NOTASPMTINGKATAN 5

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia

Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Panduan buat pelajar SPM. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 yang bertajuk “Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua”.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia

Berikut adalah nota ringkas Sejarah Tingkatan 5 bab 2 – Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua.

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua - Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia

2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British

a) Tokoh-tokoh pemimpin penentangan :

  • Penghulu Dol Said
  • Dato Maharaja Lela
  • Rentap
  • Mat Salleh

2.1.1 Sebab Penentangan

a) Dasar Penaklukan British

  • Penaklukan British terhadap daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah
  • Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya
  • Contohnya apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti

b) Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan

  • Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan
  • Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah

c) Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap Masyarakat Tempatan

  • British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil yang maksimum
  • Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan

d) Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan

  • British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan
  • Contohnya di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu

e) Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh

  • Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah

f) Kesulitan Penduduk Tempatan

  • Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka
  • Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan kehidupan mereka

2.1.2 Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

a)

b) Iktibar perjuangan pemimpin tempatan

  • Semangat setia negara yang tinggi
  • Sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
  • Sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpun dengan pengikut
  • Sikap berdisplin dan gigih berusaha

2.2 Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

2.2.1 Faktor -faktor Pemangkin Nasionalisme

1. Pengenalan Sistem Politik Barat

  • British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
  • Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British
  • Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka

2. Perkembangan Sistem Pendidikan

  • Muncul golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya
  • Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu

3. Dasar British

  • British telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
  • Kemasukan org asing telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
  • Keadaan ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
  • British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan serba kekurangan
  • Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar

4. Pendudukan Jepun

  • Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut
  • Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka
  • Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur

5. Penguasaan Parti Komunis Malaya

  • PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
  • Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun
  • Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.

6. Kemunculan Mesin Cetak

  • Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British
  • Buku-buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah dapat disebarkan.

7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia

  • Pan-Islamisme – Gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yg lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan
  • Didokong oleh pelajar Islam di seluruh dunia
  • Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir
  • Dalam tulisannya, beliau telah memberi kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan
  • Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

8. Kesedaran politik Serantau

  • Indonesia yg amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
  • Hasil karya penulis dari Indonesia berkaitan nasionalisme telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu terutama yang berpendidikan vernakular Melayu
  • Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka dapat dihayati oleh masyarakat tempatan

2.2.2 Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa

a) Maksud Gerakan Islah :

  • Gerakan yang berusaha mendorong membetulkan pandangan Islam masyarat Melayu

b) Tokoh Kaum Muda :

  • Sheikh Tahir Jalaludin
  • Syed Syeikh al- Hadi
  • Dr. Burhanudin al_Helmy

c) Idea / Isu Gerakan Islah :

  • Menyampaikan idea ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
  • Menggesa orang Melayu memajukan ekonomi
  • Menyemat sikap mengkritik penjajah
  • Mengkritik raja dan pmbesar yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu

d) Halangan yang dihadapi oleh Kaum Muda :

  • Ditentang oleh Kaum Tua
  • Negeri-negeri Melayu mengeluarkan undang-undang menghalang Kaum muda
  • Risalah dan buku dilarang bawa masuk
  • Hanya dapat bergerak di Negeri-Negeri Selat

e) Cara Menyebarkan Idea / Kejayaan

  • Menubuhkan madrasah
  • Memberi peluang pendidikan kepada pelajar perempuan
  • Menerbitkan akhbar dan majalah
  • Menerbitkan risalah

2.2.1 Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak Kesedaran Kebangsaan

a) Akhbar Yang Terlibat

  • Warta Malaya
  • Lembaga Malaya
  • Majlis
  • Utusan Melayu
  • Warta Negara
  • Fajar Sarawak

 

Show

c) Novel dan Tema Semangat Kebangsaan

2.2.4 Perjuangan Nasionalisme Oleh Persatuan-Persatuan Melayu

2.2.5 Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun

Kesan daripada tekanan Jepun :

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua ini bermanfaat buat calon peperiksaan SPM semua. Semoga nota sejarah ini boleh dijadikan bahan untuk membuat ulangkaji menjelang peperiksaan SPM dan juga mencari idea dalam menjawab Sejarah Kertas 3.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *