SKEMA JAWAPANSPM

Skema Jawapan Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran

Contoh Soalan Dan Cadangan Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM : Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia. Skema jawapan buat rujukan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Untuk panduan pelajar dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPM, berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia.

Nota ringkas berkaitan dengan topik Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia (sejarah SPM Bab 7) boleh boleh dirujuk di Bab 7 SPM Sejarah.

Skema Jawapan Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia - Skema Jawapan Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran

Skema Jawapan Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia (Bab 7)

TAJUK 7: SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

Tema 8 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 7

Soalan: Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen bagi membentuk negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Bincangkan.

Peringatan :
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

TAJUK 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami latar belakang perlembagaan Malaysia.
1. Pengenalan.

Berikan maksud perlembagaan.

5
Isi dan huraianMemahami kepentingan dan keluhuran perlembagaan.2. Memahami kepentingan dan keluhuran perlembagaan.
  • i. Jelaskan maksud keluhuran perlembagaan. (10M)
  • ii. Apakah kepentingan perlembagaan kepada kesejahteraan negara. (20M)
30
Menganalisis kaedah pindaan perlembagaan Malaysia.3. Beberapa pindaan telah dibuat bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara.

Terangkan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia.

15
Mengaplikasi peranan perlembagaan dalam sesebuah kelab / persatuan di sekolah.4. Sebagai seorang pengerusi persatuan Sejarah di sekolah.

Apakah peranan anda berdasarkan perlembagaan persatuan tersebut?

15
Menilai keutuhan perlembagaan negara dalam menjamin kestabilan politik di Malaysia.5. Kejayaan yang dicapai oleh negara kesan daripada kestabilan politik.

Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan negara dalam bidang politik.

10
Mencipta / menjana idea usaha-usaha Malaysia ke arah menghadapi cabaran pada abad ke-21 bagi menjamin kestabilan politik.6. Cabaran dan langkah untuk menjamin kestabilan politik negara.
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia untuk menjamin kestabilan politik. (5M)
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah di atas. (5M)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada kestabilan politik negara.7. Nilai-nilai Murni daripada kestabilan politik negara.

Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperolehi daripada politik negara.

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • Pengetahuan yang diperoleh.
  • Ikhtibar kepada diri,bangsa dan negara.
  • Harapan untuk masa depan dan kestabilan politik di Malaysia yang lebih cemerlang.
5

 

PERATURAN PEMARKAHAN SEJARAH KERTAS 3 SPM BAB 7

Soalan: Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen bagi membentuk negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Bincangkan.

Soalan/ Isi Dan Huraian Dan Markah

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia)

SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1Pengenalan – Berikan maksud perlembagaan. (5M)
  • F1 merupakan undang-undang tertinggi.
  • F2 menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
  • F3 dijadikan dokumen rasmi.
  • F4 mengandungi segala peraturan.
  • F5 prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.
  • F6 menjadi hala tuju bagi sesebuah pentadbiran.
  • F7 Kerajaan menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalam perlembagaan.
5
2Memahami kepentingan dan keluhuran perlembagaan.

i) Jelaskan maksud keluhuran perlembagaan. (10M)

  • F1 keagungan
  • F2 ketertinggian undang-undang
  • F3 mengatasi Yang di-Pertuan Agong
  • F4 parlimen
  • F5 jemaah menteri
  • F6 mahkamah
  • F7 semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah
  • F8 undang-undang negeri mestilah selaras dengan perlembagaan persekutuan
  • F9 perkara 75 menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan perlembagaan persekutan adalah terbatal dengan sendirinya
  • F10 perlembagaan persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.
  • F11 mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap Undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian perlembagaan Malaysia.

ii) Apakah kepentingan perlembagaan kepada kesejahteraan negara. (20 m)

  • F1 menjamin kestabilan negara.
  • F2 menentukan rangka dan bentuk pentadbiran.
  • F3 menjamin kecekapan.
  • F4 kejujuran.
  • F5 keadilan.
  • F6 ketelusan.
  • F7 kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
  • F8 menjadi panduan kepada pemimpin dalam pemerintahan yang menepati kehendak perlembagaan.
  • F9 menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
  • F10 dapat membentuk semangat patriotisme.
  • F11 perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraanya.
  • F12 perkara 25 menyatakan bahawa seseorang warga negara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara.
  • F13 menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
  • F14 hak berpersatuan, beragama, memiliki harta, pendidikan, kebebasan berhimpun, kesamarataan perlindungan undang- undang.
  • F15 perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong.
  • F16 menjaga dan memilihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu.
  • F17 bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • F18 menjamin kerjasama.
  • F19 menjamin kesepakatan.
  • F20 menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
  • F21 menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.
  • F22 penyelarasan sistem pemerintahan negara.
  • F23 perlembagaan negeri tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.
  • F24 menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu.
  • F25 Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak dipersoalkan.
30
3Beberapa pindaan telah dibuat bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara.

Terangkan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia.

  • F1 Terdapat 4 kaedah pindaan.
  • F2 Kaedah pertama.
  • F3 Mendapat kelebihan suara dua per tiga dalam tiap-tiap satu persidangan Parlimen dan mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
  • F4 Kewarganegaraan (Perkara 14-31).
  • F5 Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja (Perkara38).
  • F6 Keistimewaan Parlimen (Perkara63).
  • F7 Perkara yang melibatkan keutamaan raja, iaitu Yang di- Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan YangDipertua Negeri (Perkara 70).
  • F8 Jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri (Perkara71).
  • F9 Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (Perkara 71).
  • F10 Bahasa kebangsaan (Perkara 152).
  • F11 Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Perkara 153).
  • F12 Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 159).
  • F13 Kedaulatan raja-raja (Perkara 181).
  • F14 Undang-undang yang berkaitan dengan perubahan sempadan.
  • F15 Kaedah Kedua.
  • F16 Mendapat kelebihan suara dua per tiga dalam tiap-tiap satu persidangan Parlimen dan mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak.
  • F17 Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
  • F18 Hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah (Akta Imigresen 1961).
  • F19 Perkara perundangan dan pemerintahan dalam bidang kuasa negeri, hal agama, bahasa dan kedudukan istimewa kaum Bumiputera.
  • F20 Kaedah Ketiga.
  • F21 Persetujuan lebih suara 2/3 dewan parlimen.
  • F22 perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah Pindaan.
  • F23 Kaedah Keempat.
  • F24 Persetujuan lebih suara dewan parlimen.
  • F25 Pindaan jadual 2, 6 dan 7 bahagian 3 tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah ikrar pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya.
  • F26 Pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan.
  • F27 Perkara 74 parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.
  • F28 Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukan oleh perlembagaan.
  • F29 Perkara 76 parlimen boleh membuat undang-undang dalam senarai negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.
15
4Sebagai seorang pengerusi persatuan Sejarah di sekolah, apakah peranan anda berdasarkan perlembagaan persatuan tersebut?
  • F1 mempengerusikan mesyuarat.
  • F2 memastikan mesyuarat berjalan lancar.
  • F3 meneliti catatan minit mesyuarat.
  • F4 memastikan segala keputusan diambil tindakan.
  • F5 membincangkan program tahunan bagi tahun tersebut.
  • F6 membuat pelan operasi bagi setiap program.
  • F7 mengagihkan tugasan kepada ahli.
  • F8 memastikan setiap ahli menjalankan tanggungjawab.
  • F9 memastikan kehadiran ahli dalam setiap program.
  • F10 memastikan setiap program berjalan lancar.
  • F11 mengambil kira pandangan ahli dalam membuat keputusan.
  • F12 memastikan buku laporan lengkap sempurna.
  • F13 memastikan semua laporan program disiapkan.
  • F14 Menjalankan tugas seperti diarahkan oleh guru penasihat.
  • F15 menjaga ketrampilan sebagai seorang pemimpin persatuan.
  • F16 menjadikan Persatuan Sejarah sebagai sebuah persatuanyang diminati.
  • F17 menjalankan post mortem selepas melakukan sesuatu program.
  • F18 melakukan penambahbaikkan selepas program dilaksanakan.

(Mana-mana yang munasabah)

15
5Jelaskan kejayaan negara dalam bidang politik. (15M)
  • F1 Meningkatkan kestabilan negara.
  • F2 Perpaduan kaum.
  • F3 Negara demokrasi.
  • F4 Meningkatkan imej negara di mata dunia.
  • F5 Peningkatan rakyat dalam bidang politik.
  • F6 Hubungan diplomatik dengan Negara luar.
  • F7 Mengeratkan kerjasama serantau (ASEAN).
  • F8 Mengeratkan kerjasama antarabangsa (PBB, OIC, NAM).
  • F9 Membentuk kerjasama kerajaan adil dan berintergriti.
  • F10 Institusi Raja Berperlembangaan ditegakkan.
  • F11 Transformasi oleh kerajaan (pendidikan, ekonomi, pertahanan, kebajikan rakyat).
  • F12 Penambahbaikan sistem undang-undang (kehakiman).
  • F13 Penambahbaikan sistem ketenteraan dan pertahanan.
  • F14 Keluhuran dan ketertinggian perlembagaan.
  • F15 Meningkatkan semangat patriotisme.
  • F16 Meningkatkan semangat jati diri.
  • F17 Bangga jadi rakyat Malaysia.
  • F18 Meningkatkan ekonomi.
  • F19 Meningkatkan pelaburan asing.
  • F20 menjadi perantara dalam menyelesaikan isu-isu antarabangsa.

(Mana–mana jawapan yang munasabah)

15
6i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjamin kestabilan politik. (5M)
  • F1 Parti yang tidak berdaftar.
  • F2 Tekanan Negara maju.
  • F3 Kurang pengetahuan politik.
  • F4 Pencerobohan luar (Lahad Datu, Semporna).
  • F5 Lambakan warga asing.
  • F6 Kurang perpaduan Negara.
  • F7 Pecah amanah.
  • F8 Kurang semangat patroitisme.
  • F9 Gejala sosial.
  • F10 Rasuah.
  • F11 Dadah.
  • F12 Perpecahan kaum.
  • F13 Isu-isu sensitif keagamaan.
  • F14 Berdemonstrasi dan rusuhan.
  • F15 Keruntuhan akhlak.
  • F16 Ajaran sesat.

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah di atas. (5M)

  • F1 Pendaftaran parti-parti politik secara sah.
  • F2 Kempen pilihanraya yang adil.
  • F3 Konsep 1Malaysia.
  • F4 Kempen anti rasuah.
  • F5 Penambahan dan penigkatan ilmu pengetahuan.
  • F6 Memperkukuhkan jati diri.
  • F7 Melahirkan modal insan.
  • F8 Meningkatkan semangat patriotisme.
  • F9 Merapatkan hubungan silaturrahim.
  • F10 Mengubah suai kurikulum pendidikan.
  • F11 Mematuhi prinsip Rukun Negara.
  • F12 Pilihanraya yang telus.
  • F13 Didikan agama.
  • F14 Menghormati agama kaum lain.
  • F15 Menguatkuasa undang-undang.

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

10
7Nyatakan nilai murni/iktibar yang diperoleh daripada kestabilan politik negara. (10M)
  • F1 Memupuk kerjasama dan perpaduan kaum.
  • F2 Menjadikan kita gigih dan bersungguh-sungguh untuk bekerja.
  • F3 Memupuk jati diri.
  • F4 Menunjukkan kebijaksanaan pemimpin.
  • F5 Menjadikan kita lebih berdaya saing.
  • F6 Dapat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D).
  • F7 Membolehkan kita menguasai ilmu pengetahuan.
  • F8 Menjadikan kita lebih mahir dalam semua aspek.
  • F9 Melahirkan rasa syukur kerana politik yang stabil.
  • F10 Meningkatkan permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan.
  • F11 Memanfaatkan sumber.
  • F12 Bijak mengambil peluang.
  • F13 Berusaha mengekalkan keharmonian.
  • F14 Menjamin kejayaan sistem demontrasi berparlimen.

(Mana-mana yang munasabah)

10
8Rumusan.
  • F1 Menjunjung tinggi perlembagaan negara.
  • F2 Mematuhi undang-undang.
  • F3 Pindaan perlembagaan digubal untuk kepentingan negara dan rakyat.
  • F4 Membentuk negara yang stabil.
  • F5 Menangkis ancaman luar.
  • F6 Berhati-hati dengan agenda musuh negara.
  • F8 Rakyat hidup aman dan harmoni.
  • F9 Hormat-menghormati.
  • F10 Mengelakkan persengketaan.
  • F11 Mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • F12 Memajukan negara.
  • F13 Mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.
  • F14 Perasaan setia pada negara.
  • F15 Perasaan bangga dan cintakan negara.

(Mana-mana yang munasabah)

5

Semoga perkongsian Skema Jawapan Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia boleh dijadikan panduan dan rujukan buat pelajar dalam menjawab soalan berkaitan Bab 7. Semoga anda berjaya menjawab dengan cemerlang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *