang
  • F5 Berani menentang musuh
  • F6 Setia kepada negara
  • F7 Berilmu pengetahuan
  • F8 Bekerjasama
  • F9 Berdisiplin
  • F10 Berpandangan jauh
  • F11 Patriotik
  • F12 Berkeyakinan tinggi
  • F13 Tidak mementingkan diri sendiri

(mana-mana yang munasabah)

10
8

Rumusan / Ilmu pengetahuan / iktibar / harapan. Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara

  • F1 Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan
  • F2 Perjuangan para nasionalis perlu mempunyai semangat juang yang kental, keberanian serta pengorbanan yang tinggi
  • F3 Perlu mempunyai perpaduan, kebijaksanaan bagi mencapai kejayaan dalam sesuatu perjuangan
  • F4 Kita seharusnya menghargai perjuangan nasionalis silam dengan berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara serta mengisi kemerdekaan
  • F5 Menjadi sebuah negara contoh yang berjaya mengekalkan keamanan walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum
5

Semoga perkongsian Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara boleh dijadikan panduan dan rujukan buat pelajar tingkatan 5 dalam menjawab soalan berkaitan Bab 1 ini. Semoga anda berjaya menjawab dengan cemerlang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *