SPM

Semakan Keputusan SPM 2019 Online Tarikh Keputusan

Check SPM Result 2019

Check Result SPM 2019 Secara Online Dan SMS. Bilakah tarikh rasmi semakan keputusan SPM 2019? Untuk makluman, pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun 2019. Jika dirujuk kepada tarikh tahun lepas, keputusan SPM dijangka diumumkan pada bulan Mac 2020. Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2019 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian ruangan pemberitahuan.

Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan SPM bermula dari jam 1000 pagi di sekolah masing-masing. Ringkasan keputusan boleh didapati dengan membuat semakan online di aplikasi semakan (JIKA ADA) dan juga khidmat SMS. Mereka yang lulus cemerlang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tinggi mereka ke UA/ IPTA melalui Permohonan UPU online sesi 2020-2021.

Semakan Keputusan SPM 2017 Online Tarikh Keputusan - Semakan Keputusan SPM 2019 Online Tarikh Keputusan

Check Keputusan Peperiksaan SPM 2019 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan panduan dalam mendapatkan keputusan peperiksaan SPM tahun 2019 meliputi tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara atau kaedah semakan.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2019 Diumumkan

Berikut adalah tarikh rasmi keputusan SPM tahun 2019 diumumkan beserta dengan rekod tarikh-tarikh tahun sebelumnya:-

  • 2019 : ?
  • 2018 : 14 Mac 2019 (Hari Khamis)
  • 2017 : 15 Mac 2018
  • 2016 : 16 Mac 2017
  • 2015 : 3 Mac 2016
  • 2014 : 3 Mac 2015

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Semakan Keputusan SPM 2019 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2019 secara online dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan pelajar. Sebarang perubahan dalam kaedah semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

  1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada ?
  2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

i) Semakan SPM Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di

  • SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan

ii) Semakan Keputusan Result SPM Melalui SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat mySMS 15888. Cara semakan adalah speerti berikut :-

  • Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K/P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.

Kenyataan Media KPM Keputusan SPM

  • Tahun 2019 : Akan dikemaskini

Berikut adalah kenyataan media KPM terkini pada tarikh 21 Februari 2018 berkaitan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2017 yang tular di media sosial:-

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa khabar angin yang tersebar di media sosial berkaitan 17,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia 2017 gagal mata pelajaran Sejarah adalah TIDAK BENAR. Setakat ini Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia belum mengumumkan sebaran keputusan berkaitan dengan SPM 2017. Oleh yang demikian, KPM ingin menasihatkan orang ramai dan pihak berkaitan agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan. Pengumuman keputusan SPM 2017 akan dimaklumkan dalam masa terdekat, Kesulitan mengenai perkara ini amat dikesali. Sebarang pertanyaan berkenaan isu ini boleh terus berhubung dengan KPM.

Sumber : KPM

Selamat membuat semakan keputusan peperiksaan SPM 2019. Tahniah kepada pelajar Tingkatan 5 yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang cemerlang. Kepada yang gagal mendpat keputusan yang baik, cuba lagi dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *