JADUAL

Jadual Peperiksaan SPMU 2023 (SPM Ulangan)

SPMU Exam Date Timetable

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) Tahun 2023. SPMU Exam date? Berikut adalah jadual peperiksaan SPMU tahun 2023 iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tarikh SPMU 2023 sesi Jun adalah pada tarikh yang akan dikemaskini

Untuk sesi Jun, penawaran subjek adalah melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Untuk sesi November 2023 pula, calon peperiksaan mempunyai pilihan kertas peperiksaan yang sama seperti calon peperiksaan SPM. Tarikh peperiksaan adalah sama dengan calon peperiksaan SPM.

Jadual Peperiksaan SPMU 2018 SPM Ulangan - Jadual Peperiksaan SPMU 2023 (SPM Ulangan)

Tarikh Peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) 2023

Perhatian, calon persendirian yang ingin membuat pendaftaran peperiksaan SPMU tahun 2023 boleh membuat pendaftaran SPMU bermula dari 8 April hingga 6 Jun 2023. Berikut adalah Jadual waktu peperiksaan SPMU iaitu SPM Ulangan tahun 2023 yang memaparkan maklumat tarikh peperiksaan, masa dan mata pelajaran.

  • Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa dan calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi LP Malaysia dalam mendapatkan maklumat terkini.

Jadual Peperiksaan SPMU Tahun 2023 (SPM Ulangan)

Berikut dikongsikan tarikh penting peperiksaan buat panduan calon peperiksaan dalam membuat perancangan dalam menghadapi peperiksaan.

Tarikh Penting SPM Ulangan

Sesi Jun 2023 (September)

  • Ujian Bertutur dan Mendengar : 5 & 6 September 2023
  • Ujian Bertulis : 4, 5, 6 September 2023

Sesi November 2023

  • Ujian Bertulis : akan dikemaskini

Jadual Waktu Lengkap Peperiksaan SPMU

  • Berikut adalah jadual lengkap yang dikeluarkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

4 September 2023

  • Bahasa Melayu Kertas (1 & 2)

5 September 2023

  • Sejarah (Kertas 1 & 2)

6 September 2023

  • Matematik (Kertas 1 & 2)

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPMU 2023 - Jadual Peperiksaan SPMU 2023 (SPM Ulangan)JADUAL WAKTU UJIAN BERTUTUR SPMU 2023 - Jadual Peperiksaan SPMU 2023 (SPM Ulangan)

Untuk maklumat lanjut berkaitan peperiksaan SPMU, sila rujuk kepada nota dan arahan peperiksaan yang dikongsikan di bawah ini.

Nota Dan Arahan Peperiksaan SPM Ulangan 2023

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Pelajar yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
  2. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2023
  3. Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon
  4. Calon dikenakan bayaran RM 30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos
  5. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM (Ulangan) 2023 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Download Jadual Peperiksaan SPMU 2023

Calon peperiksaan boleh memuat turuan atau download draf jadual peperiksaan SPM Ulangan di Lembaga Peperiksaan Malaysia di pautan berikut :-

Diucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM Ulangan 2023 buat pelajar yang terlibat. Semoga semua calon berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *