SPMTEMA UMUM

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018

Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Tema Umum Sejarah Kertas 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Apakah tajuk soalan kertas 3 Sejarah SPM tahun 2018? Perhatian buat para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini. Tema umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018 (Kertas 1249/3) telahpun diumumkan secara rasmi. Menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP), tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2018 adalah bertajuk Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

Tema umum Sejarah Kertas 3 yang dikeluarkan oleh LP ini adalah sebagai persediaan buat pelajar dalam menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 pada November/ Disember yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan SPM nanti. Guru hendaklah memastikan Tema Umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.

deb - Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018

Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Berikut dikongsikan tema umum atau tajuk Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2018 buat panduan dan rujukan pelajar:-

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018

Tajuk : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971-1990 menggariskan
    rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi
    Baru (DEB). Selain daripada menentukan matlamat utama pertumbuhan ekonomi
    dan pengagihan, RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi
    mencapai matlamat tersebut.
    Sumber: Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000 halaman 35

tema umum sejarah kertas 3 spm 2018 - Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018

Muat turun soalan dan arahan peperiksaan yang lengkap di Kertas Sejarah 1249/3

Arahan Kepada Calon

Pelajar adalah dinasihatkan untuk membaca arahan peperiksaan di bawah ini sebagai panduan:-

  1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
  2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.
  3. Pelajar/ calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.
  4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
  5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
  6. Pelajar/ calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/ bilik peperiksaan.
  7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain.
  8. Calon dinasihatkan supaya memperluaskan bahan bacaan agar tidak hanya bergantung kepada maklumat daripada buku teks semata-mata untuk menghasilkan jawapan yang mantap

Panduan Ulangkaji Sejarah Kertas 3 SPM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Nota ringkas dan contoh skema jawapan buat panduan pelajar dalam membuat ulangkaji dan persediaan menjelang peperiksaan.

  • Bahan Sejarah kertas 3 SPM 2018 : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat klik Contoh Jawapan
  • Nota Sejarah Tingkatan 5 Semua Bab Klik Bab 1 Hingga 9
  • Tingkatan 4 Semua Bab : Klik Form 4 Sejarah
  • Contoh skema jawapan Klik Kertas 3

Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM

Sebagai rujukan, berikut adalah senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 untuk tahun 2017 dan tahun sebelumnya termasuk SPM Ulangan (SPMU).

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  1. Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua (2017)
  2. Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (2016). Skema Jawapan
  3. Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua (2015) : Klik skema jawapan
  4. Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Skema Jawapan

SPM Ulangan (SPMU)

  1. Tamadun Awal Manusia (2017). Nota Ringkas
  2. Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara (2016) : Nota Ringkas

Pelajar juga boleh merujuk kepada koleksi skema jawapan Sejarah Kertas 3 di SKEMA

Selamat membuat ulangkaji mata pelajaran Sejarah dalam persediaan menghadapi kertas 3 Sejarah SPM tahun 2018. Semoga pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.

Related Articles

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close