NOTASPMTINGKATAN 5

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Bangsa Merdeka

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara Dan Bangsa Merdeka. Perhatian buat pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 bertajuk Pembinaan Negara Dan Bangsa Merdeka.

Sejarah SPM Bab 5 ini adalah berkaitan dengan sistem ahli, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 dan peranan tokoh-tokoh kemerdekaan.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5

Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5

5.1 Sistem Ahli

a) Maksud Sistem Ahli

  • Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu

b) Pencetus Idea Sistem Ahli

  • Dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar
  • Sir Henry Gurney mencadangkan supaya Tanah Melayu melaksanakan model negara Rhodesia Utara dan Kenya

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara Dan Bangsa Merdeka - Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Bangsa Merdeka

c) Matlamat Sistem Ahli

  • Selaras dengan hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi
  • Sistem ini akan mengurangkan tekanan daripad PKM

d) Dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu bulan Februari 1950

e) Dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955

5.1.1 Ciri-ciri Sistem Ahli

  • Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat
  • Anggotanya dikenali sebagai Ahli
  • Pelantikan ahli dibuat oleh PesuruhjayaTinggi
  • Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota
  • Penduduk Tanah Melayu dan 4 orang pengawai Inggeris
  • Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

5.1.2 Pelaksanaan Sistem Ahli

Pelaksanaan

  • Ahli yang dilantik diberi tugas menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan kerajaan
  • Mengurus pentadbiran harian jabatan mengikut dasar yang sedia ada
  • Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatan
  • Perlu berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama
  • Pesuruhjaya Tinggi memberikan arahan dan persetujan dalam perkara yang dicadangkan

Kepentingan

  • Merupakan tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah bekerjaaan sendiri
  • Melatih orang tempatan ke arah bekerjaan sendiri
  • Memulakan proses perpaduan kaum
  • Asas penting untuk menentukan kemerdekaan negara
  • Memberi pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir.

5.2 Pakatan Murni : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5

Maksud Pakatan Murni

  • Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
  • Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum

5.2.1 Langkah-langkah Ke arah Pakatan Murni PraPerikatan

  1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum @ Communities Liaison Committee (CLC) pada Januari 1949
    • Mulanya dianggotai oleh org Melayu dan Cina
    • Pd Ogos 1949 CLC dianggotai 6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan Eropah
  2. Hasil Perundingan UMNO-CLC beberapa perkara telah dipersetujui
    • Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA). Tujuan – memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu
    • Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Syaratnya ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu
    • Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
  3. Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
    • Dicadangkan oleh Dato’ Onn pd 1951
    • Cadangan beliau dikecam hebat
    • Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO
    • Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO
  4. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya @ Independent Malaya Party (IMP)
    • Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti
    • IMP terbuka kepada semua kaum
    • Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan kaum lain
    • Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu
  5. Penubuhan Persidangan Kebangsaan
    • Ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald
    • Tujuannya mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu
  6. Konvensyen Kebangsaan
    • Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
    • Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain
    • Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan

5.2.2 Perikatan serta Pilihanraya

  1. Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 dengan menang 9 daripada 12 kerusi
  2. Perikatan UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi dalam Pilihanraya bandaran bandar Utama
  3. Parrti Perikatan memenangi 226 daripada 268 dalam Pilihanraya Negeri 1954
    • Kemenangan ini menunjukkan pemuafakatan kaum diterima oleh penduduk Tanah Melayu
    • Kerjasama UMNO –MCA menjadi asas penubuhan Parti Perikatan
    • MIC Menganggotai Perikatan pada 1955
  4. Pemimpin Parti Negara , UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihanraya majlis Mesyuarat Perundangan
    • Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP) 1955
    • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri
    • Pembentukan kabinet yang terdiri daripada pelbagai kaum
    • Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan

5.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5

5.3.1 Suruhanjaya Reid

  1. Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan
  2. Anggota Suruhanjaya Reid :
    • Lord Reid (Hakim British)
    • Sir Ivor Jennings
    • Sir William McKell
    • Tuan B. Malik
    • Tuan Abd. Hamid
  3. Beberapa isu menjadi panduan suruhanjaya ini dalam merangka perlembagaan :
    • Kerajaan Persekutuan yang kuat
    • Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
    • Kedudukan Raja-raja Melayu
    • Hak istimewa orang Melayu
    • Pewujuan satu bangsa persekutuan

5.3.2 Isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Isi pentingnya

  • Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
  • Pemisahan antara kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
  • Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan
  • Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima
  • Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
  • Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
  • Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
  • Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Yang Di-pertuan Agong menjadi ketua negara
  • Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
  • Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri.

5.3.3 Kepentingan Perjanjian PersekutuanTanah Melayu 1957

  • Membolehkan pembentukan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan
  • Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari pakatan ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum
  • Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan arah
  • Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara berdaulat mengikut acuan sendiri
  • Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
  • Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan
  • Penerusan kepada pembinaan negara dan bangsa yang kukuh, sistematik dan berperundangan
  • Unsur Kesultanan Melayu digabungkan dengan sistem birokrasi barat untuk membentuk identiti negara dan bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

5.3.4 Peranan Tokoh-Tokoh Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

  • Presiden UMNO
  • Ketua Parti Perikatran dan Perdana Menteri
  • Mengendalikan Pakatan Murni antara kaum
  • Kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.

Tun Abd Razak

  • Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
  • Menjadi perunding tuntutan kemerdekaan di London pd tahun 1956
  • Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
  • Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
  • Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 1970

Tun H.S Lee

  • Tokoh MCA yang turut mencetuskan idea Parti Perikatan
  • MCA bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957

Tan Cheng Lock

  • Presiden MCA
  • Penyokong Tunku Abd Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Tun V. T Sambanthan

  • Presiden MIC
  • Bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara
  • Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum
  • Menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara

Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara Dan Bangsa Merdeka bermanfaat buat semua. Moga ianya dapat membantu pelajar dalam membuat persiapan peperiksaan SPM yang bakal tiba nanti. Selamat mengulangkaji pelajaran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *