JADUAL

Jadual Peperiksaan UPSR 2019 Tarikh Ujian Bertulis

Tarikh Peperiksaan UPSR Tahun 2019

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2019 Tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Bilakah tarikh peperiksaan UPSR diadakan? Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang ada mempunyai anak yang bersekolah di Tahun 6. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan UPSR tahun 2019 atau Peperiksaan Bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Umum sedia maklum yang UPSR format baharu yang dahulunya dikenali sebagai Ujian Penilaian Sekolah Rendah adalah merupakan peperiksaan yang dikhususkan dan diambil oleh pelajar-pelajar Tahun Enam pendidikan murid sekolah rendah. Untuk peperiksaan awam yang lain seperti PT3, Sijil Pelajaran Malaysia – SPM, SPMU, STAM dan PAV, jadual peperiksaan boleh dirujuk di Takwim Peperiksaan & Pentaksiran tahun 2019.

jadual peperiksaan upsr tahun 2018 - Jadual Peperiksaan UPSR 2019 Tarikh Ujian Bertulis

Tarikh Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2019 (Calon Biasa)

Untuk makluman ibu bapa dan pelajar dan bermula dari tahun 2019, penilaian murid tidak lagi memfokuskan kepada kecemerlangan akademik sahaja. Tetapi turut melihat kepada pencapaian murid secara holistik sebagai seorang insan. Keputusan UPSR hanya salah satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Tiga lagi komponen yang diambil kira adalah seperti berikut :-

  1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
  3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Jadual Peperiksaan UPSR Tahun 2019 (Tarikh Dan Masa)

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) telah mengumumkan jadual/ tarikh di mana peperiksaan UPSR akan dilangsungkan awal pada tarikh 4 – 5 hingga 10 – 12 September 2019. Tarikh rasmi peperiksaan UPSR tahun 2019 buat panduan calon peperiksaan Murid Tahun 6 adalah seperti berikut :-

  • Tarikh Ujian Bertulis : 4 – 5 hingga 10 – 12 September 2019
  • Jadual lengkap dan penuh peperiksaan UPSR 2019 yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas serta tempoh masa peperiksaan dijalankan adalah seperti berikut selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia

4 & 5 September 2019

upsr 4 5 sept - Jadual Peperiksaan UPSR 2019 Tarikh Ujian Bertulis

10 & 11 September 2019

upsr 10 11 sept - Jadual Peperiksaan UPSR 2019 Tarikh Ujian Bertulis

12 September 2019

upsr 12 sept - Jadual Peperiksaan UPSR 2019 Tarikh Ujian Bertulis

CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN UNTUK PEPERIKSAAN UPSR

1. ARAHAN AM

  • 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2019.
  • 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  • 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2019 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

2. ARAHAN DI DEWAN/ BILIK PEPERIKSAAN

  • 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  • 2.2 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
  • 2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

Download Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Tahun 2019

Jadual lengkap peperiksaan UPSR 2019 beserta panduan dan arahan peperiksaan boleh di muat turun/ download di pautan berikut :-

Selamat menduduki peperiksaan UPSR tahun 2019. Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan UPSR tahun 2019 boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam membuat ulangkaji pelajaran dengan teratur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *