PT 3

Kesan Perkembangan Bijih Timah Dan Getah Di Tanah Melayu

Kesan-Kesan Perkembangan Perlombongan Bijih Timah

Perusahaan bijih timah dan juga getah di Tanah Melayu telah berkembang pesat selepas kedatangan British. Apakah  kesan-kesan perkembangan bijih timah dan getah ke atas ekonomi Tanah Melayu?

Perlombongan bijih timah sudah pun bermula sebelum kedatangan British lagi di mana Tanah Melayu pernah mengeksport bijih timah ke India, Arab dan China. Penanaman getah pula telah diperkenalkan oleh British dengan membawa masuk benih dari Amazon. Kedua-dua kegiatan ini mencapai perkembangan pesat semasa era pemerintahan British di Tanah Melayu dengan Tanah Melayu menjadi pengeluar utama dunia bagi bijih timah dan getah.

perkembangan bijih timah - Kesan Perkembangan Bijih Timah Dan Getah Di Tanah Melayu

Kesan Perkembangan Bijih Timah Dan Getah Terhadap Kegiatan Ekonomi Di Tanah Melayu

Berikut disenaraikan beberapa kesan-kesan perkembangan perlombongan bijih timah dan juga getah di Tanah Melayu :-

1. Perkembangan Ekonomi

Menjelang akhir abad ke 19 ciri-ciri ekonomi moden Tanah Melayu telah muncul. Teras ekonomi Tanah Melayu adalah berlandaskan perkembangan perusahaan bijih timah serta getah. Kedua-dua bahan ini merangkumi 47 % daripada keseluruhan pendapatan Negara.

2. Perkembangan sistem perhubungan

Perkembangan sistem perhubungan moden iatu pembinaan rangkaian landasan Keretapi dan jalanraya turut memajukan lagi ekonomi Tanah Melayu. Peringkat awal pembinaan jalanraya dan landasan keretapi adalah dirangsangkan oleh keperluan untuk mengangkut bijih timah dan juga disebabkan tiadanya sistem perhubungan yang memuaskan kecuali melalui sistem sungai dan kereta lembu sebelum tahun 1874.

3. Penambahan Penduduk Di Tanah Melayu & Konflik Perkauman

Kemasukan buruh Cina telah menyebabkan bertambahnya bilangan penduduk di Tanah Melayu. Kemasukan buruh Cina telah menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Ianya menyebabkan pembentukan satu masyarakat baharu iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.

Konflik perkauman akan wujud secara semulajadi apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya. Mereka akan cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Ternyata, perbezaan warna kulit dan budaya telah menyebabkan konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati antara manusia.

Kesan negatif atas kehadiran imigran cina di Tanah Melayu antaranya kewujudan banyak Kongsi Gelap yang telah menimbulkan konflik antara kumpulan yang ketara sehingga mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan suasana yang tidak aman di Tanah Melayu.

4. Kemajuan Pelabuhan

Kesan Perkembangan Bijih Timah mewujudkan landasan keretapi pertama beberapa pelabuhan baru mula muncul seperti Port Weld, Telok Anson dan Port Swettenham.

5. Kemunculan Bandar Baru

  • Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah menyebabkan munculnya bandar-bandar baru di kawasan pendalaman
  • Bandar-bandar ini kemudianya mengambil alih fungsi pentadbiran daripada Bandar di pesisiran pantai atau kuala sungai. Contohnya Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban
  • KL menjadi tempat pertemuan jalanraya dan jalan keretapi yang utama
  • Gemas merupakan tempat persimpangan jalan keretapi ke pantai barat dan pantai timur.

6. Ketidakseimbangan Perkembangan Ekonomi

Negeri-negeri yang mengalami perubahan paling besar ialah Selangor dan Perak yang kaya dengan bijih timah. Di negeri-negeri tersebut British telah membina Infrastruktur yang lengkap. Pahang yang mempunyai keadaan geografi, masalah pengangkutan, kekurangan infrastruktur dan galian yang berharga terus merosot.

Terengganu dan Kelantan yang tidak mempunyai potensi bijih timah dan getah. Ketinggalan dari aspek perkembangan ekonomi.

7. Perkembangan Industri Sampingan

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah turut membawa kepada perkembangan perusahaan sampingan yang berkait rapat dengan kedua-dua perusahaan tersebut. Contohnya :-

  • a. Industri peleburan bijih timah di Pulau Pinang dan Seberang Perai
  • b. Industri berasaskan getah seperti membuat kasut dan barangan berasaskan getah
  • c. Industri membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah seperti Syarikat United Engineers.

8. Peluang Pekerjaan

Perkembangan perusahaan bijih timah/ getah telah menyediakan peluang pekerjaan. Keadaan ini menyebabkan tumpuan kepada aktiviti ekonomi dan pembinaan infrastruktur di kawasan bandar atau kawasan yang kaya dengan bijih timah dan getah.

9. Kemunculan Sistem Dwiekonomi

Sektor pertanian tradisional seperti penanaman padi dan penangkapan ikan tidak diambil berat oleh British. Pertanian tradisional yang diamalkan oleh orang Melayu terus ketinggalan dan berbentuk sara diri sahaja.

Muncul sistem dwi-ekonomi di Tanah Melayu yang terdiri daripada kegiatan ekonomi moden yang berlandaskan eksport di bandar dan eknomi tradisional yang berlandaskan pertanian sara diri di kawasan luar Bandar.

10. Kewujudan Daerah Petempatan Dan Fungsi Ekonomi Mengikut Kaum

Kesan penjajahan British telah mewujudkan daerah-daerah petempatan dan fungsi ekonomi mengikut kaum. Dan situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini. Orang Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampung-kampung tradisional. Kaum Cina pula dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan. Kaum India pula kebanyakannya tinggal dalam kelompok mereka di ladang-ladang ataupun estet-estet. Pengkelasan ini nyata sangat tidak berpatutan kerana telah memecah belahkan masyarakat di Tanah Melayu.

Kesimpulan Perkembangan Bijih Timah/ Getah Di Tanah Melayu

Perusahaan bijih timah dan getah telah mengalami perkembangan yang pesat dan membawa kesan yang nyata keatas ekonomi Tanah Melayu. Kesan-kesan perkembangan bijih timah dan getah telah membantu British meningkatkan pendapatan dan mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu. Di samping itu penduduk Tanah Melayu turut mendapat faedah dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *