SKEMA JAWAPANSPM

Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan

Soalan Dan Cadangan Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM : Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan. Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Untuk rujukan pelajar dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPM, berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan.

Nota ringkas berkaitan dengan topik Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan (sejarah SPM Bab 8) boleh boleh dirujuk di Bab 8 SPM Sejarah.

Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan bab 8 - Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

Berikut dikongsikan contoh soalan berkaitan dengan Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 iaitu Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan beserta dengan skema jawapan buat panduan pelajar.

Tajuk Umum Tugasan : TAJUK 8.2 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

Tema / Tajuk: 8.2 Bab 8 Tingkatan 5

(Merujuk tema 8 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks sejarah Tingkatan 5 Bab 8). Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:-

  • I. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku
    teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.
  • II. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah, dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
  • III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan

Soalan

Dasar Pembangunan Sosial untuk perpaduan negara telah dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia. Sejauh manakah pelaksanaan dasar ini telah memberi kesan terhadap sistem pendidikan dan usaha menghayati prinsip Rukun Negara.

Peringatan:

Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah

SKEMA JAWAPAN PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami latarbelakang pembangunan sosial1. Pengenalan.

Jelaskan secara ringkas tentang dasar pembangunan sosial di Malaysia

5
Isi dan huraianMemahami dasar-dasar yang berkaitan pembangunan sosial2. Memahami dasar-daasar yang berkaitan pembangunan sosial

Terangkan dasar Pembangunan Sosial yang sedang dilaksanakan untuk menjana perpaduan

  • Rukun Negara
  • Akta Bahasa Kebangsaan
30
Menganalisis dasar pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan kebangsaan

3. Pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan

Huraikan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan di negara kita sejak tahun 1956 hingga 1988

15
Mengaplikasi dasar pendidikan kebangsaan ke arah menjayakan konsep 1Malaysia4. Langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah megara yang mempunyai perpaduan yang kukuh melalui dasar pendidikan

Sekiranya anda seorang menteri pelajaran, cadangkan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memupuk perpaduan bagi menjayakan konsep 1Malaysia

15
Menilai kejayaan Malaysia sebagai pusat pengajian bertaraf antarabangsa5. Kejayaan negara sebagai pusat pengajian bertaraf antarabangsa

Sejauh manakah Malaysia telah berjaya sebagai pusat pengajian bertaraf antarabangsa?

10
Mencipta / menjana idea bagi menjamin perpaduan negara dalam menghadapi cabaran abad ke-216. Cabaran dan langkah mengatasi cabaran pada abad ke-21
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin perpaduan negara
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada pelaksanaan dasar pembangunan sosial.

7. Nilai nilai murni / iktibar / patriotisme daripada pelaksanaan dasar pembangunan sosial

Nyatakan nilai nilai murni/ iktibar yang diperolehi daripada Dasar Perpaduan Negara

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  • Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang
5

Peraturan Pemarkahan Sejarah Bab 8 Tingkatan 5

Soalan: Dasar Pembangunan Sosial untuk perpaduan negara telah dilaksanakan sejak
penubuhan Malaysia. Sejauhmanakah pelaksanaan dasar ini telah memberi kesan
terhadap sistem pendidikan dan usaha menghayati prinsip Rukun Negara.

Dasar-dasar pentadbiran British di Tanah Melayu tidak lari daripada percubaan untuk memaksimumkan keuntungan kewangan. Kesan penjajahan terhadap pembangunan fizikal dan sosial di Tanah Melayu serta hubungkaitnya dengan kemajuan negara Malaysia pada hari ini.

Soalan/ Isi / Huraian

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan)

FORMATISI DAN HURAIANMARKAH
PengenalanJelaskan secara ringkas tentang dasar Pembangunan Sosial untuk Perpaduan Negara
  • F1 dilaksanakan melalui penglibatan aktiviti sosial
  • F2 perpaduan melalui pendidikan
  • F3 pembentukan Rukun Negara
  • F4 Dasar kebudayaan Kebangsaan
  • F5 Sukan untuk semua/perpaduan
  • F6 Wawasan 2020
  • F7 Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
[ 7 x 1m = mak 5m ]
Isi dan huraian

Terangkan Dasar Pembangunan Sosial yang sedang dilaksanakan untuk menjana perpaduan

i. Rukun Negara

F1 MAGERAN

  • H1a mengambil alih pentadbiran Negara
  • H1b menubuhkan majlis perundingan Negara/MPN
  • H1c membincangkan perpaduan Negara
  • H1d menilai isu perpaduan Negara
  • H1e menekankan pembentukan ideologi Negara

F2 Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970

  • H2a matlamat Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan
  • H2b memelihara corak hidup demokratik
  • H2c mencipta sebuah masyarakat yang adil
  • H2d menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
  • H2e membina masyarakat progresif
  • H2f menggunakan Sains dan Teknologi

F3 Prinsip-prinsip Rukun Negara

F4 kepercayaan kepada tuhan

  • H4a agama menjadi pegangan rakyat Malaysia
  • H4b mudah diurus menjadi warganegara yang baik
  • H4c menerima Islam sebagai agama rasmi
  • H4d agama lain bebas diamalkan

F5 kesetiaan kepada Raja dan Negara.

  • H5a Menuntut rakyat memberikan kesetiaan kepada raja dan Negara.
  • H5b Yang dipertuan Agong sebagai ketua Negara.
  • H5c Raja melayu merupakan ketua Negeri
  • H5d Raja menjadi symbol penyatuan rakyat
  • H5e pelindung hak istimewa pribumi
  • H5f derhaka kepada raja bermaksud derhaka kepada Negara

F6 keluhuran perlembagaan

  • H6a perlembagaan merupakan undang-undang utama Negara
  • H6b dianggap luhur, unggul serta suci
  • H6c menuntut akyat menerima/ mematuhi/ menyanjungi/ mempertahankannya.

F7 kedaulatan undang-undang

  • H7a menuntut menghormati undang-undang
  • H7b tidak melakukan kesalahan undang-undang
  • H7c rakyat hidup aman damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
  • H7d bertanggungjawab mendaulatkan undang-undang Negara
  • H7e tidak dicabar oleh mana-mana pihak

F8 kesopanan dan kesusilaan

  • H8a mengamalkan nilai-nilai murni
  • H8b melambangkan keperibadian individu
  • H8c menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni/ penyayang/ saling menghormati.

ii. Akta Bahasa Kebangsaan

F9 kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam perkara 152 perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957

  • H9a untuk memartabatkan Bahasa Melayu
  • H9b untuk menjamin perpaduan rakyat

F10 Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

F11 pelancaran minggu bahasa

F12 Pelancaran Bulan Bahasa

F13 Slogan Bahasa Jiwa Bangsa

F14 penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

  • H14a Sekolah Alam Shah/sekolah Seri Puteri/ Sekolah Sultan Abdul Halim

F15 Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967.

F16 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah
ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkatperingkat

F17 penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • H17a membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa Ilmu.

F18 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah untuk menggantikan bahasa Inggeris mulai 1982

F19 bahasa Melayu digunakan di mahkamah pada tahun 1990

[ 55 x 1m = mak 30m ]
Isi dan huraian

Huraikan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan di negara kita sejak tahun 1956 hingga 1988?

F1 Penyata Razak 1956

  • H1a Dapat menyuburkan semangat perpaduan Negara
  • H1b Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
  • H1c Menyeragamkan kurikulum yang bercorak kebangsaan

F2 Menubuhkan Sekolah Umum Rendah

  • H2a Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

F3 Sekolah Jenis Umum Rendah

  • H3a Menggunakan bahasa Inggeris / Cina / Tamil sebagai bahasa Pengantar

F4 Sekolah Menengah Melayu

  • H4a Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

F6 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua Sekolah
F7 Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui satu dasar pendidikan
F8 Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957

F9 Laporan Rahman Talib 1960

  • H9a Sebuah Jawatankuasa dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Haji Talib
  • H9b Menjadi Menteri Pelajaran Ketiga
  • H9c Mengasaskan penubuhan sekolah Vokasional khas untuk murid yang lemah dalam SRP
  • H9d Beberapa syor baru telah dicadangkan sebagai tambahan kepada Penyata Razak
  • H9e Untuk memupuk semangat perpaduan kaum
  • H9f Sekolah Umum dijadikan sekolah kebangsaan
  • H9g Sekolah Jenis Umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
  • H9h Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama
  • H9i Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • H9j Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu
  • H9k Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah menengah
  • H9l Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam
  • H9m Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
  • H9n Semua peperiksaan awam akan dijalankan dalam bahasa kebangsaan
  • H9o Syor-syor dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961

F10 Kajian Aminuddin Baki 1965

  • H10a Sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan
  • H10b Untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik
  • H10c Menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah hingga berumur 15 tahun
  • H10d Dengan memberi pelbagai kursus kemahiran
  • C10a Perdagangan / Sains Rumahtangga / Seni Perusahaan / Sains Pertanian
  • H10e Untuk melahirkan tenaga kerja mahir
  • H10f Sebagai persediaan untuk pasaran kerja
  • H10g Mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa

F11 Jawatankuasa Kabinet 1974

  • H11a Untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan
  • H11b Untuk menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada
  • H11c Dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara
  • H11d Mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu / berdisilplin dan terlatih
  • H11e Menekankan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira
  • H11f Kenaikan darjah secara automatik
  • H11g Penekanan terhadap sekolah vokasional
  • H11h Sukatan pelajaran sekolah swasta
  • H11i Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib
  • H11j Penekanan terhadap kokurikulum
  • H11k Penekanan disiplin sebagai asas perpaduan

F12 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
F13 Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1982

F14 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan dalam tahun 1988

  • H14a Menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
  • H14b Berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan
  • H14c Untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan / berketerampilan / berakhlak mulia / bertanggungjawab
  • H14d Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
  • H14e Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga / masyarakat / negara

F15 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  • H15a Sebagai pelengkap kepada dasar pendidikan kebangsaan
  • H15b Merupakan hala tuju system pendidikan di Negara kita
  • H15c Untuk memupuk perpaduan kaum
  • H15d Dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan / adat resam / agama
  • H15e Memupuk integrasi nasional
[ 66 x 1m = mak 15m ]
Isi dan huraian

Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin perpaduan negara

i. Cabaran Perpaduan abad ke 21

  • F1 petempatan berasaskan kaum
  • F2 jurang ekonomi yang luas di antara kaum
  • F3 jurang pendapatan
  • F4 perbezaan budaya, bahasa dan agama.
  • F5 parti politik berasaskan perkauman
  • F6 sistem vernakular di sekolah rendah masih wujud
  • F7 sukatan pelajaran berbeza di sekolah swasta

(mana-mana jawapan yang munasabah)

ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

  • Cara-cara mengatasi cabaran
  • F1 memperkasakan Bahasa melayu
  • F2 menambahkan bilangan sekolah wawasan
  • F3 mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • F4 mengamalkan dasar kebudayaan kebangsaan
  • F5 menjayakan Model Ekonomi Baru
  • F6 merealisasikan konsep 1Malaysia
  • F7 mengamalkan konsep Hidup Berjiran Membawa Berkat
  • F8 menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga
  • F9 membina budaya ilmu untuk menyekat limpahan maklumat luar
  • F10 pembangunan rohaniah
  • F11 menambah bilangan sekolah Bestari
  • F12 mendedahkan pelajar tentang perkembangan semasa
  • F13 berpandangan jauh
  • F14 kreatif dan inovati
10
Isi dan huraian

Sekiranya anda seorang menteri pelajaran, cadangkan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memupuk perpaduan bagi menjayakan konsep 1Malaysia

  • F1 mempunyai pegangan agama/Tuhan
  • F2 mematuhi/ mengamalkan kepercayaan agama
  • F3 menghormati kebebasan beragama/ bebas mengamalkan agama masing-masing
  • F4 setia kepada raja
  • F5 bangga terhadap institusi Negara
  • F6 mematuhi undang-undang
  • F7 mengamalkan Rukun Negara
  • F8 menghormati lambang Negara seperti lagu Negaraku Jalur Gemilang
  • F9 merealisasikan wawasan 2020
  • F10 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  • F11 Hari Perayaan disambut oleh semua kaum
  • F12 mengadakan Rumah Terbuka
  • F13 sukatan Pelajaran yang sama
  • F14 peperiksaan yang sama
  • F15 menerima kebudayaan kebangsaan
  • F16 bertolak ansur/ sikap keterbukaan
  • F17 saling menghormati
  • F18 bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan
  • F19 hak asasi dijamin
  • F20 semangat kesukarelawan
  • F21 kegiatan kokurikulum
  • F22 sukan
  • F23 meningkatkan penguasaan ilmu dan memajukan system pendidikan
  • F24 meningkatkan Research and Development(R&D)
  • F25 mengukuhkan jati diri dengan menyertai PLKN
  • F26 menggalakkan inovasi.
  • F27 pemberian biasiswa pendidikan atau PTPTN
  • F28 meneroka bidang dan pengetahuan baharu
  • F29 menjadikan minda rakyat kelas pertama
  • F30 menjadi pusat kecemerlangan ilmu dan pendidikan.
  • F31 melakukan pertukaran teknologi dan Ilmu./ kepakaran
  • F32 memperkasakan sekolah kebangsaan
  • F33 meningkatkan kualiti pendidikan Negara
  • F34 menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa

(mana-mana jawapan yang munasabah)

10
Isi dan huraian

i. Sejauh manakah Malaysia telah berjaya sebagai pusat pengajian bertaraf antarabangsa?

  • F1 melahirkan ramai tokoh pemikir/ cendekiawan
  • F2 bilangan pelajar asing yang menuntut di Malaysia semakin bertambah.
  • F3 prasarana pendidikan bertaraf dunia
  • F4 kegiatan penddikan/ R&D telah dimajukan
  • F5 menggalakkan kegiatan penulisan
  • F6 menggalakkan kegiatan penterjemahan
  • F7 menawarkan pelbagai jurusan di IPT/ fakulti
  • F8 meningkatkan kemahiran tenaga pengajar IPT
  • F9 mengadakan program antarabangsa
  • F10 mendemokrasikan pendidikan
  • F11 mewujudkan pusat maklumat rakyat
  • F12 sistem penyampaian maklumat dipertingkatkan
  • F13 meluaskan penggunaan jalur lebar
  • F14 memperbanyakkan IPT berkembar dengan IPT luar Negara.

(mana-mana jawapan yang munasabah)

10
Isi dan huraian

Nyatakan nilai-nilai murni/ iktibar yang diperolehi daripada Dasar Perpaduan Negara

  • F1 tolong-menolong
  • F2 toleransi
  • F3 saling menghormati
  • F4 gotong royong
  • F5 saling memahami
  • F6 kepatuhan kepada agama
  • F7 semangat kekitaan
  • F8 semangat kesukarelawan
  • F9 semangat 1 Malaysia
  • F10 berbudi bahasa
  • F11 sopan-santun
  • F12 kegiatan kokurikulum
  • F13 program jualan amal
  • F14 mematuhi undang-undang
  • F15 ziarah-menziarahi
  • F16 mengamalkan prinsip Rukun Negara
  • F17 memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • F18 Rukun Tetangga

(mana-mana jawapan yang munasabah)

10

8

Rumusan Skema Jawapan Pembentukan Kerajaan Islam

  • F1 Pengetahuan yang diperolehi
  • F2 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
  • F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5

Semoga perkongsian contoh soalan dan Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan ini boleh dijadikan panduan dalam menjawab Sejarah Kertas 3 SPM.

Related Articles

2 Comments

  1. hi i would love to copy this and prin it out for my upcoming spm trials but seems like i couldnt do that.. do you mind swnding me a copy of this so tht i can download it and print it out? thank you!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *