SKEMA JAWAPAN

Skema Jawapan Tamadun Awal Manusia

Contoh Soalan Dan Jawapan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 1

Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan Tamadun Awal Manusia untuk Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 1. Merujuk tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 1, berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;

  • I. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
  • II. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
  • III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan

Skema Jawapan Tamadun Awal Manusia - Skema Jawapan Tamadun Awal Manusia

Skema Jawapan Tamadun Awal Manusia Sejarah Kertas 3 (Tingkatan 4 Bab 1)

Soalan: Huraikan sejarah kemunculan tamadun awal manusia dan menghubungkaitkannya dengan pencapaian ekonomi, sosial dan politik negara kita pada hari ini.

Peringatan; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;-

TAJUK 7.1 :SKEMA JAWAPAN TAMADUN AWAL MANUSIA

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami makna tamadun1. Pengenalan
Jelaskan makna tamadun mengikut pandangan :-
  • i. Islam
  • ii. Barat
5
Isi dan huraianMemahami ciri-ciri tamadun2. Ciri-ciri tamadun
  • Huraikan ciri-ciri utama tamadun
30
Menganalisis aspek proses pembentukan tamadun3. Aspek pembentukan tamadun awal manusia
Pilih mana-mana tiga tamadun dan jelaskan proses pembentukan tamadun tersebut:-
  • i. Tamadun Mesopotamia
  • ii. Tamadun Mesir purba
  • iii.Tamdun Indus
  • iv.Tamadun Hwang Ho
15
Mengaplikasikan : Kelebihan dan keistimewaan negara yang dimanfaatkan demi kemajuan negara4. Kelebihan dan keistimewaan negara dimanfaatkan demi kemajuan negara.
  • Bagaimanakah kita memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan yang ada bagi memajukan negara kita?
15
Menilai kejayaan negara setelah memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan yang ada5. Kejayaan negara setelah memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan negara kita
  • Apakah kejayaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan yang ada di negara kita?
10
Mencipta / Menjana idea menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dari segi ekonomi, sosial dan politik6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha memajukan bidang ekonomi di negara kita.(5M)
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada pembentukan tamadun awal untuk memajukan negara kita7. Penerapan nilai-nilai murni iktibar / patriotisme daripada kerajaan awal demi memajukan negara kita.

Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada sumbangan tamadun awal yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan8. Rumusan
  • Pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5

Peraturan Pemarkahan Tingkatan 4 Bab 1

Soalan : Huraikan sejarah kemunculan tamadun awal manusia dan menghubungkaitkannya dengan pencapaian ekonomi, sosial dan politik negara kita pada hari ini.

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Tamadun Awal Manusia)
SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1Jelaskan makna tamadun mengikut pandangan
  • i. Islam ( ms 5 )
    • F1 Tamadun mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah
    • F2 Pandangan Syed Naquib al-Attas : Pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur  oleh sesebuah masyarakat
    • F3 Disokong oleh Richard Sullivan : Mengakui unsur kerohanian sangat penting

3 x 1m = 3m

  • ii. Barat ( ms 5 )
    • F1 Tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutama dalam hal-hal kebudayaan
    • F2 Pandangan Gordon Childe : pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam masyarakat
    • F3 Pandangan Darcy Riberio dan R.A Buchanan: Menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun

3 x 1m = 3m
( mana-mana i + ii = mak 5m )

5
2Huraikan ciri-ciri utama tamadun
  • F1 Petempatan Kekal ( ms 6 )
    • H1a Kehidupan menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik
    • H1b Memastikan kelangsungan bekalan makanan
    • H1c Menghasilkan inovasi / kemajuan dalam bidang pertanian
    • H1d Cara penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan binatang
    • H1e Contoh : Cangkul dan sistem pengairan
    • H1f Pengeluaran bertambah dan wujud lebihan
    • H1g Menampung keperluan penduduk
  • F2 Kehidupan berorganisasi ( ms 6-7 )
    • H2a Wujud kestabilan dan kemakmuran dalam kehidupan
    • H2b Bermula daripada institusi keluarga
    • H2c Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi membawa kepada masyarakat yang lebih kompleks
    • H2d Sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis
    • H2e Lapisan teratas : Golongan bangsawan yang diketuai oleh Raja
    • H2f Lapisan kedua : Golongan pembesar
    • H2g Lapsan ketiga : Rakyat biasa / tunjang ekonomi
    • H2h Lapisan terakhir : Hamba
  • F3 Sistem pemerintahan ( ms 7 )
    • H3a Menjalankan tugas pentadbiran
    • H3b Ketua menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil Tuhan untuk mendapatkan pengiktirafan
    • H3c Membawa kepada kelahiran sistem perundangan
    • H3d Bagi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun
  • F4 Pengkhususan pekerjaan ( ms 7 )
    • H4a Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan wujud pengkhususan pekerjaan
    • H4b Kesannya akan membawa kepada perkembangan dan peningkatan ekonomi
    • H4c Barangan atau produk akan dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui pengkhususan pekerjaan
    • H4d Kesannya, wujud sistem pertukaran barang / sistem barter
    • H4e Aktiviti ini merupakan titik permulaan bagi aktiviti ekonomi perdagangan
    • H4f Dengan ini wujud pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya
  • F5 Agama dan Kepercayaan ( ms 7-8 )
    • H5a Memainkan peranan yang penting kerana berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan
    • H5b Manusia mencuba untuk memahami dan menyesuaikan kehidupan dengan alam sekeliling
    • H5c Manusia percaya wujud kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling/ animism
    • H5d Kepercayaan akan bertukar menjadi agama melalui evolusi
    • H5e Agama tamadun awal : Politisme yang bermakna penyembahan terhadap lebih daripada satu Tuhan
  • F6 Bahasa dan sistem tulisan ( ms 8 )
    • H6a Antara bahasa tertua : Sanskrit dan Yunani
    • H6b Sistem tulisan yang wujud : Hieroglif, cuneiform dan ideogram
    • H6c Berperanan dalam penyebaran ilmu dan perhubungan dalam masyarakat
    • H6d Tulisan penting untuk tujuan penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan
    • H6e Bahasa dan tulisan penting untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatat idea/ pemikiran manusia

41 X 1m = 30 m

30
3Pilih mana-mana tiga tamadun dan jelaskan proses pembentukan tamadun tersebut:-
  • i. Tamadun Mesopotamia ( ms 11 )
    • F1 Dibahagikan kepada dua bahagian
    • F2 Bahagian utara dan bahagian selatan bandar Baghdad
    • F3 Bahagian utara : Kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga utara termasuk kawasan Sungai Zab /  Assyria
    • F4 Bahagian selatan : Kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates / Babylon
    • F5 Babylon dibahagikan kepada dua : Akkad di Utara dan Sumaeria di Selatan
    • F6 Pertumbuhan tamadun bermula di wilayah selatan iaitu Sumer
    • F7 Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan
    • F8 Aktiviti pertanian bermula dengan menebus guna tanah dan membina sistem pengairan
    • F9 Aktiviti ini membawa kepada lebihan hasil
    • F10 Perkampungan berkembang menjadi bandar dan wujud negara kota
    • F11 Contoh negara kota : Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari
  • ii. Tamadun Mesir purba ( ms 18 )
    • F12 Penggunaan alat logam di Lembah Nil membolehkan mereka membina sistem pengairan dan peparitan yang baik untuk pertanian
    • F13 Petempatan tetap wujud di sepanjang Sungai Nil yang berkembang menjadi perkampungan
    • F14 Gabungan kampung mewujudkan beberapa buah bandar
    • F15 Bandar bergabung menjadi nome atau daerah
    • F16 Kesemua nome/daerah disatukan menjadi pusat pentadbiran
    • F17 Contoh pusat pentadbiran : Thinis, Memphis dan Thebes
  • iii. Tamadun Indus ( ms 24 )
    • F18 Penduduk nomad di bahagian barat laut India telah mewujudkan petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus
    • F19 Sungai Indus berperanan menyediakan sumber air dan menyuburkan tanah
    • F20 Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan hasil pertanian
    • F21 Penduduk bertambah dan membentuk bandar
    • F22 Contoh bandar : Mohenjo-Daro dan Harappa
    • F23 Bandar pelabuhan : Lothal dan Sutkagen Dor
  • iv. Tamadun Hwang Ho ( ms 29 )
    • F24 Kawasan yang subur di sekitar Hwang Ho telah menarik penduduk nomad tinggal menetap
    • F25 Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal
    • F26 Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu
    • F27 Wujud bandar terawal : Anyang

27 X 1m = mak 15m

15
4Bagaimanakah kita memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan yang ada bagi memajukan negara kita?
  • F1 Pasaran yang luas
    • H1a Dapat meningkatkan ekonomi
    • H1b Hubungan yang baik dari segi kerjasama antarabangsa
    • H1c Barangan mudah dipasarkan
  • F2 Tenaga kerja berpelajaran
    • H2a Dapat mengurangkan kos tenaga luar
    • H2b Produktiviti dapat ditingkatkan
    • H2c menawarkan kepada para pelabur tenaga kerja muda, berpelajaran dan produktif pada kos yang sangat bersaing
  • F3 Latihan Industri
    • H3a menggalakkan latihan, latihan semula dan peningkatan kemahiran di dalam sektor swasta.
    • H3b peningkatan institusi latihan awam seperti sekolah-sekolah teknik, politeknik, institut latihan industri dan pusat pembangunan kemahiran untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian
    • H3c Penubuhan beberapa institut kemahiran lanjutan seperti Institut Malaysia Jerman, Institut Malaysia Perancis, Institut Teknikal Malaysia Jepun, Institut Malaysia British dan Institut Malaysia Sepanyol.
    • H3d Menjamin tenaga kerja yang berkualiti
  • F4 Infrastruktur yang maju
    • H4a Penyiapan Lapangan terbang terbesar dan terbaru di Malaysia, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang telah beroperasi pada tahun 1998
    • H4b Cyberjaya, bandar pintar pertama Malaysia dan nukleus Koridor Raya Multimedia negara (MSC), telah dibina dan dilengkapi dengan sebuah universiti multimedia
    • H4c menyediakan sekumpulan pekerja berpengetahuan untuk industri-industri
  • F5 Rangkaian lebuh raya
    • H5a menghubungkan pusat pertumbuhan utama ke pelabuhan laut dan lapangan terbang di sepanjang semenanjung dan menyediakan kelengkapan untuk pengangkutan barang
  • F6 Pelabuhan yang cekap
    • H6a Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman di Semenanjung Malaysia serta Pelabuhan Bintulu di Sarawak
    • H6b Kargo baru Asia-Hong Kong meletakkan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai antara sepuluh pelabuhan laut terbaik dan antara sepuluh terminal pengendali kontena terbaik
    • H6c Pertukaran data elektronik (EDI) di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Johor  telah mempercepatkan pemindahan kargo melalui penggunaan dokumentasi elektronik.
    • H6d Menjadi tumpuan perdagangan antarabangsa
  • F7 Telekomunikasi berteknologi tinggi
    • H7a Teknologi fiber optik dan digital yang terkini
    • H7b Memudahkan perhubungan / lebih berkesan
  • F8 Kekuatan ekonomi
    • H8a kaya dengan sumber-sumber galian dan tanih subur
    • H8b inisiatif untuk mengubah ekonomi yang bergantung kepada komoditi rendah dan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan
    • H8c rangsangan ekonomi berpandukan eksport melalui industri-industri berteknologi tinggi

( Mana-mana jawapan yang munasabah )

15
5Apakah kejayaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan yang ada di negara kita
  • F1 Perpaduan kaum
  • F2 Hubungan diplomatik
  • F3 Kestabilan politik
  • F4 Kemajuan ekonomi
  • F5 Berjaya mengawal kegawatan ekonomi
  • F6 Mengubah sektor ekonomi asas negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian.
  • F7 Mewujudkan pelbgai jenis peluang pekerjaan
  • F8 Peningkatan pembangunan industri berat
  • F9 Meningkatkan penyertaan bumiputera pemilikan saham PNB dan ASN dan sebagainya.
  • F10 Projek kereta nasional
  • F11 MSC ( Koridor Raya Multi Media )
  • F12 KLIA
  • F13 Stadium Nasional Bukit Jalil
  • F14 Litar Antarabangsa Sepang
  • F15 Menara Berkembar Petronas
  • F16 NKRA
  • F17 Pendidikan untuk semua kaum
  • F18 Kemasukan lebih banyak pelabur asing
  • F19 Pembangunan negara yang agresif
  • F20 Kemerdekaan Negara
  • F21 Jambatan Pulau Pinang
  • F22 Penganjuran Sukan Sea XV
  • F23 Menjadi tuan rumah mesyuarat ketua kerajaana Komanwel (CHOGM)
  • F24 Lebuh raya ekspress utara-selatan
  • F25 FELDA
  • F26 Pelancaran MEASAT 1
  • F27 Konsep 1 Malaysia

( mana-mana jawapan yang munasabah )

10
6i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha memajukan bidang ekonomi di negara kita.(5m)
  • F1 Meningkatkan penyertaan dalam arus persekitaran global
  • F2 Mengimbangkan pencapaian kebendaan dengan kerohanian yang luhur
  • F3 Pembentukan individu yang berketrampilan
  • F4 Mengurangkan jurang ekonomi antara kaum
  • F5 Teknologi yang masih rendah
  • F6 Bersaing dengan negara maju
  • F7 Membentuk rakyat Malaysia yang intelek

( mana-mana jawapan yang munasabah )

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5m)

  • F1 Memperluaskan pasaran global terutamanya dalam bidang yang mampu bersaing
  • F2 Pembangunan modal insan akan terus menjadi agenda utama
  • F3 Menghayati nilai jujur, berintegriti, cemerlang dan bertanggungjawab
  • F4 Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Percukaian dan Subsidi dan Pelan Induk Perindustrian
  • F5 Mempertingkatkan lagi keupayaan teknologi Malaysia dalam sektor pembuatan bagi mengurangkan pengimportan barang-barang untuk sektor perindustrian
  • F6 Mengalu-alukan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional
  • F7 Mencontohi rakyat negara Jepun dan China yang sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka sendiri

( mana-mana jawapan yang munasabah )

10
7Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada sumbangan tamadun awal yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita.
  • F1 Menggunakan sumber Negara
  • F2 Memajukan ekonomi/mengekalkan kestabilan ekonomi
  • F3 Menumpukan kemahiran tinggi
  • F4 Menambah bilangan pekerja mahir
  • F5 Membina pusat latihan dan kemahiran
  • F6 Mempunyai semangat berusaha
  • F7 Memajukan industri kecil
  • F8 Memajukan perdagangan antarabangsa
  • F9 Berusaha menghasilkan produk berkualiti
  • F10 Memberi bantuan kewangan
  • F11 Memberi bantuan teknikal
  • F12 Meluaskan pasaran
  • F13 Meningkatkan kemajuan sains teknologi
  • F14 Melakukan penyelidikan
  • F15 Menyediakan kemudahan asas
  • F16 Mengemukakan idea
  • F18 Menarik pelabur luar
  • F19 Berani mengambil risiko
  • F20 Mengantarabangsakan produk negara
  • F21 Menumpukan kepada K-ekonomi

( mana-mana jawapan yang munasabah )

10
8Rumusan
  • F1 Pengetahuan yang diperolehi
  • F2 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
  • F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang cemerlang
5

Semoga perkongsian skema jawapan Tamadun Awal Manusia untuk Sejarah Kertas 3 SPM Tingkatan 4 Bab 1 bermanfaat buat semua pelajar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *