SKEMA JAWAPAN

Skema Jawapan Peningkatan Tamadun

Contoh Soalan Dan Jawapan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 2

Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan Peningkatan Tamadun untuk Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 2. Merujuk tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 2, berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;

  • I. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
  • II. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
  • III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan

Skema Jawapan Peningkatan Tamadun - Skema Jawapan Peningkatan Tamadun

Skema Jawapan Peningkatan Tamadun Sejarah Kertas 3 (Tingkatan 4 Bab 2)

Soalan: Huraikan sejarah peningkatan tamadun dengan menghubungakitkannya dengan pencapaian bidang ekonomi khususnya pertanian dan perdagangan di negara kita pada hari ini

Peringatan; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;-

TAJUK 7.1b :SKEMA JAWAPAN PENINGKATAN TAMADUN

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami lokasi tamadun1. Pengenalan

Jelaskan lokasi tamadun

  • i. Yunani
  • ii. Rom
  • iii. Chi
5
Isi dan huraianMemahami proses pembentukan tamadun2. Proses pembentukan tamadun

Huraikan proses pembentukan tamadun

  • i. Yunani
  • ii. Rom
  • iii. India
  • iv. China
30
Menganalisis aspek pembangunan tamadun3. Aspek peningkatan tamadun (aspek ekonomi)
Jelaskan peningkatan tamadun India dan China dalam aspek perdagangan dan pertanian
15
Mengaplikasikan : Menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian yang maju4. Langkah-langkah untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara pertanian yang maju

Cadangkan langkah-langkah bagi memajukan bidang pertanian di negara kita

15
Menilai kejayaan negara setelah memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan yang ada5. Kejayaan negara setelah memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan

Apakah kejayaan yang dicapai oleh negara hasil daripada kemajuan bidang pertanian ?

10
Mencipta / Menjana idea menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dari segi sains dan teknologi6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha memajukan bidang pertanian di negara kita. (5M)
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar /
patriotisme daripada pembentukan
tamadun awal untuk memajukan negara kita
7. Penerapan nilai-nilai murni iktibar / patriotisme daripada kerajaan awal demi memajukan negara kita

Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada peningkatan tamadun India dan tamadun China yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan8. Rumusan
  • Pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5

Peraturan Pemarkahan Tingkatan 4 Bab 2

Soalan : Huraikan sejarah peningkatan tamadun dengan menghubungakitkannya dengan pencapaian bidang ekonomi khususnya pertanian dan perdagangan di negara kita pada hari ini.

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Tamadun Awal Manusia)
SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1Jelaskan lokasi tamadun

i. Yunani ( ms 38 )

  • F1 Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau disekitarnya
  • F2 Dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean

2 x 1m = 2m

ii. Rom ( ms 39 )

  • F1 Bermula di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sungai Tiber, di Lembah Latium
  • F2 Didiami oleh masyarakat Latin

2 x 1m = 2m

iii. China ( ms 41 )

  • F1 Terletak di Lembah Hwang Ho
  • F2 Meluas hingga ke bahagian selatan China semasa Dinasti Chin
  • F3 Dinasti Chin bermula pada tahun 221 SM dan berakhir pada 206 SM

3 x 1m = 3m
(mana-mana i + ii + iii = 5m)

5
2Huraikan proses pembentukan tamadun

i. Yunani ( ms 38 )

  • F1 Tamadun bermula dengan pembentukan penempatan manusia / negara kota / polis
  • F2 Polis merupakan institusi politik yang merdeka
  • F3 Contoh Polis : Athens
  • F4 Jumlah penduduknya kecil
  • F5 Setiap polis mempunyai acropolis ( menempatkan bangunan kerajaan )
  • F6 Terdapat juga agora ( tempat pertemuan / mesyuarat )
  • F7 Kawasan pertanian terletak di luar kota
  • F8 Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar sekitar tahun 1000 – 800 SM
  • F9 Setiap negara kota mengandungi sebuah kota
  • F10 Dikelilingi oleh kawasan pertanian
  • F11 Di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana
  • F12 Contoh negara kota : Athens, Sparta dan Corith
  • F13 Ketiga-tiga negara kota ini terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean
  • F15 Negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri

ii. Rom ( ms 40 )

  • F16 Berkembang semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 SM
  • F17 Abad kedua masihi, wujud Majlis Perbandaran di setiap bandar
  • F18 Bandarnya terancang dengan pelbagai kemudahan
  • F19 Antara kemudahan : bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdailog, rumah mandi awam dan istana
  • F20 Contoh bandar : Pompei
  • F21 Pada 80M mempunyai 50 000 penduduk
  • F22 Terdapat saliran bawah tanah
  • F23 Menyalurkan air menggunakan paip sejauh 165 km
  • F24 Melibatkan 14 buah saliran / terusan
  • F25 Membekalkan air pada waktu aman dan semasa perang / Perindustrian/ Pengangkutan

iii. India

  • F26 Terbentuk selepas keruntuhan Tamadun Indus
  • F27 Wujud satu budaya dan tahap baru di Lembah Indus
  • F28 Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik
  • F29 Menjelang abad ketujuh SM, tumpuan beralih ke Lembah Ganges
  • F30 Terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan Raja
  • F31 Terdapat dua bentuk kerajaan
  • F32 Janapada (Kerajaan kecil) dan Mahajanapada (Kerajaan besar)
  • F33 Chandragupta Maurya telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil
  • F34 Pada 321 SM lahir empayar pertama di India
  • F35 Penyatuan seluruh India Utara
  • F36 Mencapai kemuncak semasa pemerintahan Asoka

iv. China

  • F37 Maharaja Shih Huang Ti meluaskan jajahan takluk hingga terbentuk empayar
  • F38 Jajahan takluk meluas hingga Sungai Merah di Vietnam
  • F39 Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa
  • F40 Jajahan takluk disatukan di bawah satu pentadbiran pusat

39 X 1m = mak 30 m

30
3Jelaskan peningkatan tamadun India dalam aspek perdagangan dan tamadun China dalam aspek pertanian

i. Perdagangan – Tamadun India ( ms 51 )

  • F1 Bermula sejak abad ketiga SM
  • F2 Melibatkan perdagangan dalaman ( antara kawasan ) dan perdagangan luar
  • F3 Pusat perdagangan : Anga, Kalinga dan Karusa
  • F4 Menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
  • F5 Hubungan perdagangan dengan negara luar seperti dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia tengah dan Asia Tenggara
  • F6 Pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar : Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Btoach, Chaul, Kalyan dan Cambay
  • F7 Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan / sresthin
  • F8 Contoh : Persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit
  • F9 Matlamat persatuan : Mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja
  • F10 Terdapat undang-undang bagi mengawal persatuan
  • F11 Turut diawasi oleh Raja
  • F12 Mata wang menjadi medium jual beli
  • F13 Terdapat perusahaan tekstil, kain kapas dan kain sutera
  • F14 Cukai dikenakan bagi setiap jenis hasil perdagangan
  • F15 Tujuan dikenakan cukai adalah untuk menyara anggota tentera, pentadbir dan Raja
  • F16 Hubungan perdagangan dengan Alam Melayu berkembang semasa Zaman Gupta
  • F17 India mendapatkan barangan seperti : rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi
  • F18 Terdapat juga hubungan dengan Rom dan Sri Lanka

ii. Pertanian dan Perdagangan – Tamadun China ( ms 52 )

  • F19 Semasa Dinasti Han, Tenggala diperkenalkan untuk membuat batas
  • F20 Penciptaan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong beroda dan penyisir tanah
  • F21 Sistem tanaman bergilir diamalkan untuk menjaga kesuburan tanah
  • F22 Kawasan bukit diteres untuk tujuan pertanian
  • F23 Terusan dibina untuk membekalkan sumber air bagi pertanian
  • F24 Perusahaan logan dan tembikar berkembang sejak zaman Dinasti Han
  • F25 Hasil didagangkan ke Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat
  • F26 Peringkat awal, hasil dagangan dibawa melalui Jalan Sutera Darat
  • F27 Semasa Dinasti Tang menggunakan Jalan laut
  • F28 Wujud persatuan perdagangan
  • F29 Lahir golongan kelas pertengahan

29 X 1m = mak 15m

15
4Cadangkan langkah-langkah untuk memajukan bidang pertanian di negara kita?
  • F1 Menguasai ilmu pengetahuan
  • F2 Menguasai kemahiran
  • F3 Menjamin keamanan
  • F4 Mengekalkan perpaduan kaum
  • F5 Kreatif dan inovatif
  • F6 Menggalakkan pelaburan asing
  • F7 Menaik taraf infrastruktur
  • F8 Menambah tenaga mahir
  • F9 Meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
  • F10 Mengurangkan karenah birokrasi
  • F11 Memberikan bantuan modal
  • F12 Mencari pasaran baru
  • F13 Melakukan penyelidikan
  • F14 Menghasilkan biji benih yang berkualiti
  • F15 Menghasilkan baja yang berkualiti
  • F16 Perkongsian teknologi dengan negara maju
  • F17 Berani mencuba teknologi terbaru
  • F18 Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian

(mana-mana jawapan yang munasabah)

15
5Apakah kejayaan yang dicapai oleh negara hasil daripada kemajuan bidang pertanian ?
  • F1 Pengeluar komoditi utama dunia (koko/getah/kelapa sawit)
  • F2 Bioteknologi
  • F3 Menjadikan pertanian satu industri
  • F4 Menjadi pusat pengeluaran herba
  • F5 Menyelaraskan peranan agensi penyelidikan seperti RISDA,MARDI
  • F6 Menubuhkan MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan mengiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri
  • F7 Menyediakan Pengurusan pertanian: FAMA, FELDA, FELCRA
  • F8 Memperkenalkan Teknologi pertanian (Hydrophonic/ fertigasi gantung/baja)
  • F9 Meluaskan pasaran di peringkat antarabangsa
  • F10 Pelopor hub halal
  • F11 Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang, Selangor
  • F12 Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot besar.

(mana-mana jawapan yang munasabah)

10
6i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha memajukan bidang pertanian di negara kita. (5M)

Kewangan

  • F1 kekurangan modal
  • F2 nilai mata wang turun naik
  • F3 Kejatuhan pasaran saham
  • F4 Masalah menarik pelabur asing 

Teknologi

  • F5 Masih rendah
  • F6 Bergantung kepada teknologi luar Globalisasi
  • F7 Persaingan dengan negara maju
  • F8 Pengiktirafan oleh negara-negara maju 

Pasaran

  • F9 Menembusi pasaran antarabangsa
  • F10 Pasaran terhad
  • F11 Tekanan negara maju

Tenaga kerja

  • F12 Kurang mahir
  • F13 Bergantung kepada negara luar
  • F14 Ramai tenaga mahir berkhidmat di negara luar

Cabaran lain

  • F15 Kekurangan tanah pertanian
  • F16 Tiada galakan / sokongan daripada ibu bapa

(mana-mana jawapan yang munasabah)

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)

  • F1 Penguasaan ilmu pengetahuan
  • F2 Menguasai ICT
  • F3 Penyelidikan dan pembangunan / R&D
  • F4 Mengukuhkan sistem kewangan
  • F5 Meningkatkan kualiti barangan
  • F6 Mencari pasaran baru
  • F7 Memperkenalkan / menggunakan e-dagang
  • F8 Mengadakan promosi
  • F9 Menyediakan modal insan yang berkualiti

(mana-mana jawapan yang munasabah)

10
7Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada sumbangan tamadun awal yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita.
  • F1 Menjadi contoh
  • F2 Amanah/ jujur
  • F3 Ikhlas
  • F4 Bertanggungjawab
  • F5 Tidak tamak
  • F6 Tiada asad dengki/ dendam/ khianat
  • F7 Bekerjasama
  • F8 Dedikasi/ tekun
  • F9 Berdisiplin
  • F10 Adil
  • F11 Bersyukur
  • F12 Baik hati
  • F13 Berhemah tinggi
  • F14 Empati
  • F15 Rasional
  • F16 Semangat kemasyarakatan
  • F17 Berani
  • F18 Rajin
  • F19 Kebersihan fizikal dan mental
  • F20 Menitikberatkan kerohanian
  • F21 Tidak putus asa
  • F22 Semangat meneroka
  • F23 Bercita-cita tinggi/ berwawasan
  • F24 Bersifat inovatif dan reaktif
  • F25 Memiliki sikap tolenransi
  • F26 Sedia menerima perubahan
  • F27 Memelihara perpaduan
  • F28 Mementingkan ilmu pengetahuan
  • F29 Pentadbiran teratur
  • F30 Mengekalkan keamanan
  • F31 Cekal
  • F32 Berani
  • F33 Menghayati

(mana-mana jawapan yang munasabah)

10
8Rumusan
  • F1 Pengetahuan yang diperolehi
  • F2 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
  • F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5

Semoga perkongsian skema jawapan Peningkatan Tamadun untuk Sejarah Kertas 3 SPM Tingkatan 4 Bab 2 bermanfaat buat semua pelajar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *