SKEMA JAWAPANSPM

Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah Tingkatan 5 Bab 6. Panduan buat pelajar SPM yang sedang mengulangkaji pelajaran Sejarah. Berikut dikongsikan Skema Jawapan pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia untuk panduan dan rujukan pelajar dalam menjawab Sejarah Kertas 3 SPM/ SPMU.

Tema/Tajuk 11.1: Pengukuhan Negara dan Bangsa yang Merdeka

Soalan: Huraikan sejarah pembentukan Malaysia dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini.

Peringatan

Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia - Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia Sejarah Kertas 3 Bab 6

TAJUK 11.1 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA SEJARAH

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami latar belakang pembentukan Malaysia.
1. Pengenalan.

Jelaskan secara umum tentang Malaysia.

5
Isi dan huraianMemahami cadangan dan sebab-sebab pembentukan Malaysia.2. Cadangan pembentukan Malaysia.

Terangkan cadangan pembentukan Malaysia berdasarkan perkara berikut:

  • (a)    Idea cadangan pembentukan Malaysia. (10M)
  • (b)   Sebab-sebab pembentukan Malaysia:-

-Politik.

-Ekonomi.

-Sosial.

30
Menganalisis reaksi terhadap pembentukan Malaysia.3. Reaksi pembentukan Malaysia.

Terangkan reaksi terhadap pembentukan Malaysia.

15
Mengaplikasi semangat 1Malaysia.4. Peranan pelajar mengamalkan semangat 1Malaysia.

Bagaimanakah para pelajar dapat memupuk semangat perpaduan?

15
Menilai kejayaan-kejayaan Malaysia sehingga kini.5. Kejayaan Malaysia sehingga kini.

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai  oleh negara kita sehingga hari ini.

10
Mencipta / menjana idea untuk menghadapi cabaran masa hadapan bagi menjamin kedaulatan negara dan bangsa Malaysia.6. Cabaran menjamin kedaulatan negara dan bangsa Malaysia.
  • (a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia kini. (5M)
  • (b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5M)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada pembentukan Malaysia.7. Penerapan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme yang dapat diterapkan daripada pembentukan Malaysia.10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • Pengetahuan yang diperoleh.
  • Ikhtibar kepada diri,bangsa dan negara.
  • Harapan untuk masa depan dan kestabilan politik di Malaysia yang lebih cemerlang.
5

Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 Bab 6 Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

 

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia)

SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
Pengenalan 
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah membawa kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
  • Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu.
  • Iaitu Johor,Negeri Sembilan,Selangor,Pahang,Perak,Kelantan,Terengganu,Kedah,Perlis dan dua buah Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
  • Singapura diletakkan di luar Persekutuan Tanah Melayu seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malayan Union (1946)
  • Sarawak dan Sabah terus kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota.
  • Manakala Kesultanan Brunei terus dilindungi oleh British
  • Keadaan ini kekal sehingga Malaysia terbentuk.
  • Usaha pembentukan Malaysia menimbulkan reaksi serta cabaran dari dalam negeri dan negara luar tetapi hal ini ditangani melalui pelbagai usaha.
  • Pembentukan Malaysia akhirnya diterima oleh Perlembagaan Malaysia 1963 telah digubal.
[9x1m] Maksimum 5 Markah
Idea cadangan pembentukan Malaysia

i. Cadangan Lord Brassey

  • Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke 19.
  • Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara.
  • Beliau mencadangkan agar kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

ii. Cadangan Sir Malcolm Mac Donald

  • Pada tahun 1948,Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949-1952),Sir Malcolm MacDonald mencadangkan supaya Sarawak ,Sabah,Singapura,Brunei,dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

iii. Cadangan pemimpin-pemimpin Singapura

  • Pemimpin-pemimpin Singapura turut mencadangkan pembentukan Malaysia seperti Lim Yew Hock, David Marshall (1955) dan Lee Kuan Yew (1959)
  • Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja
  • Idea ini tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana gabungan ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan penduduk.

iv. Cadangan Tunku Abdul Rahman

  • Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura.
  • Beliau menyuarakan harapannya supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini.
  • Pembentukan Malaysia dapat mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan social.
  • Menurut beliau,pembentukan Malaysia memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.
[13x1m] [Maksimum 10 markah]
Sebab-sebab pembentukan Malaysia

i. Faktor Politik (Keselamatan)

  • Lee Kuan Yew berminat untuk bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961.
  • Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan Parti Tindakan Rakyat,atau People’s Action Party (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew.
  • Perkembangan di Singapura membimbangkan kerana pergerakan yang berlaku akan menggugat rancangan Kerajaan British dalam memberikan kemerdekaan kepada Singapura.
  • Lee Kuan Yew menganggap Barisan Sosialis sebagai gerakan berhaluan kiri.
  • Lee Kuan yew menggunakan alasan ancaman komunis untuk mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Persekutuan Tanah Melayu berpengalaman dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) sepanjang tempoh darurat, iaitu dari tahun 1948 hingga tahun 1960.
  • Ancaman komunis turut berlaku di Sarawak dan Clandestine Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
  • Ancaman komunis merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia.
  • Kerana penyertaan Singapura, Sarawak, dan Sabah dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi ancaman komunis.

ii. Kemerdekaan

  •  …Penubuhan Malaysia mencepatkan kemerdekaan Sarawak,Sabah,Singapura dan Brunei.
  • …kerana pada masa itu Sarawak,Sabah dan Brunei masih belum mampu berkerajaan sendiri.
  • …Penyertaan negara-negara ini dalam Malaysia dapat menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan,Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun.
  • …Dengan menyertai Malaysia,negara-negara ini juga dapat menikmati pembangunan sosial,ekonomi,dan politik.

iii. Dekolonisasi

  • …Penubuhan Malaysia merupakan satu usaha dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
  • …Pada masa itu,hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan.
  • …Dalam perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pada tahun 1960,timbul usul agar tanah-tanah jajahan diberi kemerdekaan.
  • …Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara.
  • …British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Sinngapura dan wilayah-wilayah Borneo.
  • …British perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal,terutamanya di pangkalannya,Singapura.

iv. Faktor Ekonomi (Kerjasama Ekonomi)

  • …Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
  • …Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
  • …Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah.
  • …seperti getah dan bijih timah,Sarawak dan Sabah mempunyai sumber balak manakala Brunei kaya dengan sumber minyak.

v. Faktor Sosial (Kependudukan)

  • …Pembentukan Malaysia dapat mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan negeri anggota.
  • …dengan memasukkan Sarawak,Sabah dan Brunei dalam gabungan itu.
[25x1m][Maksimum:20 markah]
Reaksi terhadap pembentukan Malaysia

i. Reaksi Dalam Negeri (Persekutuan Tanah Melayu)

  • …Rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota.
  • …Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka dan menjadi aset yang boleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.
  • …Kebanyakan parti politik di Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaannya.
  • …Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
  • …UMNO pula menyetujui penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak,Sabah,dan Brunei tanpa Singapura.

ii. Singapura (Parti Tindakan Rakyat)

  • …Sejak tahun 1950-an lagi,Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan tanah Melayu.
  • …Lee Kuan Yew dan partinya,PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat.
  • …Lee Kuan Yew ingin mempertahankan kedudukannya sendiri.
  • …Menjelang bulan Disember 1961,Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini.

iii. Barisan Sosialis

  • ….Parti pembangkang Singapura yang terbesar,Barisan Sosialis menentang idea pembentukan Malaysia kerana beranggapan gabungan tersebut merupakan satu bentuk penjajahan baru.
  • …Barisan Sosialis menuntut supaya pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai gabungan ini.
    Parti Buruh
  • …Parti Buruh pimpinan David Marshall menyokong pandangan Barisan Sosialis.
  • …Parti Rakyat Bersatu/United People’s Party pimpinan Ong Eng Guan turut menyokong pandangan barisan Barisan Sosialis.
  • …Parti Rakyat Bersatu menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.
  • …Pada 1 September 1962,satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan di Singapura.
  • …Dalam referendum ini,pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961.

iv. Sarawak dan Sabah

  • ….Reaksi segera di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini.
  • …Sebabnya kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British,iaitu Sabah selama 61 tahun dan Sarawak lebih daripada satu abad.
  • …Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.
  • …Sebelum ini,peluang mereka terlibat dalam politik adalah terhad.

v. Sarawak

  • …Kesemua parti politik di Sarawak akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka inginkan kemerdekaan Sarawak dicapai terlebih dahulu.
  • …Hanya SUPP yang terus menentang pembentukan Malaysia.
  • …Pada bulan Oktober 1962,lima buah parti,iaitu PANAS,SNAP,BERJASA,SCA,dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.
  • …Parti Perikatan Sarawak telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP.

vi. Sabah

  • ….Di Sabah,masih belum terdapat parti-parti politik,namun pengumuman tentang gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman telah melahirkan beberapa buah parti politik di Sabah.
    Parti-parti politik ini bertujuan mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan tentang gagasan Malaysia.
  • …Pada bulan September 1961,kelima-lima parti politik,iaitu UNKO,USNO,Parti Pasok Momogun,Parti Bersatu dan Parti Demokratik bergabung membentuk Parti Perikatan Sabah.
  • …Kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah dalam Malaysia.
  • …Parti Perikatan telah mengemukakan tuntutan yang mempunyai 20 syarat yang dikenal sebagai Perkara 20.
  • …Tuntutan ini kemudiannya turut diterima oleh Sarawak.
  • …Perkara 20 menyenaraikan tuntutan Sarawak dan Sabah yang hendak dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
  • …Laporan JAK telah memuatkan tuntutan tersebut yang kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
  • …Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.
  • …Sabah dan Sarawak diberikan hak wilayah asingan yang menyentuh perkara seperti ketua negeri/Bahasa Kebangsaan/Agama Islam/kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen/kerakyatan/peruntukan kewangan/pelajaran.
  • …Menjelang akhir tahun 1961,ramai pemimpin dan rakyat Sarawak dan Sabah mulai menyokong pembentukan Malaysia.
  • …Perubahan sikap ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu menjelaskan tentang gagasan Malaysia dan mempertimbangkan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah.
  • …Semangat perpaduan dan sikap toleransi yang diperlihatkan oleh para pemimpin Tanah Melayu seperti Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak,Tun V.T Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin telah membantu kepada perubahan sikap ini.
  • …Usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah seperti Datu Mustapha datu Harun,Temenggung Jugah,Donald Stephen,Ong Kee Hui,dan Stephen Kalong Ningkan.

vii. Brunei

……Sultan Brunei,Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awalnya.
…Sultan Brunei telah membentuk sebuah suruhanjaya untuk meninjau pendapat rakyat Brunei.
…Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M Azahari menentang gagasan Malaysia kerana PRB ingin menubuhkan Persekutuan Borneo,iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak,sabah dan Brunei.
…Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.
…A.M Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak,Sabah dan Brunei.
…Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei diadakan.Sultan Brunei terpaksa menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
…A.M Azahari dan pendokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina.
…Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera British tetapi A.M Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap.
…A.M Azahari kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia.

viii. Reaksi Negara Luar (Indonesia)

…Indonesia membantah pembentukan Malaysia walaupun pada peringkat awalnya Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
…Penentangan Indonesia hanya berlaku pada akhir tahun 1962 kerana Indonesia berpendapat bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia.
…Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.
…Pada 20 Januari 1963,Indonesia melancarkan Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan terhadap Malaysia dengan konsep Ganyang Malaysia.
…Ganyang Malaysia merupakan dasar Indonesia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia.
…Antara tindakan Indonesia melalui Ganyang Malaysia ialah menghantar pengintip untuk memusnahkan gagasan Malaysia dari dalam secara sulit.
…Pada peringkat permulaan,Indonesia melakuakan serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan melakukan pencerobohan udara.
…Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tidak mengambil sebarang tindakan pada peringkat ini tetapi apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor,Sarawak dan Sabah,Malaysia bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel dari Britain,Australia,New Zealand dan Kanada.
…Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain.
…Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu,Sarawak dan Sabah.
…Ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku tetapi sebaliknya tindakan ini telah menjejaskan Indonesia sendiri.
…Malaysia juga terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asian dan negara Dunia Ketiga.
…Perwakilan Malaysia yang diketuai oleh Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika untuk menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia.
…Hubungan tegang antara Indonesia-Malaysia berterusan hingga bulan September 1965 apabila berlaku pemberontakan bersejanta di Indonesia.
…Presiden Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno dalam pemberontakan tersebut.
…Presiden Soeharto telah menghantar Menteri Luar Indonesia,Adam Malik bagi memulihkan hubungan diplomatik Indonesia-Malaysia.
…Perundingan telah diadakan di Bangkok pada tahun 1966 dan Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak Hussein.
…Menjelang bulan Ogos 1966,konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia ditamatkan.

ix. Reaksi Negara Luar (Filipina)

……Pada tahun Jun 1962,kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi untuk menuntut hak terhadap Sabah.
…Kerajaan Filipina mendakwa bahawa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
…Tuntutan Filipina dibuat berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overbeck.
…Baron Overbeck kemudiannya telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British.
…Pada tahun 1881,syarikat ini dikenal sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB)
…Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun dan pada tahun 1946,SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British.
…Pada 22 Januari 1958,waris Sultan Sulu yang terakhir iaitu Sultan esmail Kiram telah mengisytiharkan bahawa pajakan ini tamat.
…Walau bagaimanapun ,menjelang bulan Jun 1966,Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia untuk membaiki hubungan antara Malaysia-Filipina melalui MAPHILINDO (Malaysia,Filipina,dan Indonesia)

[73x1m] [Maksimum:15 markah]
Bagaimanakah para pelajar dapat memupuk semangat perpaduan?

 

…Mengamalkan prinsip Rukun Negara.
…Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi .
…Menyertai aktiviti sukan di sekolah.
…Melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum.
…Mengadakan kempen kesedaran kepentingan perpaduan antara kaum.
…Mempelajari kepelbagaian budaya di Malaysia.
…Mengadakan minggu/bulan berkaitan dengan Semangat 1 Malaysia.
…Mengadakan pertandingan mengarang/menulis esei berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
…Menghormati budaya/kepercayaan sesuatu kaum.
…Bergaul mesra sesama rakan pelajar pelbagai kaum.
…Menyertai aktiviti kokurikulum secara aktif.
…Mengadakan kumpulan perbincangan/group study yang melibatkan pelbagai kaum.
…Mendeklamasikan sajak bertemakan “Perpaduan”
…Mengunjungi rumah terbuka bagi rakan-rakan yang berlainan bahasa.
…Mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah.
…Menjaga/meningkatkan nama baik sekolah secara bersama.

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[16x1m][Maksimum:15 markah]
Kejayaan Malaysia yang boleh dibanggakan oleh generasi kini

…Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)
…Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur/KLCC
…Litar Sepang
…Menara Kuala Lumpur
…Perisytiharan Melaka/Pulau Pinang/sebagai bandaraya warisan dunia.
…Kejayaan pelayar negara Dato Azhar Mansor berjaya mengelilingi dunia.
…Program Angkasawan Negara/Dr.Sheikh Muzaffar Shukor.
…Dato’ Sharifah Mazlina berjaya merentasi kutub selatan .
…Koridor Raya Multimedia (MSC)
…Dato Malik Maidin merentasi Selat Inggeris.
…Jambatan Pulau Pinang.
…Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Monorel.
…Kereta nasional/Proton Saga/Myvi/Preve/Persona/Inspira

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[13x1m][Maksimum:10 markah]
Cabaran menjamin kedaulatan negara dan bangsa Malaysia

 …Mendapat pengiktirafan dari negara maju.
…Keruntuhan akhlak remaja.
…Nilai-nilai kemanusiaan semakin pudar.
…Penyalahgunaan dadah.
…Institusi kekeluargaan semakin luntur/penceraian meningkat.
…Demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati.
…Masalah kemiskinan.
…Kadar pengangguran tinggi.
…Sekatan/kawalan negara maju.
…Penyalahgunaan ICT.

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[11x1m][Maksimum:5 markah]

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran.

…Melahirkan modal insan berkualiti.
…Memperkukuh jati diri/PLKN
…Menerapkan integriti/anti rasuah.
…Merealisasikan wawasan 2020
…Menjayakan konsep 1 Malaysia
…Memperkasa sekolah agama
…Mengukuhkan institusi kekeluargaan.
…Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasi gejala sosial.
…Menguatkuasakan undang-udang secara adil

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[9x1m][Maksimum:5 markah]
Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme

…..Kerjasama antara pemimpin-pemimpin/pemimpin-rakyat.
…Berfikiran positif
…Melakukan rundingan untuk menyelesaikan masalah.
…Berdaya saing.
…Memanfaatkan kurniaan Tuhan.
…Pemikiran yang matang.
…Mempunyai sikap positif.
…Mengekalkan tradisi bangsa.
…Berbangga dengan pencapaian negara.
…Tidak mudah putus asa.
…Memelihara jati diri.
…Tidak bekerjasama dengan kuasa asing yang merosakkan negara
…Mengukuhkan perpaduan kaum.
…Berdisiplin

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[14x1m][Maksimum:10 markah]

Rumusan

  • Pengetahuan yang diperoleh.
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

Kredit Meja Panitia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *