NOTASPMTINGKATAN 5

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Perkembangan

Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tengara

Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 – Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara. Panduan buat pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 yang bertajuk Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara.

Marilah mula mengulangkaji pelajaran dalam mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 : Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tengara

1.1 Imperialisme Barat Di Asia Tenggara
1.1.1 Imperialis Barat
1.1.2 Faktor-Faktor Imperialisme Barat

1.2 Perubahan Sistem Politik
1.2.1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat
Filipina / Indonesia / Burma / IndoChina / Tanah Melayu / Thailand

1.3 Nasionalisme Di Asia Tenggara
1.3.1 Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme
1.3.2 Perkembangan Nasionalisme Tahap Pertama / Tahap Kedua

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 - Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Perkembangan

1.1 IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA

1.1.1 Imperialisme Barat

Maksud Imperialisme:

Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu

1.1.2 Faktor -faktor Imperialisme Barat – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

A. Keistimewaan Asia Tenggara

  • Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
  • Jaminan pasaran yang luas.
  • Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
  • Kaya dengan bahan mentah

B. Revolusi perindustrian.

  • Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
  • Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran

C. Pengangkutan dan Perhubungan

  • Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan
  • Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.

D. Persaingan kuasa-kuasa barat

  • Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
  • Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan mereka

E. Alasan Orang Barat

  • British & Belanda- Beban orang Putih
  • Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
  • Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan

F. Menyebar agama kristian

  • Mubaligh kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebar agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.

1.2 Perubahan Politik – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

1.2.1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat

a) Maksud Birokrasi Barat

  • Sistem pentadbiran yang mempunyai hierarki
  • Pembahagian tanggungjawab
  • Mempunyai prosedur atau peraturan rasmi
  • Dikendalikan sepenuh masa oleh pegawai-pegawai kerajaan.

b) Ciri-ciri Sistem Birokrasi di Asia Tenggara

  • Penubuhan Kerajaan pusat hasi penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
  • Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
  • Pelaksanaan pentadbiran melalui biro
  • Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
  • Pengenalan undang-undang Barat.

c) Perubahan sistem pentadbiran di Filipina oleh Sepanyol

  • Gabenor Jeneral adalah pemerintah tertinggi peringkat pusat
  • Pentadbir wilayah adalah Ketua Datuk Bandar
  • Pentadbir bandar adalah Gabenor Kecil
  • Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encoimenda yang diketuai oleh Encomiendero
  • Tugas encomiendero:-
  1. memungut cukai
  2. menjaga keamanan
  3. mengkristiankan penduduk barangay
  • Encomiendero dibenci kerana :-
  1. mengenakan cukai yang tinggi
  2. kerahan tenaga kepada mereka

d) Perubahan sistem pentadbiran di Indonesia oleh Belanda – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

  • Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.
  • Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
  • Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
  • Tertubuhnya Dewan Tempatan
  • Penubuhan Volskraad yang merupakan Majlis Rakyat.

e) Sistem Birokrasi British di Burma

  • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
  • Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887/Akta Perkampungan Burma 1889
  • Pentadbiran daerah diketuai oleh Myo-ok/pegawai bandaran
  • Pengenalan sistem undang-undang Barat
  • Pengaruh golongan agama merosot
  • Raja bukan lagi penaung sami Buddha
  • Majlis Perundangan diperkenalkan
  • Penubuhan Jabatan Perhutanan/Jabatan Kesihatan/Jabatan Pelajaran

f) Sistem birokrasi Perancis di IndoChina

  • Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • Bertanggungjawab terus kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
  • Pembentukan kerajaan pusat
  • Penubuhan Union Indochinoise
  • Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis
  • Pentadbiran tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat
  • Perlu membayar cukai kepada kerajaan pusat
  • Menyediakan kerajaan tenaga

g) Sistem birokrasi di Tanah Melayu oleh British

  • Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat
  • Gabenor pemerintah tertinggi di NNS
  • Dibantu oleh residen kaunselor
  • Penghulu dikekalkan di peringkat kampung
  • Sistem Residen diperkenalkan di NNMB ( Perak,Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan)
  • Sistem Penasihat di NNMTB (Kedah, Kelantan,Terengganu,Perlis dan Johor)
  • Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS
  • British memperkenalkan sistem kehakiman Barat
  • Melaksanakan sistem pengutipan cukai
  • Pembahagian negeri kepada beberapa daerah
  • Penubuhan balai polis

h) Sistem birokrasi di Thailand – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

  • Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
  • Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.
  • Advisor kastam dari Amerika Syarikat.
  • Penasihat ketenteraan dari Perancis.
  • Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi dan kabinet Menteri.
  • Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
  • Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
  • Juruaudit dari Britain

i) Kesan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara

  • Penubuhan Kerajaan Pusat
  • Gabenor Janeral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai ketua pentadbir
  • Pelaksanaan pentadbiran melalui biro/jabatan
  • Pegawai-pegawai Barat ketua biro
  • Pengenalan undang-undang Barat
  • Pengenalan Sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendero di Filipina
  • Kemerosotan pentadbiran tradisional di Filipina
  • Kemerosotan kuasa datu/pembesar di Filipina
  • Pengenalan pentadbiran tempatan di Indonesia
  • Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda di Indonesia
  • Penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat di Indonesia)
  • Berakhir Dinasti Konbaung di Burma
  • Institusi raja tersingkir di Burma
  • Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus di Burma
  • Pengenalan Akta Kampong Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma
  • Pentadbiran tradisional diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) di Burma
  • Semua rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis
  • Perkenalkan ‘Union Indochinoise’ di IndoChina
  • Pengenalan Sistem Residen dan Sistem Penasihat di Tanah Melayu
  • Perkenal sistem kehakiman Barat/ sistem pungutan cukai/ penubuhan balai polis di Tanah Melayu
  • Pembentukan daerah-daerah di Tanah Melayu

1.3 NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1.3.1 Maksud Nasionalisme

  • Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan negara
  • Pembebasan kuasa politik
  • Pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing

1.3.1 Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme

a) Dasar Penjajahan Barat

  • Sistem tanaman paksa di Indonesia
  • Sistem Polo di Filipina
  • Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
  • Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
  • Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi

b) Pengaruh Agama

  • Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.
  • Persatuan Belia Buddha di Burma.
  • Di Sepanyol -pengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol

c) Karya Kesusasteraan

  • Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
  • Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
  • Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan

d) Sistem Pendidikan

  • Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
  • Pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan di Burma.
  • Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
  • Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati

e) Kemunculan golongan intelektual

  • Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
  • Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
  • Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
  • Peringkat akhir – meminta penjajah membebaskan negara mereka.

f) Pengaruh Media Massa

  • Vietnam- Tribune Indigine
  • Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
  • Menyebarkan idea-idea nasionalis
  • Menanam perasaan anti penjajah.

g) Sistem pengangkutan dan perhubungan – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

  • Perkhidmatan telefon dan telegraf
  • Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
  • Jalanraya dan jalan kereta api
  • Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.

h) Pengaruh Luar

  • Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
  • Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
  • Perjuangan Mahatma Gandhi di India.
  • Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar

1.3.2 Perkembangan Nasionalisme

a) Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama

  • Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat
  • Penentangan tidak berorganisasi
  • Isu-isu kebudayaan/agama/hak peribumi menjadi faktor pencetus
  • Dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat/Asia Barat
  • Menekankan kesedaran politik
  • Menuntut hak-hak dikembalikan
  • Menuntut taraf hidup mereka dibaiki

b) Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua

  • Pihak penjajah gagal memenuhi tuntutan yang dibuat.
  • Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh penjajah
  • Gerakan nasionalisme tahap pertama gagal
  • Pemimpin ingin menuntut kemerdekaan
  • Pemimpin ingin membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
  • Berasakan gerakan yang lebih radikal akan berjaya

c) Nasionalisme di Filipina – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

Tahap pertama:

  • Dipimpin – Jose Rizal
  • bersifat sederhana
  • Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
  • Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
  • Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
  • Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
  • Matlamat perjuangan :
  • Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
  • Tuntutan supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
  • Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
  • Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
  • Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
  • Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
  • Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

Tahap Kedua

  • Penentangan secara radikal
  • Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
  • Matlamat katipunan
  • menyatukan bangsa Filipin
  • mencapai kemerdekaan melalui revolui
  • Media cetak iaitu akhbar Kalayan
  • Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
  • Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
  • Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
  • 1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
  • Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
  • Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
  • Aguinaldo ditangkap.
  • Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
  • Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
  • Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
  • 1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.

e) Nasionalisme di Indonesia

Tahap Pertama

  • Tumpuan isu pendidikan.
  • Untuk mengubah nasib penduduk Indonesia
  • Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
  • Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
  • Pertubuhan penting : Muhammadiyah
  • Matlamat Muhammadiyah
  • Menyebar islam sebenar
  • Menghindari ancaman sekualrisme barat
  • Menghindari ancaman agama kristian
  • Membina sekolah, klinik & masjid

Tahap Kedua

  • Perjuangan Parti politik radikal.
  • Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
  • Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
  • PNI pimpinan Soekarno paling popular.
  • Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
  • Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
  • PNI turut di haramkan.

f) Perkembangan Nasionalisme di Thailand – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

Tahap Pertama

  • Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
  • Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
  • Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
  • Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
  • 1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram
  • Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
  • Sistem raja berkuasa mutlak tamat
  • Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.

Tahap Kedua

  • Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
  • Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
  • Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
  • Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
  • Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
  • 1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
  • Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu

g) Perkembangan Nasionalisme di IndoChina

Tahap pertama

  • Lebih tertumpu di Vietnam .
  • Di pelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
  • Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
  • Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat.
  • Ketua gerakan ialah Phan boi Chau memimpin gerakan revolusi tetapi gagal.
  • Kemudian menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan di Tangkin dan gerakan dakyah di Vietnam.
  • Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis

Tahap Kedua

  • Gerakan lebih radikal kerana gagal mendapat kerjasama daripada Perancis.
  • Gerakan tahap memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV).
  • Perancis bertindak menangkap pemimpin -pemimpin VNQDD termasuklah membunuh Nguyen Thai Hoc.
  • Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.
  • Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.
  • Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja di sekat, malah bagindan dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme

h) Perkembangan Nasionalisme di Burma – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

Tahap pertama

  • Memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit bependidikan Barat.
  • Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
  • Penubuhan ini bertujuan untuk:-
  • mengekalkan tradisi Burma
  • memajukan pendidikan rakyat Burma.
  • Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkit semangat nasionalisme rakyat
  • Tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe dengan menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma pada tahun 1920.

Tahap Kedua

  • Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsfor menyatakan Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri.
  • 1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.
  • Gerakan juga dilakukan oleh golongan sami Buddha melalui Majlis Am Songha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San yang diketui oleh Saya San iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tarawaddy.
  • Kemudian muncul Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India akan melewatkan kemerdekaan Burma.
  • Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
  • Golongan Thakin (siswazah universiti ) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan.
  • Pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu mengelarkan diri mereka sebagai ”Tuan”.
  • Dr. Ba mau menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.

i) Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 – Cara kuasa Barat menangani gerakan nasionalisme radikal di Asia Tenggara

  • Menangkap pemimpin radikal seperti Soekarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina.
  • Membuang negeri penentang seperti Jose Rizal
  • Dikenakan hukuman mati seperti Jose Rizal dan Emilio Aguilnaldo di Filipina
  • Mengharamkan parti-parti politik radikal seperti Parti Nasional Indonesia di Indonesia dan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) di Indochina
  • Membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana seperti tindakan Amerika di Filipina
  • Di penjarakan seperti Soekarno dipenjarakan oleh Belanda pada tahun 1929 -1931

Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 bertajuk Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara ini boleh dijadikan buat pelajar SPM untuk mengulangkaji pelajaran. Semoga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *