SKEMA JAWAPANSPMTINGKATAN 4

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah

Contoh Soalan Dan Cadangan Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM : Kerajaan Islam Di Madinah. Berikut dikongsikan Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah. Perkongsian adalah untuk panduan pelajar dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPM. Koleksi Skema jawapan sejarah SPM untuk tajuk-tajuk lain boleh dirujuk di SKEMA JAWAPAN.

Nota ringkas berkaitan dengan topik Kerajaan Islam Di Madinah (sejarah Tingkatan 4 Bab 5) boleh boleh dirujuk di Bab 5 Tingkatan 4.

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah - Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah

TAJUK 7.1 – KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

(Merujuk tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan dan buku teks Sejarah Tingkatan 4
Bab 5)

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;

  1. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
  2. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan
    bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
  3. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan

TEMA/TAJUK : BAB 5 TINGKATAN 4

Soalan : Huraikan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dari Mekah ke Madinah dan hubung kaitkannya dengan peranan rakyat Malaysia dalam memajukan negara.

Peringatan : Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;

TAJUK 7.1 Bab 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami makna tamadun.
1. Pengenalan.

Jelaskan latar belakang peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w.

5
Isi dan huraianMemahami.2. Maksud dan ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah.
  • i. Konsep Hijrah. (15M)
  • ii. Sebab dan tujuan Hijrah. (15M)
30
Menganalisis aspek.3. Kepentingan Hijrah.

Jelaskan kepentingan Hijrah.

15
Mengaplikasikan.4. Kepentingaan Hijrah dan Masyarakat Malaysia kini.

Bagaimanakah konsep hijrah dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia hari ini?

15
Menilai kejayaan negara.5. Malaysia telah mencapai kejayaan besar sejak merdeka hingga ke hari ini.

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara berpandukan konsep hijrah.

10
Mencipta / menjana idea.6. Cabaran yang Malaysia hadapi untuk mencapai status negara maju dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam membina negara bangsa yang maju. (5M)
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5M)
10
Menghayati nilai murni / iktibar / patriotisme.7. Penerapan nilai-nilai murni daripada peristiwa hijrah.

Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada peristiwa hijrah.

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • Pengetahuan yang diperoleh.
  • Ikhtibar kepada diri,bangsa dan negara.
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
5

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah (Peraturan Pemarkahan Tingkatan 4 Bab 5)

Soalan : Huraikan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dari Makkah ke
Madinah dan hubungkaitkannya dengan peranan rakyat Malaysia dalam memajukan
negara.

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah)

SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1Pengenalan – Jelaskan latar belakang peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w.
  • F1 Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah.
  • F2 Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622 M.
  • F3 Berlaku secara rahsia.
  • F4 Berperingkat-peringkat.
  • F5 Berhijrah bersama-sama sahabatnya Abu Bakar as-Siddiq.
  • F6 Perjalanan memakan masa lebih kurang 12 hari.
  • F7 Umar Al-khattab berhijrah secara bersendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.
5
2i. Konsep Hijrah. (15M)
  • F1 Maksud Hijrah ialah berpindah.
  • F2 Dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Mekah ke Madinah.
  • F3 Dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam.
  • F4 Strategi baru untuk menyebarkan Islam.
  • F5 Perjuangan untuk menegakkan kebenaran.
  • F6 Meninggalkan keburukan dan kejahatan.
  • F7 Semangat ingin berubah.
  • F8 Dari segi sikap/ cara berfikir/ tingkah laku.
  • F9 Orientalis barat mentafsirkan hijrah secara negatif.
  • F10 Suatu perlarian.
  • F11 Disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza daripada konsep hijrah Barat.
  • F12 Penghijrahan orang Islam Mekah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah.
  • F13 Ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah disambut dengan rela dan meriah.
  • F14 Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya.
  • F15 Dijamin keselamatan mereka.
  • F16 Nabi Muhammad saw telah dilantik sebagai pemimpin Madinah.
  • F17 Baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah.

ii. Sebab dan tujuan Hijrah. (15M)

  • F1 Disebabkan perintah Allah.
  • F2 Menerusi wahyu surah al-Anfal.
  • F3 Menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
  • F4 Allah s.w.t. memerintahkan supaya baginda segera berhijrah.
  • F5 Meneruskan penyebaran Islam.
  • F6 Di Makkah, ancaman daripada orang Arab Quraisy.
  • F7 telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam.
  • F8 Suasana aman ditempat baru akan memudahkan penyampaian dakwah islamiah.
  • F9 Hijrah juga membolehkan sesebuah masyarakat Islam bersatu padu dan sempurna diwujudkan.
  • F10 Hijrah ke Madinah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah.
  • F11 Yang sedang menghadapi pelbagai konflik.
  • F12 Suku Aus dan Khazraj sering bertelagah sesama sendiri.
  • F13 Ekonomi mereka dikuasai oleh orang Yahudi.
  • F14 Orang Arab Madinah memerluka npemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w.
  • F15 Baginda juga diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah.
30
3Jelaskan kepentingan Hijrah.
  • F1 Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman.
  • F2 Tanpa berselindung lagi.
  • F3 Memberi peluang kepada baginda untuk mendamaikan suku Arab di Madinah.
  • F4 Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah.
  • F5 Menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan, ekonomi dan sosial.
  • F6 Nabi Muhammad s.a.w. telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah.
  • F7 Orang Islam Madinah yang telah memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar.
  • F8 Dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku/ budaya / agama.
  • F9 Melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.
  • F10 Dapat menjalankan kegiatan ekonomi/ agama / kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemamkmuran hidup.
  • F11 Membina sebuah lagi masjid iaitu Masjid Al-Nabawi.
  • F12 Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat/ belajar/ tempat untuk bertemu / berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh orang Islam.
  • F13 Kawasan persekitaran masjid, digunakan sebagai tempat melakukan kegiatan/ aktiviti harian seperti berjual beli.
  • F14 Takwim hijrah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa Al-rashidin kedua, iaitu Khalifah Umar bin Al-khattab.
  • F15 Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawarah (Kota bercahaya).
  • F16 Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong menolong.
  • F17 Melahirkan masyarakat cemerlang.
  • F18 Peranan wanita selain sebagai surirumah, dapat menggerakkan kemajuan sesebuah negara.
  • F19 Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
  • F20 Menunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan.
  • F21 Merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamakan Piagam Madinah.
15
4Bagaimanakah konsep hijrah dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia hari ini?
  • F1 Perpaduan dapat diwujudkan.
  • F2 Keamanan dapat dikekalkan.
  • F3 Keselamatan terjamin.
  • F4 Peningkatan sosio ekonomi.
  • F5 Meningkatkan taraf hidup.
  • F6 Membasmi kemiskinan.
  • F7 Meningkatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan.
  • F8 Institusi masjid dapat diperkasakan lagi.
  • F9 Mengekalkan keharmonian rakyat.
  • F10 Kestabilan politik.
  • F11 Meninggikan taraf wanita.
  • F12 Perkembangan teknologi.

(mana-mana yang munasabah)

15
5Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara berpandukan konsep Hijrah.
  • F1 Kemajuan ekonomi.
  • F2 Pemodenan pertanian.
  • F3 Perindustrian berkembang pesat.
  • F4 Perkembangan teknologi moden.
  • F5 Pelaksanaan K-Ekonomi.
  • F6 E-pendidikan.
  • F7 Hubungan antarabangsa berkembang.
  • F8 Tumpuan pelancong asing.
  • F9 Kemajuan sistem pengangkutan.
  • F10 Kemajuan sistem perhubungan.
  • F11 Kemajuan sistem komunikasi.
  • F12 Bangunan pencakar langit.
  • F13 Pertahanan.

(mana –mana jawapan yang munasabah)

10
6

i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam membina negara bangsa yang maju. (5M)

  • F1 Pencemaran.
  • F2 Tekanan daripada negara maju.
  • F3 Persaingan ekonomi dunia.
  • F4 Kenaikan harga barangan.
  • F5 Kekurangan tenaga mahir.
  • F6 Perpaduan kaum.
  • F7 Teknologi rendah.
  • F8 Kadar pengangguran tinggi.
  • F9 Masalah kemiskinan.
  • F10 Gejala sosial.
  • F11 Globalisasi.

(mana-mana yang munasabah)

ii. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5M)

  • F1 Memperkukuhkan perpaduan rakyat.
  • F2 Meneroka teknologi baru.
  • F3 Meningkatkan R&D.
  • F4 Memastikan wawasan 2020 dicapai.
  • F5 Konsep 1 Malaysia.
  • F6 Meneruskan dasar ekonomi baru.
  • F7 Meningkatkan mutu pendidikan.
  • F8 Memperkukuh peranan negara sebagai hub halal.
  • F9 Meneroka pasaran baru.
  • F10 Menjadikan minda rakyat kelas pertama.
  • F11 Menjadi pusat kecemerlangan ilmu.

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

10
7Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar/ patriotisme daripada peristiwa hijrah.
  • F1 Berdikari.
  • F2 Memanfaatkan kurniaan tuhan.
  • F3 Tidak putus asa.
  • F4 Rajin berusaha.
  • F5 Berani.
  • F6 Tabah.
  • F7 Mencuba perkara baru.
  • F8 Kreatif.
  • F9 Bijak mengatur strategi.
  • F10 Bertolak ansur.
  • F11 Hormat-menghormati.

(mana-mana yang munasabah)

10
8Rumusan.
  • Pengetahuan yang diperoleh.
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara.
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
5

Semoga perkongsian Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah boleh dijadikan panduan dan rujukan buat pelajar dalam menjawab soalan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 5.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *