SKEMA JAWAPANSPM

Skema Jawapan Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa. Berikut adalah Skema Jawapan Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa yang dapat dikongsikan pada anda sebagai rujukan menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Untuk koleksi contoh soalan dan skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM boleh dirujuk di SKEMA JAWAPAN. Untuk makluman, tema umum Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2016 adalah bertajuk Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa. Tema umum Sejarah Kertas 3 yang dikeluarkan oleh LP ini adalah sebagai persediaan buat pelajar dalam menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah yang bernombor 1249/3 pada November / Disember yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan SPM nanti.

sej - Skema Jawapan Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Skema Jawapan Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Tema Umum : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Dingatkan calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

TUGASAN SPESIFIK TEMA 12 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Soalan : Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau. Hubungan serantau telah memberi banyak manafaat kepada negara kita. Huraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam kerjasama serantau sehingga kini.

Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah ini.

TAJUK 10.3 Bab 1 : SKEMA JAWAPAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami matlamat penglibatan Malaysia.
1. Pengenalan.

Jelaskan matlamat penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.

5
Isi dan huraianMemahami pertubuhan serantau yang Malaysia sertai dan matlamat penubuhannya.2. Faktor dan matlamat penubuhan pertubuhan serantau.

Nyatakan faktor penubuhan pertubuhan serantau berikut dan matlamat penubuhannya:-

  • ASA
  • MAPHILINDO
  • ASEAN
30
Menganalisis sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau.3. Sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau.

Jelaskan sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau berikut:-

  • ASA
  • MAPHILINDO
  • ASEAN
15
Mengaplikasi peranan dan sumbangan Malaysia.4. Peranan dan sumbangan Malaysia demi kemajuan negara.

Bagaimanakah kita membuktikan keberkesanan peranan Malaysia di peringkat serantau berjaya membawa faedah kepada negara kita.

15
Menilai kejayaan negara.5. Kejayaan negara setelah memanfaatkan peranan dan sumbangan dalam hubungan serantau.

Berdasarkan pengetahuan anda , apakah kejayaan yang dicapai oleh negara sepanjang penglibatan dalam hubungan serantau sehingga kini.

10
Mencipta / Menjana idea menjadikan Malaysia mampu bersaing dengan negara lain..6. Cabaran masa depan Malaysia untuk bersaing dengan negara-negara jiran.
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk bersaing deangan negara jiran. (5m)
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada hubungan serantau negara.7. Penerapan nilai-nilai murni /ikhtibar/patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.

Nyatakan nilai-nilai murni/ikhtibar/patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.

10
KesimpulanMerumuskan secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • Pengetahuan yang diperoleh.
  • Ikhtibar kepada diri,bangsa dan negara.
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
5

KERANGKA JAWAPAN

PERATURAN PERMARKAHAN TUGASAN SPESIFIK TEMA 12 : MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Nasionalisme Di Asia Tenggara)

SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1Pengenalan.

Jelaskan matlamat penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.

  • i. Berbaik-berbaik-baik dengan semua negara
  • ii. Jamin-menjamin keselamatan rakyat dan negara
  • iii. Kekal-memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
  • iv. Galak-menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
  • v. Aman-mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
  • vi. Global-menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
  • vii. (mana-mana jawapan yang munasabah)
5
2Faktor dan matlamat penubuhan pertubuhan serantau.

Nyatakan faktor penubuhan pertubuhan serantau berikut dan matlamat penubuhannya:-

  • ASA
  • MAPHILINDO
  • ASEAN
30
3Sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau.

Jelaskan sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau berikut:-

  • ASA
  • MAPHILINDO
  • ASEAN
15
4Peranan dan sumbangan Malaysia demi kemajuan negara.

Bagaimanakah kita membuktikan keberkesanan peranan Malaysia di peringkat serantauberjaya membawa faedah kepada negara kita.

  • 1. Malaysia dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.
  • 2. Kepimpinan negara diiktiraf di peringkat dunia.
  • 3. Perpaduan rakyat Malaysia menjadi contoh kepada negara lain.
  • 4. Pelabur luar banyak melabur di negara kita.
  • 5. Menjadi tumpuan pekerja asing.
  • 6. Menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
  • 7. Pengiktirafan sebagai negara aman dan selamat.
  • 8. Perkembangan ekonomi negara.
  • 9. Peningkatan taraf hidup rakyat.
  • 10. Penigkatan nilai eksport.
  • 11. Sistem pendidikan bertambah pesat.
  • 12. Kemudahan infrasruktur negara bertambah baik.
  • 13. Kestabilan politik negara.
  • 14. Kelicinan pentadbiran negara.
  • 15. Kedaulatan negara terjamin..

(mana-mana yang munasabah)

15
5Kejayaan negara setelah memanfaatkan peranan dan sumbangan dalam hubungan serantau.

Berdasarkan pengetahuan anda , apakah kejayaan yang dicapai oleh negara sepanjang penglibatan dalam hubungan serantausehingga kini.

  • 1. memajukan ekonomi negara.
  • 2. menarik pelabur asing.
  • 3. menambah peluang pekerjaan.
  • 4. menaikkan taraf hidup rakyat.
  • 5. mempelbagaikan sumber pendapatan rakyat/negara.
  • 6. menjamin keamanan negara
  • 7. meluaskan hubungan dengan negara luar.
  • 8. menstabilkan sistem politik negara.
  • 9. cemerlang dalam bidang sukan.
  • 10. berjaya dalam perusahaan automobil.

(mana –mana jawapan yang munasabah)

10
6

Cabaran masa depan Malaysia untuk bersaing dengan negara-negara jiran.

i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk bersaing deangan negara jiran. (5m)

  • Tekanan daripada negara maju.
  • Teknologi negara masih rendah.
  • Masih bergantung dengan modal asing.
  • Kekurangan tenaga mahir.
  • Bergantung kepada tenaga pakar dari luar negara.

    (mana-mana yang munasabah)

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m)

  • Mendalami ilmu pengetahuan.
  • Menguasai kemahiran yang diperlukan.
  • Menguasai teknologi baru.
  • Sedia menerima perubahan.
  • Bersikap kreatif dan inovatif.

(mana-mana yang munasabah)

10
7Penerapan nilai-nilai murni /ikhtibar/patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.

Nyatakan nilai-nilai murni/ikhtibar/patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.

  • Kreatif
  • Inovatif
  • Bertanggungjawab
  • Gigih berusaha
  • Rajin
  • Berani membuatperubahan
  • Tabah
  • Bersatu padu
  • Semangat keusahawanan
  • Berubah sikap untuk memajukan diri

(mana-mana yang munasabah)

10
8Rumusan.
  • Hubungan luar amat penting untuk kemajuan negara.
  • Keamanan negara harus sama-sama dipelihara.
  • Sama-sama bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.
  • Perpaduan rakyat menjamin kemakmuran negara.
  • Kestabilan politik amat penting dalam menjaga kedaulatan negara.

(mana-mana yang munasabah)

5

Semoga perkongsian Skema Jawapan Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa dapat membantu anda membuat persediaan dalam menduduki peperiksaan SPM. Pelajar disarankan mendapatkan nasihat dan bantuan dari Guru Penilai Sejarah anda bagi mendapatkan tips yang membantu anda mendapatkan markah yang tinggi dalam Kertas 3 Sejarah SPM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *