PERMOHONAN

Permohonan Murid Tahun 1 2019-2020 Online

Borang Pendaftaran Kemasukan Murid Ke Tahun 1

Borang Pendaftaran Murid Ke Tahun Satu (1) 2019 Dan 2020 Secara Online Dan Manual. Perhatian buat Ibu bapa atau penjaga yang ada mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 dan 2013. Anda layak untuk membuat pendaftaran secara online dan manual untuk kemasukan murid ke Tahun 1 sekolah di Semenanjung Malaysia/ Sabah dan Sarawak. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid Tahun 1 (Satu) atau Darjah 1 Sekolah Rendah Kerajaan buat panduan semua.

Pendaftaran murid kemasukan Tahun 1 (Satu) ambilan tahun 2019 dan 2020 boleh dilakukan secara atas talian bermula dari 1 Mac sehingga 30 April 2018. Ianya termasuk untuk negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Permohonan Murid Tahun 1 2019 2020 Online - Permohonan Murid Tahun 1 2019-2020 Online

Borang Pendaftaran Kemasukan Murid Ke Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 Online 

Borang Pendaftaran Murid ke Tahun 1 sesi 2019 Dan 2020 akan di buka secara online bermula dari 1 Mac sehingga 30 April 2018 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM – public.moe.gov.my). Ibu bapa adalah dinasihatkan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan kemasukan diproses.

Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan dalam membuat permohonan Murid Tahun Satu (1) ambilan tahun 2019/ 2020 secara online dan manual. Maklumat yang dipaparkan adalah informasi berkaitan tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara membuat pendaftaran.

Maklumat Penting Permohonan Murid Tahun Satu (1) Secara Online Dan Manual

Permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2019 dan 2020 akan dibuka seperti berikut :-

  • 1 Mac 2018 : Tarikh Buka
  • 30 April 2018 : Tarikh Tutup

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Tahun 1 2019/ 2020

Untuk makluman, Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :

  • 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2019)
  • 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (Sesi persekolahan tahun 2020)

Cara Membuat Permohonan Murid Tahun Satu (1) Sesi 2019-2020

Pendaftaran murid Tahun 1 boleh dibuat seperti berikut

i) Sekolah di Semenanjung Malaysia Dan Sabah/ Sarawak

Applikasi permohonan/ pendaftaran secara atas talian/ online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-

Berikut dikongsikan cara mendaftar pelajar tahun satu (1) secara online :-

  1. Layari laman SPATKPM
  2. Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
  3. Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA.

Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :-

  1. Maklumat prasekolah/ tadika
  2. Profil kesihatan
  3. Rekod imunisasi kanak-kanak

ii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat. Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-

  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  7. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

Soalan Lazim FAQ Permohonan Murid Tahun 1

Berikut adalah diantara soalan lazim yang selalu ditanya berkaitan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1:-

  1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
  2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
  3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
  4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
    • Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
  5. Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
  6. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
    • Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.

Maklumat Lanjut Permohonan Murid Tahun 1

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-

  • E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan Murid ke Tahun 1 untuk pertanyaan berkaitan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
  • Unit ICT.
  • E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Berikut adalah rujukan senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia, klik JPN

Semakan Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 2019-2020

Untuk makluman, keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Julai/ Ogos 2018 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM. Untuk pemohon yang berjaya, pihak sekolah akan memeberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama penggal persekolahan.

  • Pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan/ pendaftaran boleh membuat rayuan.

Selamat membuat Pendaftaran kemasukan murid ke Tahun 1 ambilan tahun 2019-2020 secara online atau manual. Diucapkan semoga permohonan kemasukan anda berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *