SKEMA JAWAPANSPM

Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka

Soalan Kertas 3 Sejarah Bab 5 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka. Panduan buat pelajar SPM yang sedang mencari Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka untuk ulangkaji. Berikut dikongsikan contoh soalah dan cadangan jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka Bab 5 Kertas 3 Sejarah.

Tema/Tajuk: 11.1 Pembinaan Negara dan Bangsa yang merdeka

Soalan: Sistem Ahli yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu telah meninggalkan corak pemerintahan dan pentadbiran yang cemerlang terhadap negara kita pada masa kini. Bincangkan.

Peringatan

Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka - Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka

Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka Bab 5 SPM

SKEMA JAWAPAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami pengenalan Sistem Ahli1. Pengenalan.

Jelaskan secara umum pengenalan Sistem Ahli

5
Isi dan huraianMemahami Sistem Ahli dan cirri-ciri Sistem Ahli.2. Sistem Ahli dan ciri-ciri Sistem Ahli.

Terangkan maksud Sistem Ahli dan cirri-ciri Sistem Ahli.

30
Menganalisis proses pelaksanaan dan kepentingan Sistem Ahli.

3. Proses pelaksanaan dan kepentingan Sistem Ahli.

Bincangkan Sistem Ahli daripada aspek berikut:

(a)    Proses pelaksanaan.

(b)   Kepentingan

15
Mengaplikasi langkah ke arah mewujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.4. Langkah kearah mewujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.

Cadangkan langkah-langkah mewujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara yang lebih cemerlang.

15
Menilai keberkesanan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.5. Kejayaan negara hasil daripada kecemerlangan sistem pemerintahan dan pentadbiran.

Berdasarkan pengetahuan anda, kemukakan kejayaan Malaysia kesan daripada kecemerlangan pemerintahan dan pentadbiran dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

10
Mencipta / menjana idea usaha mengekalkan keamanan dan kemakmuran Malaysia.6. Cabaran dan langkah mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran (5M)
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada kemakmuran Malaysia.

7. Nilai nilai murni / iktibar / patriotisme dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.

Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang dapat diterapkan daripada kemakmuran negara.

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  • Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang
5

Cadangan skema pemarkahan Kertas 3:Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka)

SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
Pengenalan 
  • …Membina sebuah negara dan bangsa yang merdeka ;dan berdaulat adalah sukar.
  • …British telah memberikan latihan untuk mentadbir negara.
  • …kepada penduduk tempatan supaya mampu berkerajaan sendiri.
  • …Latihan dijalankan oleh pihak British beberapa tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan.
  • …Pembinaan sebuah negara dan bangsa yang merdeka melibatkan rundingan dan kerjasama.
  • …antara pemimpin terdahulu dengan pihak tertentu untuk menentukan hala tuju negara.
  • …Usaha tersebut membolehkan negara mencapai kemerdekaan rasmi pada 31 Ogos 1957 tanpa pertumpahan darah.
[7x1m][Maksimun:5 markah]
Maksud Sistem Ahli dan cirri-ciri Sistem Ahli

i. Maksud

  • …Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain.
  • …Untuk menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
  • …Idea penubuhannya dicadangkan oleh Dato Onn Jaafar.
  • …dalam perbincangannya dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur.
  • …Sir Henry Gurney mencadangkan supaya model negara Kenya dan Rhodesia Utara dilaksanakan di Tanah Melayu.
  • …Cadangan ini adalah selaras dengan hasrat British.
  • …untuk menjalankan dasar dekolonialisasi
  • …Pihak British berpendapat Sistem Ahli akan mengurangkan tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya.
  • …Pada bulan Februari 1950, Sistem Ahli telah dibincangkan.
  • …dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja .
  • …Majlis Raja-Raja Melayu dianggotai Sembilan orang Raja Melayu yang memerintah di Negeri-Negeri Melayu.
  • …Ditubuhkan pada 1 Februari 1948.
  • …Sebelum ini dikenali sebagai Durbar.
  • …Pada bulan Julai 1950, satu rundingan telah diadakan di King’s House,Kuala Lumpur.
  • …antara Pihak British dengan wakil penduduk Tanah Melayu.
  • …Sir Henry Gurney telah menjemput Dato Onn Jaafar (Yang Dipertuan UMNO)
  • … Dato Hamzah Abdullah (Menteri Besar Selangor)
  • …Raja Uda/Dato Nik Ahmad Kamil (wakil UMNO dan orang Melayu)
  • …Dato EEC Thuraisingam (Wakil orang India)
  • …Encik Yong Shook Lin/Dr Lee Tiang Keng(wakil orang Cina)
  • …Mereka bersetuju dengan pendekatan Sistem Ahli.

ii. Ciri-ciri

  • …Sistem Ahli dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955.
  • …iaitu sebelum pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dijalankan pada bulan Julai 1955.
  • …Satu sistem kabinet bayangan.
  • …yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
  • …Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli.
  • …contohnya,Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
  • …Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British .
  • …dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
  • …Sistem Ahli terdiri daripada Sembilan orang anggota
  • …iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu (tiga orang Melayu,seorang Cina dan seorang India)
  • …dan empat orang pegawai British.
  • …Ahli-ahlinya diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
[33x1m][Maksimum:30 markah]
Proses Pelaksanaan

  • …Dalam Sistem Ahli,ahli-ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu portfolio.
  • …yang mempunyaibeberapa buah jabatan kerajaan.
  • …Ahli akan menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada.
  • …Ahli juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya.
  • …untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
  • …Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British.
  • …untuk mendapatkan persetujuan bersama dalam menyediakan cadangan undang-undang itu.
  • …Pesuruhjaya Tinggi juga akan memberikan arahan dan persetujuan tentang undang-undang yang dicadangkan.
  • …Pada kebiasaannya,cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British.
  • …Keanggotaan Sistem Ahli pada peringkat awal iaitu Dato Onn Jaafar (Ahli dalam negeri)
  • …O.A Spencer (Ahli Ekonomi)
  • …Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid (Ahli Pertanian dan Perhutanan)
  • …Dr Lee Tiang Keng (Ahli kesihatan)
  • …Dato E.E.C Thuraisingam( Ahli Pelajaran)
  • …J.D Mead (Ahli Perumahan dan Kerja Raya)
  • …Dato Mahmud Mat (Ahli Tanah,Perlombongan dan Perhubungan)

Kepentingan Sistem Ahli

  • …Sistem Ahli merupakan tapak asal yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
  • …Sistem ahli memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
  • …kerana ahli-ahlinya merupakan gabungan pemimpin daripada
  • …pelbagai kaum yang terdapat di Persekutuan Tanah Melayu.
  • …Sistem Ahli merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
  • …Sistem Ahli member pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan.
  • …untuk mentadbir dan menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British
[24x1m][Maksimum:15 markah]
Langkah-langkah mewujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang lebih cemerlang.
  • …Pemerintah yang adil
  • …Keadilan ekonomi sama rata.
  • …Pemerintah berilmu pengetahuan.
  • …Pemerintah menjalankan tugas amanah.
  • …Kerajaan mesra rakyat
  • …Mengamalkan konsep 1 Malaysia.
  • …Kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat.
  • …Pendemokrasian ilmu.
  • …Menjalankan pengurusan dengan lancar.
  • …Menekankan perpaduan negara.
  • …Kebebasan ekonomi.
  • …Berfikiran globalisasi.
  • …Mengurus ekonomi secara optimum.
  • …Berdaya saing.
  • …Memiliki sifat keterbukaan terhadap nilai-nilai yang positif.
  • …Pemimpin yang bijaksana/minda kelas pertama.
  • …Mengurangkan kerenah birokrasi
  • …Menjalinkan hubungan diplomatic
  • …Pemimpin yang berpandangan jauh.
  • …Kebajikan rakyat diberi keutamaan.

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[21x1m][Maksimum:15 markah]
Kejayaan Malaysia kesan daripada kecemerlangan pemerintahan kdan pentadbiran dalam bidang politik,ekonomi dan sosial. 
  • …Kemajuan sistem pentadbiran/e-pentadbiran.
  • …Kemajuan ICT dalam pengurusan.
  • …Kemajuan ekonomi pesat.
  • …Sektor perindustrian berkembang maju.
  • …Sistem perbankan elektronik.
  • …Perlaksanaan K-ekonomi.
  • …Kemajuan teknologi dalam pertanian/penggunaan jentera.
  • …Pusat tumpuan pelancong asing.
  • …Hubungan antarabangsa berjalan lancar.
  • …Kemajuan sistem pengangkutan/MRT/LRT/Monorel/jalan raya.
  • …Kemajuan sistem perhubungan/komunikasi.
  • …Pemodenan kemudahan kesihatan/hospital.
  • …Penggunaan ICT dalam pendidikan.
  • …Kemajuan teknologi dalam sistem pertahanan.
  • …Koridor raya Multimedia (MSC)

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[15x1m][Maksimum:10 markah]
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam menjamin keamanan negara.

i. Pelajar

  • …Kes ponteng sekolah meningkat
  • …Disiplin merosot
  • …Kes buli/bergaduh/gengsterisme

(mana-mana jawapan yang munasabah)

ii. Remaja

  • …Pembuangan bayi
  • …Lumba haram/merempit
  • …Penyalahgunaan dadah

iii. Masyarakat

  • …Pembunuhan
  • …Pelacuran
  • …Penculikan
  • …Keruntuhan akhlak
  • …Merompak/mencuri
  • …Terpedaya dengan sindiket keldai dadah.

iv. Negara

  • …Rasuah berleluasa
  • …Demonstrasi jalanan
  • …Kerenah birokrasi

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[7x1m][Maksimum:5 markah]
Langkah-langkah mengatasi cabaran

  • …Pendidikan sepanjang hayat
  • …Memantapkan peranan institusi keluarga.
  • …Memberikan didikan agama secukupnya.
  • …Memartabatkan Pendidikan moral dan PSK
  • …Kempen/motivasi/ceramah tentang masalah keruntuhan moral.
  • …Memperketat undang-undang juvana.
  • …Menghidupkan slogan Budaya Penyayang

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[7x1m][Maksimum:5 markah]

Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme

  • …Kerjasama semua pihak
  • …Perpaduan antara kaum.
  • …Jati diri yang kukuh.
  • …Kasih sayang sesame individu.
  • …Bersyukur kepada Tuhan
  • …Keadilan dalam semua aspek
  • …Memanfaatkan keamanannegara.
  • …Berdikari
  • …Berwawasan
  • …Sikap toleransi
  • …Mengekalkan keamanan.
  • …Mengekalkan kedaulatan negara.

[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

[12x1m][Maksimum:10 markah]
Rumusan

  • …Pengetahuan yang diperoleh
  • …Iktibar kepada diri,bangsa dan negara
  • …Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

 

Sumber Meja Panitia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *