NOTATINGKATAN 4

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British

Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar British Dan Kesan Terhadap Ekonomi Negara. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British yang berkaitan tentang Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British

Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Maksud Ekonomi Dagangan

  • Pertanian dan perlombongan melibatkan lebihan pengeluaran
  • Pengeluaran dalam skala besar
  • Gunakan sumber tenaga buruh yang banyak
  • Modal yang besar
  • Teknologi yang lebih tinggi
  • Pemasaran lebih tinggi

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional.

    1. Bercucuk tanam
    2. Menangkap ikan
    3. Menternak binatang
    4. Perlombongan
    5. Memungut hasil hutan

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British - Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British

Ciri-ciri Ekonomi Tradisonal dan Ekonomi Dagangan di Tanah Melayu

Ekonomi Tradisional
Sara DiriMengamalkan ekonomi secukup hidup.
Jenis EkonomiAktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak dan menangkap ikan.
Tujuan Lebihan utk pertukaran baranganLebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barangan,kenduri-kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu tempoh.
Tanaman makananMengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa.
Ternakan makananMenternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk menambah sumber bekalan makanan.
Teknologi kuno/mudahMenggunakan teknologi mudah,peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tugal,dan tenggala.
Air semulajadiSistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan.
Tangkapan Ikan tradisiPenangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.
Tenaga manusia dan haiwanMenggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.
Modal/Tenaga kecilPenggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil.
Tiada PengkhususanTidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.
Ekonomi Dagangan
Kegiatan untuk ekspotKegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk lebihan pegeluaran dan ekspot.
Skala besarPengeluaran adalah dalam skala yang besar.
Buruh Upah yg banyakMenggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah.
Modal BesarModal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
TeknologiMenggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.
Pemasaran meluasPemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.
Lebihan pengeluaranMelibatkan lebihan pengeluaran.

Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu

Ianya termasuklah :-

  1. Pertanian dagangan
  2. Perlombongan

Jenis-jenis tanaman dagangan di Tanah Melayu

  1. Ubi kayu
  2. Tebu
  3. Lada hitam
  4. Gambir
  5. Tembakau
  6. Kopi
  7. Getah
Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu
Rangkaian EkonomiPenguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.
Ekonomi tradisi terpinggirAktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.
Wujud dwiekonomiMewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.
Ketidakimbangan kemajuan EkonomiPenumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur.
Tingkat Industri pelombonganKeuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.
Kemasukan Buruh/ImigranMembawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.
Perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke-19
Penyumbang pendapatan BritishSebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.
Wujud Tanaman KomersialTanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak ialah ubi kayu,tebu,lada hitam,gambir,tembakau dan kopi.
Sistem Kangcu dan lada HitamSemasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor,penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu.
Pajakan Tanah kepada org CinaTanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar atau ladang.
Luas Ladang Lada hitamPada tahun 1860-an,Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.
Kemasukan Pemodal Eropah dan CinaPara pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada era kolonialisme British.
Kekuasaan British dalam EkonomiKeupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka mempunyai modal,teknologi serta mendapat konsensi tanah yang luas dan pajakan yang lama.
Wujud DwiekonomiMasyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri selain daripada ekonomi komersial sehingga mewujudkan dwiekonomi.
Tumpuan pertanian Ekspot.British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan gambir,lada hitam dan ubi kayu.
Usaha tanaman GetahPada abad ke-20 pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.
Sistem Kangcu
JohorDiperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.
Gambir/lada hitamTanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam.
Cina PajakSistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China.
KangkarSetiap ladang dikenali sebagai kangkar.
Saiz besarSaiz setiap satu kangkar setiap 2500 ekar hingga 20000 ekar.
Buruh CinaSetiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.
Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20
Tanah suburTerdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.
Revolusi industri – permintaan tinggi.Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta.
Ridley – bawa masuk getahPeranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah.
Pameran dan pengagihan getah percumaRidley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara percuma.
Cara penorehanBeliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok.
Harga getah tinggiHarga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan elektrik.
Modal asingKemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
Syarikat PerwakilanPenubuhan syarikat pewakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah seperti Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.
Galakan British – sewa tanah, cukai rendah.Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah.
Kemudahan infrastrukturPembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.
Pekerja asingMembawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
Kopi jatuh.Berlaku kejatuhan harga kopi.
Langkah-langkah British menstabilkan harga getah
Sekatan StevensonMemperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922.
Had pengeluaranMengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
Kupon had penorehanMemperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.
Peraturan Getah A/BMelaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.
Kuota rendahMengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.
Premium tanah naikMenaikkan premium tanah untuk penanaman getah.
Sekat melayuMengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
Sekat getah tanah sawahPekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.
Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British
Dagang sejak abd ke-9Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi.
Dimiliki pembesarLombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan.
Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat,di Selangor dan Dato Kelana Putera,Datuk Bandar dan Dato Muda Linggi,di Sungai Ujong (Negeri Sembilan).
Kaedah mendulangBijih Timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.
Pasarkan ke Cina, India, Jepun.Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.
Membuat alatan.Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.
Buruh Cina dipantau pembesar.Penglibatan pengusaha dari China dalam sekor perlombongan bijih timah berlaku mulai pertengahan abad ke-19 yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.
Dapatkan kebenaranPengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.
Jual semula kpd pembesar.Para pembesar Melayu akan memastikan hasil bijih dilombong dijual semula kepada mereka.
Harga ditentukan pembesar.Harga bijih akan ditentukan oleh pembesar Melayu itu sendiri.
Penglibatan Pemodal Eropah gugat Melayu.Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.
Melayu pajak tanah.Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya menyediakan modal.
British minat sebab keuntungan tinggi.Perusahaan bijih timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.
Abad -20 dikuasai Eropah.Pada awal abad ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah.
Modal kecil Cina gagal bersaing.Pemodal Cina tidak berupaya bersaing dengan Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek.
Intensif modal.Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.
Gubal undang-undang.Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.
Cina merosot – British kuasai.Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan bijih timah.

Wilayah di China dan penghijrahan ke Tanah Melayu.

  1. Kwangtung
  2. Kwangsi
  3. Fukien

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.

    1. Sistem Tiket kredit
    2. Sistem pengambilan kakitangan
    3. Sistem pengambilan rumah kongsi
    4. Kemasukan berkumpulan
Sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19
Kurang buruh tempatanKekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa masuk imigran.
British benar masukBritish telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
Kemiskinan di negara sendiriKemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
Melayu tidak tentangOrang Melayu tidak menentang imigran China dan India berhijrah ke Tanah Melayu.
Hubungan Tradisi yg sudah adaHubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
Peluang kerjaTerdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.
Kestabilan PolitikKestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini.

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19:-

1. Sistem Tiket Kredit
Dikumpul dari kg.Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung-kampung di negara China oleh kheh-tau atau ketua.
Ketua bayar wangKetua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh.
Buat perjanjianSin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu.
Sin Kheh diawasiSin kheh diletakkan dibawah pengawasan nahkoda atau agensi buruh setelah menerima bayaran daripada bakal majikan.
Tiket dibekalkanSin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
Pemborong buruhSin kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan bayaran tertentu.
2. Sistem Pengambilan kakitangan
Majikan hantar pegawainyaMajikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
Tambang dibiayai majikanSegala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
Pegawai Iring buruhPegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.
3. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
Dilakukan Pegawai Di CinaPengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
Pegawai yg biayaiPegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
Diserah tuan rumah kongsiBuruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.
4. Kemasukan Secara Berkumpulan
Tajaan Charles BrookKedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.
Persetujuan ketua Foochow – SarawakKemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.
Sektor pertanianImigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

Maksud kangani

Makasudnya iaitu seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari India.

Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke-19:-

1. Sistem Buruh Bebas
SendiriBuruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
AturKedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi.
BebasSetelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.
2. Sistem Kontrak
Majikan biayaMajikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum,iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.
3. Sistem Kangani
LesenSeseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
Wang PendahuluanKangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.
Pengurus agensiSeseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.

Matawang di Tanah Melayu.

Perkembangan mata wang di Tanah Melayu
Mata wang – MelakaPenggunaan mata wang emas,perak dan timah bermula semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam kegiatan perdagangan.
Melayu lainDi negeri-negeri Melayu lain ,mata wang turut digunakan seperti dinar emas Kelantan,wang dan kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di Pahang.
Mata wang SepanyolKedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang perak Sepanyol selama 300 tahun digunakan di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat
Wang KertasPada tahun 1897,British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di Negeri-Negeri Selat.
Wang Negeri SelatPada tahun 1960,wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan dan hanya sah digunakan untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat.
Penjajah tubuh bankPenubuhan institusi kewangan atau bank di Tanah Melayu oleh penjajah berlaku ekoran pembangunan dan kesempatan ekonomi.
Kemudahan pinjamanBank berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur untuk memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.
Dana luar – cepatDana daripada luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.
Bank ejen pembayarUrusan perniagaan antarabangsa bertambah licin kerana bank bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport.
Mercantile Bank -PertamaPada tahun 1859,Mercantile Bank merupakan bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
Bank EropahSelepas 1874,lebih banyak bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu seperti The Chartered Bank,Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemence Bank Nederland.
Perkhidmatan utama – Orang EropahBank-bank Eropah ini lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan melalui orang tengah atau komprador.
Bank TempatanPada tahun 1913,bank tempatan yang pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu Kwong Yik Bank diikuti Bank of Malaya Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.
Bank di SarawakBank Perdagangan ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank diikuti Sarawak Chinese Banking Corporation Limited dan Ban Chiang Bank.
Melayu tubuh bankPada tahun1947,orang melayu menubuhkan bank yang pertama di Kuala Lumpur dikenali sebagai Malay National Banking Corporation Bhd.
Perkembangan insurans di Tanah Melayu
Perkembangan PerdaganganPerkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa.
Jenis PerkhidmatanPerkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insirans maritim atau lautan,insurans kebakaran ,insurans harta,insurans perniagaan dan kemalangan,serta insurans nyawa.
Insurans MaritimKeperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang kerana sistem pengangkutan laut merupakan sistem pengangkutan utama.
Insurans KebakaranInsurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering membawa kemusnahan misalnya,di Kuala Lumpur dan di Ipoh.
Cawangan Insurans LuarPada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.
Syarikat perwakilanSyarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah boustead and Company di Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England.
Syarikat Insurans TempatanStraits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited ialah syarikat insurans tempatan berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.
Pengasingan khidmat insuransPada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskinikan dengan insurans nyawa diasingkan daripada insurans kebakaran.
Ordinan InsuransPada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

Dasar British Terhadap Pertanian.

Kesan dasar British memperkenalkan pertanian dagangan
Tanaman baruMemperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti kopi,tembakau dan getah.
Komersilkan tanamanMengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
Tanaman LadangMengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India.
Pemilikan tanahMemperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi.
Lindung tanah MelayuMelindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.
Tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu
Elemen utamaTanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.
Sistem Pemilikan tanah MelayuSistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
Tiada RekodSistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.
Rekod BertulisRekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
Mudahkan PentadbiranRekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian.
Jadikan CagaranTanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
Nilai Komersial tanahMembahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang,tanah peribumi dan tanah perlombongan.
Ketentuan CukaiMenentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
Permohonan TanahMenetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan membuat permohonan di Pejabat Tanah.
Kebenaran Pejabat TanahMasyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan.
Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat Melayu
Permohonan – Pejabat TanahInividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah.
Kuasa residenMemberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah yang diberikan kepada para pemodal.
Kebenaran Pejabat TanahMasyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripadaPejabat Tanah untuk mengutip sumber huan seperti nipah,damar dan rotan.
Sistem WangPerkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.
Urusan dengan wangSemua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
Melayu Pinjam WangMasyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang.
Melayu Jual TanahRamai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

Undang-undang tanah yang diperkenalkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

  1. Akta Tanah Simpanan Melayu
  2. Land Order
  3. Land Settlement Order
  4. Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi
Tindakan British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi
AktaTanah Simpanan MelayuMajlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.
Jamin ekonomi/politikAkta ini diperlukan untuk menjamin ekonomi dan politik orang Melayu masa depan.
Elak pindah milikMengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.
Kuasa isytiharResiden diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu.
Tak Benar tanam komersialAkta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.
Padi dan kelapaUndang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.
Land Order – Hak milik di SarawakMemperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak milik tanah peribumi Sarawak.
Lindungi daripada CinaMelindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian.
Land Settlement OrderMenguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah peribumi.
Warisan dan pemilikanPemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.
Elak pajakan,pecahMengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap tanah warisan.
Pembahagian jenis tanahMemperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran,tanah simpanan dan tanah pedalaman.
Imigran – Tanah campuranGolongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.
Warta Hak Pribumi.Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.
Peg Daerah – kuasa – SabahPegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah.
Sebelum 1888 tak sahMenganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum 1888.
Peg Daerah – kuasa – NiagaPegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan Eropah.
Tiada Tuntut ganti rugiPenduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.
Kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak
Lindungi drp cerobohAkta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan pertanian.
Lindung tanah pribumiAkta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.
Pindah milik melalui perwarisanPemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk mengelakkan berlakunya pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah.
Bahagi kpd 3 kawasanAkta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan tanah pedalaman.
Tanah campuran-imigranGolongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.
Kuasa Pegawai DaerahProklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
Urus niaga tanah dimaklumkanSegala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.
Berhak ganti rugiPenduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.
Kesan dasar British terhadap pekebun kecil getah di Tanah Melayu
Larang tanamMemperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah dikawasan penanaman padi.
Kurang orang MelayuPenyertaan pekebun kecil getah terutamanya dari kalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah berkurangan.
Premium dikenakan – tanah baruPremium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dikenakan.
Pembukaan Tanah baru dilarangPembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh kerajaan British.
Lindungi pemodal EropahMemberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Rancangan Stevenson 1922 semasa kejatuhan harga getah.
Kuota RendahPekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksnaan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934.
Melayu tidak minatOrang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.
Sebab British kekalkan orang Melayu dalam penanaman padi
Elak Libat dlm getahMengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
Tak mahu Gantung impot padiMengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti dari Thailand,Indo-China dan myanmar.
Tiada jaminan beras luarBekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin.Sekiranya berlaku kekurangan pengeluaran beras luar,kesan buruk akan berlaku di Tanah Melayu.
Melayu disekat tanam getahPekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah.
Elak Ancam Getah EropahPekebun kecil dilarang menanam getah kerana ia mengancam ladang getah pengusaha Eropah.
Sebab orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British
Tidak beri keutamaanTidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan.
Keutamaan kpd penjajahMengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas komprador yang mengaut keuntungan negara.
Galakan kpd EropahMenggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan.
Tiada insentif kewanganIntensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada pekebun kecil.
Melayu disekat tanam getahMenyekat orang Melayu daripada menanam getah. Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah
Lindungi peladang EropahMemperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang Eropah semasa kejatuhan harga getah.
Kuota RendahMelaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 yang memberi kuota yang rendah untuk penjualan getah oleh orang Melayu.
Premium tanah naikMenaikkan premium tanah untuk tanaman getah.

Kesan-kesan Dasar Ekonomi British.

Faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20
Bijih timahPerkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala Lumpur,Taiping dan Seremban.
PetroleumPerkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.
Perkembangan PengangkutanPerkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala Lumpur.
PertanianPerkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar johor Bahru.
Kedudukan StrategikKuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan strategiknya.
Ada PelabuhanPeningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan Klang,Melaka dan Pulau Pinang.
Pusat Pengumpulan hasilBandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam.
Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu
Petempatan berbezaPetempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar,kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan kaum india tinggal di estet
Pekerjaan ikut kaumJenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang Melayu sebagai petani,kaum India kebanyakkannya sebagai penoreh getah dan kaum Cina sebagai peniaga dan pekerja di lombong bijih timah.
Bahasa berbezaBahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu sama lain.
Tiada kesepaduan kaumTidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.
Pendidikan VernakularSistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Sistem pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu
Pendidikan VernakularSistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Guna Bahasa IbundaSistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa penggantar.
Sek. Melayu- Negeri-negeri SelatBritish menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.
Sekolah Melayu Pertama – Tlk BelangaSekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belangga,Singapura.
Kemudian – Seberang Perai, K.Kangsar, Bt. GajahSekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai,Kuala Kangsar dan Batu Gajah di Perak.
Sekolah Perempuan 1885Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di Negeri-Negeri Selat pada tahun1885.
Kolej Melayu –ElitKolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan elit.
Sek.Melayu-Peringkat RendahSekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan kurikulum bersesuaian dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani.
Guru- MPSIMaktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim,Perak bertujuan melatih guru sekolah Melayu.
Ladang- TamilPihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.
Bandar – Tamil – BaratPendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British di bandar seperti Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India.
Sukatan – IndiaMenggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India serta menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa penggantar.
Saudagar Cina – Tubuh sekolahSekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.Contohnya,Sekolah Chung Hwa (1914) dan sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala Pilah.
Dialek masing-masingMenggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan manakala guru,buku dan sukatan pelajaran datangya dari China.
Enakmen – Daftar sekolahKerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah mengawal segala aktiviti untuk menyekat pengaruh komunis di Sekolah Cina.
Mubaligh Kristian – Sekolah InggerisPendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal hasil usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela,di Tanah Melayu.
Sekolah Inggeris – Elit – BandarSekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di bandar dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan.
Sekolah Inggeris Ikut EnglandKurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di Engand.
Universiti MalayaPihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura tetapi agak lewat.
Perkembangan perindustrian di Tanah Melayu pada awal abad ke-20
Kurang maju tumpu bahan mentahPerusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju kerana aktiviti ekonomi British memberi tumpuan terhadap pengeluaran bahan mentah bijih timah dan getah.
Barangan diimportHampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport kerana barangan perkilangan tempatan yang sedikit.
Tujuan eksport – Kasut getahSektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk keperluan eksport,Syarikat Shum Yip Leong mndirikan dua buah kilang kasut getah untuk dieksport ke China.
Kasut Bata – KlangSyarikat Kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di Klang,Selangor.
Fung Keong, Kinta Rubber Works – Berasaskan getahTerdapat juga syarikat seperti Fung Keong di Klang,Selangor dan Kinta Rubber Works di Ipoh,Perak yang menghasilkan barangan berasaskan getah.
United Engineer – Kapal korekSyarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang membina kapal korek ,kapal kecil dan mesin memproses getah.
Mengetin nanasPerusahaan mengetin nanas diasaskan oleh seorang berbangsa Perancis berpusat di Johor untuk eksport.
Pemodal CinaPemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di Johor.
Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada awal abad k-20
Perkembangan Lombong & PertanianPerkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan perkembangan pengangkutan dan perhubungan.
Cepat penghantaranJalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.
Jln Keretapi PertamaJalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld,Kuala Lumpur dengan Port Swettenhem,kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson dan di Tapah Road dengan Telok Anson.
Perkhidmatan utk TimahPada tahun1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selagor dan Negeri Sembilan telah mempunyai perkidmatan kereta api.
1918 Keretapi ke Sempadan SiamJalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah disiapkan pada tahun 1918.
1931 ke TimurPada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan Gemas,Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah dibina.
1923 Sambung ke SingapuraMenjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke Singapura.
Buka tanah baruPembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
Pelabur luar datangDi Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya pembinaan jalan kereta api.
Muatan yg banyakPerkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
Jln raya berturapJalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai.
Sepanjang 2400km jln rayaMenjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400 kilometer.
Kenderaan bertambahKegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902.
Hubung Perlis – SingapuraAntara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis dan Singapura siap dibina.
Mudah hubungan Barat TimurJalan raya diantara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan perhubungan antara negeri-negeri di Pantai Timur.
Komunikasi – Telefon, pos, telegrafSistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi.
Tambah kecekapanPerhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dapat dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.
Sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-20
Lombong TimahPerkembangan kegiatan perlombongan bijih timah.
Cepat penghantaranMempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk dieksport.
Hubungkan dengan kawasan TimahJalan keret api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan.
Hubung seluruh Bahagian TMMenghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu.
PembukaanTanah GetahPembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah.
Pelabur Luar – GetahMenarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah.
MuatanKereta api dapat membawa muatan yang banyak.
LuarMenghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap.
PelabuhanPelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke Eropah.
Langkah-langkah British untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak
Bina HospitalMenubuhkan hospital di bandar seperti di Taiping dan di Kuala Lumpur dalam usaha mengawal wabak penyakit berjangkit mudah merebak.
Pusat KesihatanMembina pusat kesihatan di luar bandar untuk mengawal penyakit berjangkit yang mudah merebak.
Pusat Kesihatan KecilPusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri lain,misalnya terdapat 14 buah pusat kesihatan di Selangor,dua buah di Pahang dan tiga buah di Negeri Sembilan.
Sabah – bina hospitalPada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah,iaitu di daerah Jasselton,Sandakan,Beauford,Kudat dan Tawau.
Sarawak – di Kuching, Sri Aman, SibuDi Sarawak,perkhidmatan perubatannya tertumpu di bahagian Kuching dan pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
Sumbangan orang PerseoranganTerdapat hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur,yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada kalangan imigran China.
Institut Penyelidikan PerubatanMendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat penyelidikan untuk mencari punca penyakit dan langkah pencegahan.
Lembaga SanitaryLembaga Sanitary ditubuhkan untuk menitikberatkan kesihatan awam terutamanya di bandar-bandar serta mengawasi kebersihan bandar di Kuala Lumpur.
Jabatan KesihatanJabatan Kesihatan telah mengambil alih sebahagian tugas Sanitary Board dan bertanggungjawab dalam aspek kesihatan.

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close