NOTAPT 3TINGKATAN 3

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 Kemerdekaan Negara

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 Kemerdekaan Negara 31 Ogos 2017. Ini merupakan topik yang sangat menarik dan penting dalam Sejarah Tingkatan 3. Rujukan berguna buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 tahun ini. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 bertajuk Kemerdekaan Negara 31 Ogos 2017 untuk rujukan pelajar dalam membuat ulangkaji mata pelajaran.

Sejarah Bab 5 Tingkatan 3 adalah berkisar kepada proses Kemerdekaan Malaysia dari segi mendapatkan kemerdekaan, penyediaan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pemahsyuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 2017.

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 Kemerdekaan Negara - Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 Kemerdekaan Negara

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 Kemerdekaan Negara 31 Ogos 2017

Berikut dikongsikan nota ringkas sejarah Bab 5 Tingkatan 3 bertajuk KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957.

5.1 ROMBONGAN MERDEKA

• Tujuan rombongan untuk mendapatkan kemerdekaan
• Diusahakan oleh Parti Perikatan awal tahun 1946
• Tunku Abdul Rahman (TAR) sebagai Ketua Menteri berunding dengan Raja-raja Melayu & British untuk mendapatkan kemerdekaan
• Bersetuju adakan mesyuarat rasmi dengan British
• Rombongan Merdeka dibentuk
• Terdiri daripada 4 wakil Raja2 Melayu & 4 wakil Parti Perikatan
• Rombongan ke London diketuai oleh TAR
• Orang ramai memberi sokongan padu Anggota Rombongan Merdeka:
a. Wakil Parti Perikatan
• Tunku Abdul Rahman (Ketua)
• Tun Dr Ismail
• Tun H.S. Lee
• Tun Abdul Razak
b. Wakil Raja-Raja Melayu
• Dato Panglima Bukit Gantang
• Abdul Aziz Othman
• Dato’ Mohd Seth
• Dato’ Nik Ahmed Kamil

Matlamat Rombongan Merdeka

• Untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British di London
• Beberapa keputusan dicapai sebagai asas perundingan
• Dibentuk satu perjanjian – Perjanjian London

Perjanjian London

• Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British
• Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956
• Kedua2 pihak bersetuju tandatangani perjanjian

Antara perkara yang dipersetujui

  • i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957
  • ii. Suruhanjaya bebas dilantik untuk gubal Perlembagaan Merdeka
  • iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan British di PTM
  • iv. Perjanjian pertahanan dengan British ditandatangani bagi menjaga keselamatan & kepentingan ekonomi British di PTM
  • v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
  • vi. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri diteruskan

Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956

• Disambut meriah dalam perhimpunan besar di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka
• TAR & rombongan diiringi Pemuda UMNO Melaka
• TAR isytiharkan tarikh merdeka dengan seruan merdeka
• Orang ramai menyambut laungan ‘Merdeka’ dengan penuh semangat

5.2 PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

• Bagi negara bakal merdeka seperti PTM, sebuah perlembagaan yang dipersetujui semua kaum amat penting
• Parti Perikatan bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya bebas – Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid

• Dibentuk pada Mac 1956
• Tujuan menyusun perlembagaan PTM
• Dipengerusikan Lord William Reid

Tugas Suruhanjaya Reid

  • i. Merangka sebuah pelembagaan bagi PTM
  • ii. Membentuk & menentukan kuasa kerajaan pusat & negeri
  • iii. Menjamin kedudukan khas Raja-Raja Melayu
  • iv. Mewujudkan rupa bangsa PTM

• Suruhanjaya ini menerima sebanyak 131 memorandum daripada pelbagai pihak termasuk Raja-Raja Melayu
• Februari 1957 Suruhanjaya Reid keluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan oleh penduduk & parti politik tempatan

Beberapa cadangan asal dipinda untuk memuaskan hati semua pihak, Antaranya;

  • i. Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri
  • ii. Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu
  • iii. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain
  • iv. Institusi Raja-Raja Melayu & konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
  • v. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Cina & Tamil boleh dikembangkan & menjadi bahasa pengantar di sekolah masing-masing
  • vi. Agama Islam dijadikan agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan

• Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur antara kaum
• Ia membolehkan kerajaan berdemokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk
• Pemimpin Melayu & bukan Melayu menyokong pakatan
• Cadangan Suruhanjaya Reid diterima Parlimen British pada Jun 1957

Draf Perlembagaan Merdeka dibentang untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
• Upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 diadakan pada 15 Ogos 1957 antara Raja2 Melayu dengan British di Kuala Lumpur
• Ia ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad (1957- 1960) di King’s House, Kuala Lumpur

Ahli Suruhanjaya Reid

• Lord William Reid
• Sir Ivor Jennings (England)
• Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral Australia)
• Tuan bin Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
• Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Perlembagaan Merdeka

• Mempunyai beberapa fasal penting, antaranya;

  • i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu
  • ii. Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong
  • iii. Pembentuk sebuah Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat & Dewan Negara
  • iv. Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran dibantu sebuah kabinet
  • v. Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
  • vi. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • vii. Kerakyatan terbuka kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu & kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan
  • viii. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara lain

5.3 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

• Bermaksud perisytiharan atau pengumuman penting
• Pemasyhuran kemerdekaan bererti PTM telah bebas daripada penjajahan selama-lamanya

Peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan

i. Peristiwa Sebelum Pemasyhuran

• Bendera Union Jack diturunkan di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur tepat jam 12.00 tengah malam pada 30 Ogos 1957
• Kemudian bendera PTM dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO
• Disaksikan ribuan rakyat dengan sorakan, tepukan gemuruh & laungan merdeka

ii. Peristiwa Hari Pemasyhuran

• Dilakukan pada pagi 31 Ogos 1957 dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
• Stadium ini dibina khas untuk upacara perisytiharan kemerdekaan negara siap sehari sebelum majlis

Tujuan pembinaan stadium – untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka

  • Disaksikan ribuan rakyat
  • Raja2 Melayu berseri2 dengan pakaian songket berkilau & dipayungi payung diraja
  • Raja2 Melayu duduk berbaris di pentas khas
  • Wakil Ratu Elizabeth iaitu Duke of Wellington bersedia dengan watikah penyerahan kuasa

Antara atur cara majlis

i. Ucapan wakil Ratu England
ii. Wakil Ratu England menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong (Ketua Negara PTM)
iii. TAR membaca perisytiharan tersebut dengan lantang
iv. TAR melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak 7 kali dengan disambut oleh hadirin

Maksud Simbolik Di Sebalik Penyerahan

Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan:

Menandakan kuasa politik negara dikembalikan semula kepada pemerintah tempatan

  • Menandakan PTM bebas setelah dikuasai selama 446 tahun
  • Pemulangan dilakukan British dengan penuh tertib & bersopan
  • Laungan merdeka menandakan laungan semangat & kegembiraan rakyat
  • Ia menandakan segala perjuangan rakyat berhasil untuk membina sebuah negara
    yang berdaulat & merdeka

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan

Dikenali sebagai Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

  • Ditulis dalam 2 bahasa – bahasa Melayu (Tulisan Jawi) & bahasa Inggeris
  • Kemudian ia ditulis semula dalam tulisan Rumi

Antara kandungan

  • i. PTM mencapai taraf negara merdeka & berdaulat setaraf negara lain di dunia
  • ii. Raja-Raja Melayu & Ratu England tandatangani Perjanjian PTM 1957 bagi membentuk PTM
  • iii. Semua penguasaan Ratu England & Parlimen British ke atas NNS terbatal
  • iv. Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957
  • v. PTM yang merdeka mengandungi – Johor, Pahang, N9, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka & Pulau Pinang
  • vi. PTM merupakan negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat

Rumusan

Langkah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dipercepatkan setelah Parti Perikatan memenangi pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan Pada 1955. Kemerdekaan ini mestilah dipertahankan. Tugas rakyat seterusnya ialah Untuk terus membangunkan Negara, mengekalkan segala nilai-nilai murni Bangsa Malaysia agar para pemimpin dapat meneruskan usaha bagi Memajukan Negara.

Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 Kemerdekaan Negara boleh dijadikan rujukan buat pelajar mengulangkaji pelajaran. Semoga pelajar berjaya mendapat keputusan PT3 yang cemerlang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *