NOTATINGKATAN 4

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal

Tamadun Awal Di Asia Tenggara

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal Asia Tenggara. Panduan buat pelajar Tingkatan 4 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun hadapan. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 bertajuk Tamadun Awal Asia Tenggara. Pelajar juga boleh merujuk kepada nota ringkas lain di Tamadun Awal.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 (Form 4 Chapter 3) -Tamadun Awal Asia Tenggara

1. Maksud kerajaan Agraria

  1. Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian , penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai
  2. Kerajaan terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai / kawasan pedalaman seperti kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi
  3. Contoh kerajaan seperti Dvaravati, Taruma, Sailendra, Angkor, Sukhotai dan Funan

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal Asia Tenggara - Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal

2. Ciri-ciri kerajaan Agraria

Diantara ciri-ciri yang terdapat dalam kerajaan Agraria adalah seperti berikut :-

  1. Terletak di kawasan yang subur iaitu di lembah sungai
  2. Menanam padi sawah dan padi huma
  3. Menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran
  4. Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
  5. Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
  6. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
  7. Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
  8. Mendapatkan kulit kura-kura
  9. Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
  10. Lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim
  11. Pembinaan sistem pengairan yang bersumberkan dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
  12. Raja terlibat dalam pembinaan pengairan
  13. Kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan

3. Kegiatan ekonomi masyarakat Agraria

  1. Menanam padi sawah dan padi huma
  2. Menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang,keledek dan sayur-sayuran
  3. Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
  4. Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
  5. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
  6. Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
  7. Mendapatkan kulit kura-kura
  8. Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
  9. Lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim

4. Faktor-faktor perkembangan kerajaan Agraria ( Angkor )

  1. Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
  2. Raja Indravarman 1 terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
  3. Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
  4. Pembinaan baray yang mampu mengairi tanah
  5. Hasil padi dapat menampung keperluan beras
  6. Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
  7. Tanah sekitar yang subur
  8. Iklim panas lembap sepanjang tahun
  9. Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap
  10. Sumber ikan air tawar dan punca bekalan air minuman daripada Tasik Tonle Sap

5. Kepentingan Tasik Tonle Sap – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

  1. Membekalkan sumber air minuman
  2. Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi luas
  3. Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur
  4. Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik
  5. Air dari Tasik Tonle Sap dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan
  6. Sumber air dari tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor

6. Kerajaan Maritim

Berasaskan perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).

Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya Funan.

7. Kegiatan ekonomi kerajaan maritim

  • 1. Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
  • 2. Peringkat awal – menangkap ikan, memungut hasil laut.
  • 3. Kemudian menjadi perkampungan nelayan.
  • 4. Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah.
  • 5. Hasil lebihan telah didagangkan – maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal seperti Klang ( Selangor ), Kuala Selinsing ( Perak ).
  • 6. Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan – emas, timah, rotan, damar, hasil laut.
  • 7. Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.
  • 8. Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang, contohnya Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang dengan Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan barat.
  • 9. Pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi laluan perdagangan atara China dan India. Ini juga mendorong kedatangan pedagang ke dua – dua negara ke situ.
  • 10. Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah, hasil hutan, dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya.
  • 11. Emas menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi Emas – orang Yunani dan India telah mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi.
  • 12. Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
  • 13. Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.
  • 14. Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
  • 15. Mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di langit.

8. Kerajaan Maritim Srivijaya – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

  • 1. Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.
  • 2. Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka mengawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
  • 3. Kapal dagang dalam perjalanan antara China dan India singgah di sini kerana kedudukan pelabuhannya strategik di Selat Melaka.
  • 4. Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan pemerintahannya dan jajahan takluknya.
  • 5. Menurut I Tsing Sivijaya mampu menghasilkan kapal besar.

9. Ciri – Ciri Kerajaan Kedah Tua/ Chieh-cha/ Kataha

  • 1. Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5 hingga 11 – menganut agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke –11 hingga 13 – menganut agama Hindu).
  • 2. Buktinya ialah jumpaan candi berunsur Hindu/Buddha dan arca Hindu/Buddha.
  • 3. Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar China zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.
  • 4. Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke sini.
  • 5. Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan terlindung dari angin monsun memajukan pelabuhannya.
  • 6. Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang dagang seperti damar, rotan, timah.
  • 7. Barang dagang juga dibawa dari luar seperti sutera, teh, kaca, manik, tembikar.

10. Saling bergantung /melengkapi antara Kerajaan Agraria dengan Kerajaan Maritim

  1. Kerajaan Agraria mempunyai penduduk yang ramai dan membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritim
  2. Kerajaan Agraria bergantung kepada Kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah dari China dan India
  3. Agraria membekalkan beras dan hasil hutan kepada kerajaan maritim
    Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan agraria
  4. Kerajaan maritm mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal daripada kerajaan agraria
  5. Maritm memperoleh gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja
  6. Kerajaan maritm bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang kayu dan tukang batu yang mahir

11. Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal

  1. Dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takhluk di Asia Tenggara
  2. Dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya
  3. Golongan Brahmin atau pendeta
  4. Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan

12. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal

  1. Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah
  2. Raja berada dipuncak pemerintahan
  3. Raja dibantu oleh kerabat diraja, pembesar, Brahmin
  4. Berkuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
  5. Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
  6. Sesiapa yang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan
  7. Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
  8. Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja
  9. Mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan
  10. Untuk mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin
  11. Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta iaitu orde kosmos

13. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

i. Maksud monumen – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

  • Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting
  • Monumen boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung

ii. Kepentingan/fungsi/tujuan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara

  • Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
  • Sebagai rumah ibadat
  • Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
  • Tempat menyimpan patung dewa utama
  • Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
  • Melambangkan orde kosmos contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur

iii. Contoh candi terkenal di Asia Tenggara – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

  • Candi Dieng di Jawa Tengah, Indonesia
  • Candi Borobudur di Jawa Tengah, Indonesia
  • Prambanan di Jawa Tengah, Indonesia
  • Candi Angkor Wat di Kemboja
  • Candi Chaiya dan Yarang di Thailand
  • Lembah Bujang di Kedah

iv. Patung agama

  • Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha
  • Dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga merupakan patung agama Buddha
  • Prawapala dan Nabdiswara menjaga candi daripada dimasuki roh jahat
  • Melambangkan zaman penciptanya
  • Melambangkan salah satu pengaruh sama ada Amaravati, Gupta, Palava, Pala atau Cola
  • Menunjukkan adunan dua tamadun iaitu India dan Asia Tenggara
  • Gaya India bergantung pada masa patung itu dibuat. Sekiranya dibuat antara abad ketiga hingga kelima Masihi, terdapatlah pengaruh Amaravati
  • Sekiranya dicipta pada abad kelima Masihi hingga abad ketujuh Masihi, ianya mewakili pengaruh zaman Dinasti Gupta

v. Angkor Wat

  • Dibina untuk agama Hindu
  • Terletak enam km ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos
  • Tinggi 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar
  • Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat
  • Setiap sudut mempunyai menara
  • Bahagian luar terdapat tembok
  • Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata

vi. Candi Borobudur

  • Mewakili agama Buddha
  • Terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila, samadhi dan panna
  • Setiap tingkat mempunyai patung stupa dan patung Buddha
  • Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
  • Dibina selama 75 tahun

14. Kepentingan Bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal Asia Tenggara

  • Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
  • Mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang
  • Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
  • Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan ajaran Buddha
  • Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja
  • Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat
    Bahasa keagamaan bahasa yang digunakan dalam urusan pemerintahan
  • Mengalami penyesuaian dan berubah ke adalam bahasa Melayu seperti dosa, duka, Derhaka, manusia, pahala, rupa , sengsara dan huruf
  • Berkembang menjadi bahasa ilmu
  • Bahasa komunikasi
  • Memperkayakan bidang kesusasteraan seperti epik / puisi / prosa jawa penceritaan lisan dan teater

15. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesusasteraan – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

  • Kesusasteraan India melalui epik Ramayana, Mahabharata serta Puranas menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara
  • Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarma
  • Cerita-cerita dalam Epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
  • Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa jaya dan Hikayat Sang Samba.
  • Hikayat Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama

Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal Asia Tenggara ini boleh dijadikan panduan kepada pelajar Tingkatan 4 dan juga SPM dalam mengulangkaji pelajaran Sejarah SPM.

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *