SKEMA JAWAPANSPM

Skema Jawapan Nasionalisme di Malaysia

Soalan Dan Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Panduan buat pelajar Tingkatan 5 SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua.

Tajuk ini berkaitan dengan pelajaran Sejarah Tingkatan 5 Bab 2. Untuk mendapatkan nota ringkas ini, sila klik Tingkatan 5 Bab 2.

Skema Jawapan Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua - Skema Jawapan Nasionalisme di Malaysia

Skema Jawapan Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua (Bab 2)

TEMA /TAJUK : 10.2 Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua

Soalan : Penjajahan British di Tanah Melayu telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan. Pada pendapat anda mengapakah semangat patriotisme menjadi tonggak dalam mengekalkan kedaulatan negara.?

Peringatan

Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah ini.

SKEMA JAWAPAN NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami latarbelakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehimgga Perang Dunia Kedua1. Pengenalan.

Jelaskan latarbelakang nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

5
Isi dan huraianMemahami sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British2. Sebab-sebab penentangan
  • Bincangkan sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap British di tanah Melayu.
30
Menganalisis peristiwa penentangan pemimpin tempatan

3. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan

Terangkan peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British di

i. Naning

ii. Kelantan

15
Mengaplikasi kepentingan semangat patriotisme dalam mengekalkan kedaulatan negara.4. Semangat patriotisme mampu mengekalkan kedaulatan negara

Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara?

15
Menilai kejayaan Malaysia dalam pelbagai aspek.5. Kemakmuran negara hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat

Pada pendapat anda,apakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

10
Mencipta / menjana idea usaha mengekalkan keamanan dan kemakmuran Malaysia.6. Cabaran dan langkah mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran (5M)
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara.

7. Nilai nilai murni / iktibar / patriotisme daripada usaha mengekalkan kedaulatan negara

Nyatakan nilai-nilai murni yang perlu ada pada setiap warganegara Malaysia dalam usaha mengekalkan kedulatan negara.

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  • Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang
5

Cadangan Jawapan Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Berikut dikongsikan cadangan jawapan Sejarah Kertas 3 Bab 2 untuk panduan dan rujukan pelajar semua.

Cadangan Peraturan Pemarkahan (Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang dunia Kedua)

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang dunia Kedua)

FORMATISI DAN HURAIANMARKAH
PengenalanLatar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
  • …Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
  • …Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah.
  • …Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.
  • …Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20
  • …Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
  • …Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
  • …Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja Lela/Rentap /Mat Salleh.
[7x1m][Maksimum:5 markah]
Isi dan Huraian

i. Sebab-sebab penentangan

Dasar penaklukan British

  • …Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar penaklukan Britishdi daerah mereka.
  • …Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.
  • …Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
  • …Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
  • …Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.
  • …Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.

ii. Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan

  • …Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya.
  • …Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan.
  • …Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
  • …Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

iii. Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan

  • …British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
  • …British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
  • …Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
  • …Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
  • …iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.

iv. Campurtangan British dalam adat resam tempatan

  • …Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan.
  • …British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan .
  • …Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
  • …Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

v. Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh

  • …Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka.
  • …Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
  • ….Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya.
  • …Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.
  • …Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa.
  • …Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dlam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British.

vi. Kesulitan penduduk tempatan

  • …Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
  • …yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan.
  • …Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.
[29x1m][Maksimum:30 markah]
Isi dan Huraian

i. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan

Naning

  • Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881 -1833 merupakan penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu.
  • Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan British.
  • Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada Melaka sebagai ufti.
  • Pada tahun 1831,British menghantar pasukan tenteranya untuk menakluki Naning.
  • Dol Said menentang pasukan british.
  • Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali daripada Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan Rechat/Dato’Kelana Sungai Ujong/Penghulu Gemencheh.
  • Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang berjumlah 150 orang di bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh,daerah Naning.
  • Pada akhir tahun 1832,British dengan tentera seramai 1200 orang menyerang Naning.
  • Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.
  • Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said.
    Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana.

Kelantan (Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut)

  • Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih pada tahun 1910 apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British.
  • British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan.
  • Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak enggan membayar cukai.
  • Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih yang telah mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi gagal.
  • Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu Adam,Haji Said,Che Ishak,dan rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya menawannya.
  • Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari
  • Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai Raja,Tok Janggut sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai pegawai daerah.
    Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa masuk pasukan tentera dari negeri selat bersama kapal perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.
  • Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Saring.
    Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih moden berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
  • Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas.
  • Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.
[23×1 m][Maksimum:15 markah]
Isi dan Huraian

Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara

  • …Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
  • …Sanggup berkorban untuk bangsa
  • …Mempunyai sifat kerjasama.
  • …Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
  • …Menguasai pelbagai kemahiran.
  • …Mengekalkan perpaduan kaum.
  • …Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
  • …Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
  • …Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.
  • …Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.
  • …Menjaga keamanan negara.
  • …Patuh pada ajaran agama.
  • …Hormat-menghormati sesame individu

[16x1m][Maksimum:15 markah]
Isi dan Huraian

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum

  • …Membina Menara Berkembar Petronas
  • …Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia
  • …Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
  • …Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  • …program Angkasawan Negara.
  • …Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
  • …Pelaksanaan K-ekonomi.
  • …Sistem perbankan elektronik
  • …Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail.
  • …Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
  • …Pembinaan Menara Kuala Lumpur.
  • …Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak.

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[13x1m][Maksimum 10 markah]
Isi dan Huraian

i. Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara .

  • …Mengukuhkan perpaduan kaum
  • …Pelbagai bahasa
  • …Pelbagai budaya
  • …Pelbagai kepercayaan/agama
  • …Pelbagai fahaman politik
  • …Pendudukan yang berbeza
  • …Polarisasi kaum
  • …Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi
  • …Merapatkan jurang perbezaan pendidikan
  • …Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
  • …Mudah terpengaruh dengan anasir luar

(mana-mana jawapan yang munasabah)

ii. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah

    • …Menjayakan konsep 1 Malaysia.
    • …Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
    • …Pengamalan Prinsip Rukun Negara.
    • …Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
    • …Pelaksanaan Dasar Pendidikan kebangsaan
    • …Penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA)
    • …Konsep Rumah Terbuka setiap musim perayaan.
    • …Program latihan Khidmat Negara(PLKN)
    • …Pengagihan ekonomi secara seimbang

(mana-mana jawapan yang munasabah)

10
Isi dan Huraian

Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara.

  • …Cinta akan negara.
  • …Kerjasama antara pelbagai kaum.
  • …Bertolak ansur.
  • …Kebijaksanaan pemerintah.
  • …Keadilan.
  • …Berani mempertahankan negara.
  • …Berakhlak mulia.
  • …Menghormati hak asasi manusia.
  • …Permuafakatan antara pemimpin-pemimpin rakyat.
  • …Sanggup berkorban untuk negara.

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[10x1m][[Maksimum:10 markah]
Kesimpulan

Rumusan 

  • F1 Pengetahuan yang diperolehi
  • F2 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
  • F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5

Kredit

Semoga perkongsian Skema Jawapan Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua bermanfaat buat semua. Mulalah mengulangkaji daripada sekarang untuk mendapatkan keputusan SPM yang cemerlang.

Related Articles

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *