SKEMA JAWAPANTEMA UMUM

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2021

Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Tajuk/ Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan (SPMU) Tahun 2021. Perhatian buat calon persendirian SPMU 2021 yang bakal menduduki peperiksaan mata pelajaran Sejarah. Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telahpun mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPMU 2021 (SPM Ulangan) yang bertajuk Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Untuk makluman, Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU tahun lepas adalah sama.

Ianya merupakan tema yang sama untuk tahun 2020 dan 2019. Pada tahun 2018 dan 2017 tajuk Sejarah Kertas 3 adalahTamadun Awal Manusia., pada tahun 2016, tajuk Sejarah Kertas 3 adalah Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2017 - Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2021

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2021 : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Berikut dikongsikan tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPM Ulangan tahun 2021 :-

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

tema umum sejarah kertas 3 spmu 2021 - Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2021

Muat turun : Tema Umum Dan Arahan kepada calon

Tahun 2020

  • Perpaduan merupakan perkara penting kepada sesebuah negara. Di Malaysia, Rukun Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah unsur penting untuk memperkukuh perpaduan nasional
  • Muat turun Arahan Peperiksaan Tahun 2020

Tahun 2019

  • Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara dan setiap Raja yang bersemayam juga diamanahkan beberapa kedudukan dan peranan yang membolehkan baginda bertindak menurut budi bicara berdasarkan Perlembagaan.
  • Muat turun Arahan Peperiksaan Tahun 2019

Tahun 2018

  • Kerajaan awal di Asia Tenggara terdiri daripada dua bentuk iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Kedua-dua kerajaan saling memerlukan antara satu sama lain. Masyarakat dalam kerajaan awal di Asia Tenggara berusaha menguasai alam sekitar untuk membaiki taraf hidup
  • Muat turun Arahan Peperiksaan Tahun 2018

Tahun 2017

Tamadun Awal Manusia. Tamadun moden hari ini terhutang budi kepada tamadun awal manusia. Ciptaan, teknik dan konsep yang mereka hasilkan menyebabkan kemajuan hidup manusia dan meletakkan asas untuk kehidupan di dunia moden.

Tema Umum yang diberi adalah sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.

Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM/ SPMU Tahun Lepas

  1. SPMU Tahun 2016 : Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. Sebelum kedatangan penjajah British, masyarakat peribumi di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjalankan kegiatan ekonomi yang tersendiri. Pada abad ke-19, British menguasai ekonomi dan memberi kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat peribumi.
  2. SPM 2015 (November) : Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015 (November) adalah bertajuk ” Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua”.
  3. Tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU tahun 2015 adalah Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

Nota Penting

Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

Selamat membuat persediaan dalam menjawab Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2021. Semoga anda berjaya lulus cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *