NOTAPANDUANPT 3TINGKATAN 3

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Komunis

Ancaman Parti Komunis Malaya Dan Darurat

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Komunis dan Darurat. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Komunis dan Darurat yang berkaitan tentang Pengganas Komunis dan Pengisytiharan Darurat yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan PT3.

malayacts - Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Komunis

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Komunis dan Darurat

Ancaman Parti Komunis Malaya Dan Darurat

  • PKM cuba menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada untuk digantikan dengan Republik Komunis Malaya

Penyusupan Dan Kegiatan Pengganas Komunis

Asal-Usul Fahaman Komunis

  • Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pertengahan abad ke-19
  • Karl Marx yang telah menulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology
  • Merupakan fahaman yang menentang golongan feudal dan imperialis secara kekerasan untuk menggantikan pemerintahan bercorak fahaman komunis
    • Feudal – sistem kemasyarakatan yang dikuasai golongan bangsawan
    • Imperialis – negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain
  • Komunisme memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah dan perindustrian
  • Fahaman komunis dianuti beberapa negara seperti Rusia dan China

Cara Fahaman Komunis Tersebar Di Tanah Melayu

  • Di Tanah Melayu ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang
  • Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan-persatuan, kelas malam dan penerbitan
  • Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930
  • Orang Melayu tidak berminat dengan fahaman komunis kerana :
    • Bertentangan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu
    • Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis)
    • Komunis menggunakan kekerasan dan kezaliman untuk mencapai matlamat

Penubuhan Parti Komunis Malaya

  • PKM ditubuhkan pada tahun 1930
  • Tujuan PKM – menubuhkan Republik Komunis Malaya
  • PKM melatih ramai kader & menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja
  • Kader – anggota baru PKM yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia
  • PKM cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
  • Pada tahun 1935 kegiatan PKM menjadi semakin agresif
  • Antara kegiatannya :
    • Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang dan kilang
    • Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
  • PKM melancarkan mogok dan sabotaj untuk melumpuhkan ekonomi British, buktinya :
    • Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok dan mengambil alih lombong
    • British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok
  • Kesannya ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China dan pemimpin PKM ditahan

PKM Semasa Jepun Menguasai Tanah Melayu

  • PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
  • Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
  • Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang tentera Jepun di Tanah Melayu
  • PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
  • British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136

PKM Selepas Jepun Menguasai Tanah Melayu

  • Selepas perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British (PTB) meminta MPAJA dibubarkan dan menyerahkan senjata
  • PKM bersetuju bubarkan MPAJA
  • Sebaliknya PKM tidak menyerahkan semua senjata dan sembunyikan sebahagiannya
  • Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dan menerima satu beg beras
  • PKM yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam pergerakan politik

Keganasan Komunis

  • Pada tahun 1948 beberapa orang wakil PKM menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia di Culcutta, India
  • Persidangan ini menggalakkan parti-parti komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
  • Kesan persidangan – PKM menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)
  • PKM memulakan pemberontakan dan keganasan, antaranya :
    • PKM menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah
    • Contoh – PKM musnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak kerana penduduk enggan bekerjasama
    • PKM menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang balai polis, membakar kilang, membakar bas, merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang bersubahat dengan British
    • Menakik pokok getah – tujuan melumpuhkan ekonomi British

Langkah Membanteras Ancaman Komunis

Pengisytiharan Darurat

  • Pengganas komunis membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
  • Peristiswa ini menggemparkan British
  • Kesannya – Jun 1948 Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu
  • Tujuannya melindungi kepentingan ekonomi British di TM
  • Kesan – British Kuatkuasakan Undang-Undang Darurat 1948
  • Undang-Undang ini membolehkan British menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis
  • Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis

British Mengharamkan PKM dan Parti Yang Berhaluan Kiri

  • PKM diharamkan pada 23 Julai 1948
  • Parti-parti politik berfahaman kiri yang perjuangkan kemerdekaan juga diharamkan seperti :
    • Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
    • Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
    • Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
    • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
    • Parti Hizbul Muslimin

Memperbesarkan Pasukan Keselamatan

A. Menambah Anggota Polis dan Tentara

  • Pasukan polis disusun semula dan diperbesar hingga seramai 70 000 orang
  • British membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji
  • Tujuannya menghapuskan ancaman komunis di TM

B. Menubuhkan Pasukan Home Guard

  • Ditubuhkan di peringkat kampung
  • Tujuannya membantu pasukan polis dan tentera menjaga keselamatan
  • Anggota terdiri daripada kaum lelaki dan wanita
  • Kesan Menubuhkan Pasukan Home Guard :
    • Meniupkan semangat yang berkobar-kobar untuk mempertahankan negara di kalangan rakyat
    • Sultan Selangor memberi kata-kata semangat kepada pasukan ini
    • Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney berasa kagum dengan kesanggupan dan keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan
    • Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil
    • Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British

Rancangan Briggs

  • Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950
  • Pengarah Operasi ialah Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
  • Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru
  • Digelar ‘kampung baru’
  • Contoh – kampung baru di Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Tujuannya menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis
  • Tindakan ini sangat berkesan melumpuhkan gerakan Min Yuen di Tanah Melayu apabila penduduk setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru
  • Min Yuen – ditubuhkan oleh PKM untuk memberi maklumat, bekalkan makanan dan ubat kepada pengganas komunis
  • Anggota Min Yuen :
    • Pekerja lombong
    • Peladang

Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs

  • Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu
  • Kampung baru dilengkapi kemudahan asas seperti tempat tinggal, sekolah, kemudahan kesihatan, bekalan elektrik dan air paip
  • Ia dipagari dengan kawat berduri dan dikawal ketat oleh Special Constables (SC)
  • Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan makanan secukupnya
  • Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia setiap masa
  • Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” – tujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat dan ubat
  • Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru
  • MCA merupakan pertubuhan sosial masyarakat Cina dan menjalankan aktiviti kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan
  • Kutipan jualan loteri didermakan kepada penduduk Cina di kampung baru

Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur Pengganas Komunis Di Kampung Baru

A. Mengadakan Sekatan Jalan Raya

  • Tujuannya mencegah bekalan makanan, ubat dan maklumat sampai ke tangan komunis
  • Tanpa barang-barang keperluan ini pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka
  • Ia memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis

B. Sistem Pendaftaran Kebangsaan

  • Tujuannya mengawal pergerakan penduduk
  • Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan dan diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis

Kesan Kejayaan Rancangan Briggs

  • Berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan Parti Komunis Malaya
  • Sokongan terhadap Parti Komunis Malaya semakin merosot
  • Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, Parti Komunis Malaya mengambil keputusan mengurangkan kekejaman terhadap orang awam
  • Parti Komunis Malaya berundur ke selatan Thailand

Perang Saraf

  • Merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati dan fikiran rakyat”
  • Pada tahun 1952 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di TM & Pengarah Gerakan
  • Beliau menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser
  • Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan & senjata semata2 tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis

Kempen dan Langkah yang dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Saraf

A. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”

  • Dilaksanakan dengan jayanya
  • Penduduk pelbagai kaum bersama-sama membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis
  • Penduduk membakar patung-patung komunis

B. Mengedar Risalah Menentang Komunis

  • Risalah diedarkan ke seluruh Tanah Melayu
  • Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis
  • Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis untuk mempertahankan tanah air

C. Konsep “Kawasan Hitam” dan “Kawasan Putih”

  • Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung
  • Perintah berkurung – larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi
  • Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis
  • Contoh kawasan putih – Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan
  • Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954

D. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina

  • Tujuannya menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf
  • Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara Tanah Melayu
  • Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan dan kesejahteraan rakyat

E. British Menaikkan Jumlah Ganjaran Menentang Gerila Komunis

  • Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap dan memberi maklumat berkaitan komunis, contoh :
    • Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000
    • Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak dan nama sebenarnya Ong Boon Hua
    • Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000
    • Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura

F. Peranan Sultan dan Menteri Besar

  • Sultan dan menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah-langkah kerajaan menentang komunis, contoh :
    • Sultan Pahang – sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis dan orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara
    • Menteri Besar Pahang – mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga
    • Dato’ Onn Jaafar – menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di Tanah Melayu
  • Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas

G. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan

  • Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan
  • Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut

Pengampunan Beramai-Ramai

  • Tujuannya menggalakkan pengganas komunis menyerah diri
  • Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil
  • Setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan itu
  • Poster ditampal di serata tempat
  • Iklan dan wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri

Pertemuan Baling

  • Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persektuan tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera dan menamatkan darurat
  • Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan berunding dengan pihak komunis
  • Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan
  • Pada 28 dan 29 Disember 1955 pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling
  • Rundingan ini diwakili oleh :
    • Wakil kerajaan PTM – Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tun Tan Cheng Lock
    • Wakil PKM – Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin
  • Tunku Abdul Rahman meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata dan menyerah diri
  • Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan letak senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah
  • Hasilnya pertemuan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng
  • Alasan Tunku Abdul Rahman :
    • Fahaman komunis tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu
    • Beliau sedia berunding dengan PKM pada bila-bila masa jika PKM berubah fikiran
  • Tanah Melayu mencapai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum ditamatkan lagi
  • Apabila Tanah Melayu merdeka pengaruh komunis semakin merosot
  • Pada 31 Julai 1960 kerajaan isytiharkan darurat tamat

Kesan Darurat

Kesan Politik

A. Undang-Undang Darurat 1948

  • Diperkenalkan kerana kekejaman dan keganasan komunis
  • Tujuannya membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis dan juga gerakan Min Yuen

B. Kelonggaran Syarat Kerakyatan

  • Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952
  • Tujuannya menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis

C. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan

  • Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat Tanah Melayu
  • Ia disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan
  • Tujuan British adalah supaya PKM tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangan mereka

D. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)

  • Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan
  • Kesan :
    • Orang Cina mula memberi kerjasama dan membantu kerajaan membanteras komunis
    • Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis

Kesan Ekonomi

A. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram

  • Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian

B. Kemusnahan Kemudahan Asas

  • Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam

C. Gangguan Terhadap Buruh Ladang

  • Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara
  • Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja

D. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat

  • Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat
  • Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi tujuan membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan
  • Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatan rakyat

E. Pembangunan Luar Bandar Terabai

  • Kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada usaha membanteras komunis dan darurat
  • Lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru

Kesan Sosial

A. Kecederaan dan Kematian

  • Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis dan orang awam terkorban
  • Akhir tahun 1950-an jumlah yang dikenal pasti ialah :
    • Seramai 21 231 orang awam dan tentera cedera serta terbunuh
    • Seramai 6133 orang pengganas komunis terkorban

B. Penduduk Hidup Sengsara dan Menderita

  • Peperangan menentang komunis berlangsung selama 12 tahun
  • Ia membawa kesengsaraan hidup penduduk Tanah Melayu
  • Antaranya :
    • Penduduk sukar bergerak
    • Sukar mendapat bekalan makanan
    • Terpaksa mematuhi pelbagai undang-undang yang dikenakan kerajaan
    • Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian
    • Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung
    • Terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi dan keledek kerana catuan bekalan makanan sama seperti zaman pendudukan Jepun

C. Masalah Hubungan Kaum

  • Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada hubungan kaum di TM
  • Pada tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
  • Tujuannya mengeratkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu

D. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

  • Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran Tanah Melayu sendiri
  • Tujuannya memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda
  • Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara kaum

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Komunis dan Darurat yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami tentang Ancaman Parti Komunis Malaya Dan Darurat dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *