NOTAPT 3TINGKATAN 3

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 7 Malaysia Berdaulat

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7 Malaysia Yang Berdaulat. BAB 7 merupakan topik terakhir dalam matapelajaran Sejarah PT3 Tingkatan 3. Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 7 Malaysia Yang Berdaulat. Sebagai rakyat, kita mestilah sentiasa bersedia untuk mempertahankan apa yang telah dicapai dan berusaha agar Negara terus cemerlang dalam apa jua bidang.

Nota ringkas yang dikongsikan boleh dibuat rujukan berguna buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 tahun ini. Sejarah Bab 7 Tingkatan 3 adalah berkisar kepada idea penyatuan, persefahaman dan kerjasama antara Tanah Melayu dengan Singapura,
Sarawak, Sabah dan Brunei.

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 7 Malaysia Berdaulat - Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 7 Malaysia Berdaulat

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 7 Malaysia Yang Berdaulat

Berikut dikongsikan Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 3 Bab 7 bertajuk Malaysia Yang Berdaulat.

7.1 GAGASAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

• Merupakan cadangan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei
• Ditadbir dalam satu unit politik

IDEA PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

• Cadangan dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman
• Merupakan perjuangan untuk bebaskan Sarawak, Sabah, Singapura & Brunei daripada penjajahan British
• Gabungkan negeri2 berkenaan dengan Tanah Melayu & membentuk Persekutuan Malaysia

CADANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

• Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan2 Luar Asia Tenggara
• Bertempat di Hotel Adelphi, Singapura 27 Mei 1961
• Mendapat sambutan positif pemimpin2 wilayah terbabit
• Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan
• Tujuan adakan rundingan dengan pemimpin2 wilayah terlibat
• Tiga bulan kemudian Tunku Abdul Rahman membawa idea ini ke Dewan Rakyat
• Gagasan ini mendapat liputan meluas akhbar Berita Harian – “Melayu Raya: Cadangan Tengku dapat sambutan”

MATLAMAT PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

i. Mempercepatkan Kemerdekaan

• Sarawak, Sabah & Singapura bersaiz dan berpenduduk kecil sukarkan usaha mendapat kemerdekaan sendiri
• Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak & Singapura

ii. Keseimbangan Kaum

• Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia

iii. Memajukan Sosioekonomi

• Wujudkan satu kawasan pasaran ekonomi lebih luas
• Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli di kalangan negeri
• Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan
• Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar
• Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah dan Brunei

iv. Keselamatan & Kestabilan Negara

• Selamatkan Singapura dan Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis

7.2 REAKSI PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

• Terdapat pelbagai reaksi, antaranya daripada;
a. Negeri2 Terlibat
b. Negara2 Jiran
c. Negara2 Barat

a. Reaksi Negeri2 Terlibat

i. Tanah Melayu:

• Sambutan menggalakkan daripada parti2 politik Tanah Melayu
• Sokongan rakyat ditunjukkan melalui perhimpunan pelajar di Universiti Malaya
• Terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaan tetapi penduduk terima prinsip gagasan
• Contoh: Parti PAS sokong idea pembentukan tetapi juga cadangkan pembentukan Melayu Raya merangkumi Indonesia

ii. Singapura

• Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew sokong gagasan
• Gagasan ini dapat selamatkan PETIR daripada dikuasai parti2 berhaluan kiri
• Gagasan ditentang oleh Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura kerana anggap
ianya adalah idea British untuk kekalkan pengaruh
• Referendum (pungutan suara) diadakan bagi tujuan meninjau pendapat penduduk Singapura
• Hasilnya – penduduk Singapura sokong gagasan

iii. Sabah

• Suara hati rakyat ditunjukkan melalui penubuhan parti2 politik baru
• Antaranya;
a. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) – menyokong
b. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) – menyokong
c. Parti Bersatu – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
d. Parti Demokratik – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
e. Pasok Momogun – awalnya menentang kerana anggap Sabah perlu bersatu dengan Sarawak dan Brunei tetapi akhirnya sokong tanpa syarat

Kesannya

a. Semua parti politik di Sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah pimpinan Donald Stephens & Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
b. Perikatan Sabah menang pilihan raya Majlis Daerah 1962
c. Rakyat Sabah sepakat menyokong gagasan

iv. Sarawak

• Antara reaksinya adalah;
a. Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya menentang kemudian menyokong penuh
b. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada awalnya menentang kemudian menyokong
c. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang kerana menganggap Sarawak perlu bersatu dengan Sabah & Brunei sahaja
d. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) menyokong penuh
e. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) menyokong penuh
f. Persatuan Cina Sarawak (SCA) menyokong penuh

Kesannya

a. Semua parti politik Sarawak ambil keputusan sertai Persekutuan Malaysia kecuali SUPP
b. Parti2 tersebut membentuk Perikatan Sarawak
c. Menang pilihan raya Majlis Daerah pertama tahun 1963

v. Brunei

• Idea gagasan disokong kuat Sultan Omar Ali Saifuddin
• Ia ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari
• Alasan menentang – Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia
• Parti Rakyat Brunei cadangkan penubuhan Kerajaan Kalimantan Utara – terdiri daripada Brunei, Sarawak dan Sabah
• Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul menentangnya ditolak Majlis Undangan Negeri Brunei
• Rundingan dilaksanakan hingga ke saat-saat akhir
• Akhirnya pada Julai 1963 Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia kerana tiada kata sepakat dalam 2 isu berikut;
a. Isu minyak
b. Isu kekananan Sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong
b. Reaksi Negara Jiran:

i. Indonesia

• Awalnya menyokong pembentukan Malaysia
• Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio utus surat tahniah kerana usaha tersebut
• Akhirnya pendirian Indonesia berubah dan tidak menyokong gagasan kerana;
a. Terpengaruh dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI)

b. PKI menuduh Persekutuan Malaysia sebagai neokolonialisme (penjajahan baru melalui tekanan ekonomi)
c. Sebenarnya PKI tergugat dengan pembentukan Malaysia yang akan menyekat pengaruhnya
d. Presiden Soekarno berhasrat menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu membentuk –
Indonesia Raya

ii. Filipina

• Menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah sebahagian wilayah Kesultanan Sulu miliknya
• British tidak melayan tuntutan kerana dianggap tidak berasas
• Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya PBB sahkan rakyat Sabah setuju menyertai Malaysia

c. Negara-Negara Barat

• Disokong oleh kerajaan Britain dan Amerika Syarikat
• Mereka sokong kerana;
a. Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei
b. Pengaruh komunis juga dapat disekat

7.3 PERJANJIAN & PERISYTIHARAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Langkah-Langkah Ke Arah Pembentukan Persekutuan Malaysia

Langkah 1

• 27 Mei 1961 – gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman

Langkah 2

• Julai 1961 – penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
• Matlamat – memberi penerangan kepada pemimpin2 Sarawak & Sabah
• Hasil laporan – penubuhan Suruhanjaya Cobbold

Langkah 3

• Februari hingga April 1962 – penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Matlamat – meninjau pandangan penduduk Sarawak & Sabah
• Hasil laporan – bersetuju sertai Malaysia

Langkah 4

• Ogos 1962 – penubuhan Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)
• Matlamat – bincangkan hak dan kepentingan Sabah, Sarawak & Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan
• Hasil laporan – tuntutan 20 perkara Sabah (juga dipersetujui oleh Sarawak) dicadangkan & dimasukkan dalam perlembagaan

• Penubuhan Referendum Singapura
• Matlamat – meninjau pendapat penduduk Singapura
• Hasil – bersetuju sertai Malaysia

Langkah 5

• Ogos 1963 – penubuhan Suruhanjaya PBB
• Matlamat – meninjau semula pandangan penduduk Sarawak & Sabah atas permintaan Indonesia dan Filipina
• Hasil – penduduk Sabah & Sarawak setuju sertai Malaysia

Langkah 6

• 16 September 1963 – perisytiharan Persekutuan Malaysia

Suruhanjaya Cobbold

• Tujuan – mendapatkan pandangan penduduk Sabah & Sarawak tentang penyertaan dalam Persekutuan Malaysia
• Ahli – Muhammad Ghazali bin Shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold (Pengerusi), David Watherston dan Anthony Abell

• Hasil laporan

i. satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
ii. satu per tiga penduduk sokong tapi dgn syarat kepentingan mereka dilindungi
iii. satu per tiga penduduk ingin Sabah & Sarawak merdeka dahulu sebelum sertai Malaysia
• laporan keseluruhan didapati semua penduduk Sabah & Sarawak setuju sertai pembentukan Malaysia

PENGISYTIHARAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

• Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dan Tuntutan 20 Perkara
• 9 Julai 1963 – Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London

• Kandungan utama perjanjian

i. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan
ii. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak & Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
iii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris & bahasa lain masih boleh digunakan
iv. Bagi Sarawak & Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia
v. Sarawak & Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam
vi. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

• Isi perjanjian kemudian dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

• Memorandum Perjanjian Persekutuan Malaysia bagi Sabah & Sarawak diwakili
Donald Stephens
• Dokumen pemasyhuran Persekutuan Malaysia diserahkan oleh Yang diPertuan Agong kepada Tunku Abdul Rahman
• 16 September 1963 – Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri) bacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
• Sebanyak 101 das tembakan meriam dan laungan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali dilaungkan
• Pengisytiharan dilakukan di Kuching, Sarawak & di Kota Kinabalu, Sabah
• Berita penubuhan Persekutuan Malaysia disiarkan oleh akhbar Berita Harian

Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah

• Tiada agama rasmi
• Kebebasan beragama
• Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
• Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri
• Malaysia menjadi nama persekutuan
• Dasar pelajaran sedia ada dikekalkan
• Peruntukan kerusi parlimen
• Pelantikan ketua negeri oleh ratu British dan Yang di-Pertuan Agong

Pemisahan Singapura

Faktor Pemisahan Singapura Dari Malaysia

1. Masalah Ekonomi.

1.1. Singapura menuntut supaya statusnya sebagai pusat industri, Perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan Pusat.
1.2. Singapura juga menuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan Pusat.

2. Konsep Malaysian Malaysia.

2.1. Menuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum.
2.2. Menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputra lain.

3. Pertikaian Parti Perikatan dengan PAP (PETIR).

3.1. PAP menuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina.
3.2. Sewaktu pilihanraya 1964, PAP bertanding menentang Parti Perikatan.

4. Rusuhan Kaum.

4.1. Para pemimpin PAP membuat kenyataan yang boleh membangkitkan semangat perkauman.
4.2. Lee Kuan Yew (pemimpin PAP) mempertikaikan perkara-perkara Yang telah termaktub dalam perlembagaan Negara terutamanya Berkaitan dengan Hak Istimewa Orang Melayu.
4.3. Lee Kuan Yew juga berhasrat untuk mengambil alih peranan MCA.
4.4. Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura telah mengugat Keselamatan Negara.
5. 9 Ogos 1965 : Tuntu Abdul Rahman membuat keputusan di Parlimen Malaysia dengan Perisytiharan Pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia.

KONFRONTASI DAN PERDAMAIAN

• Maksud konfrontasi – sikap penentangan terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Indonesia dan Filipina
• Sebab2 berlaku – Indonesia & Filipina enggan iktiraf penubuhan Malaysia

• Kesan

– berlaku konfrontasi & tentera Indonesia menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah
– hubungan Indonesia & Malaysia tegang
• Konfrontasi didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI)

Usaha Ke Arah Perdamaian Malaysia – Indonesia

• Mei 1963 – Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo antara Tunku Abdul Rahman dan
Presiden Sukarno

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *