Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan

0
659

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kemerdekaan yang berkaitan tentang Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan PT3.

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan

Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum
  • Masalah perpaduan kaum yang wujud di negara kita telah merumitkan lagi proses mencapai kemerdekaan.
  • Antara masalah untuk mewujudkan perpaduan ialah :
    • Masalah kerakyatan
    • Masalah bahasa
    • Masalah agama
    • Masalah pendidikan
    • Masalah sosial
  • Pendidikan ke Arah Perpaduan Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan pada tahun 1948.
  • Bertujuan untuk mengkaji pengenalan sistem pendidikan yang seragam di Tanah Melayu.
  • Jawatankuasa Barnes ditubuhkan pada tahun 1950.
  • Bertujuan untuk mengkaji semula sistem pendidikan di Tanah Melayu.
  • Jawatankuasa Fenn-Wu dibentuk untuk mengkaji penglibatan sekolah-sekolah Cina dalam sistem sekolah kebangsaan.
  • Ordinan Pelajaran 1952 digubal berdasarkan Laporan Barnes 1951.
  • Kaum Cina dan India mengecam perlaksanaan ordinan ini.
  • Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mewujudkan perpaduan.
  • Dianggotai oleh pemimpin daripada pelbagai kaum seperti :
    • Dato’ Onn bin Jaafar
    • Tan Cheng Lock
    • E.E.C. Thuraisingham
  • Jawatankuasa ini membuat beberapa cadangan :
    • Orang Melayu diberi kemudahan menceburi bidang perniagaan dan perdagangan.
    • Orang bukan Melayu diberi hak politik.
  • Jawatankuasa juga mendesak kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan dalam perlembagaan dan mengadakan pilihan raya.
  • Orang Melayu tidak bersetuju dengan cadangan melonggarkan syarat kerakyatan untuk kaum bukan Melayu.
Penubuhan dan Perkembangan Parti-parti Politik

A. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

  • Ditubuhkan pada 11 Mel 1946.
  • Presidennya yang pertama ialah Dato’Onn bin Jaafar.
  • Tujuan penubuhannya:
    • Menentang gagasan Malayan Union
    • Memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.
    • Mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

B. Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)

  • Ditubuhkan pada bulan Februari 1949.
  • Pengasasnya Kolonel Lee Hau Shik dan Leong Yew Koh.
  • Presidennya yang pertama ialah Tan Cheng Lock.
  • Tujuan penubuhannya :
    • Menyatukan orang Cina.
    • Melindungi hak dan kepen tingan orang Cina.
    • Membantu British menentang PKM.

C. Kongres India Malaya (MIC)

  • Ditubuhkan pada bulan Ogos 1945 oleh John Thivy.
  • Tujuan penubuhannya adalah menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu.

D. Parti Malaya Merdeka (IMP)

  • Ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar pada bulan Ogos 1951.
  • Tujuan penubuhannya :
    • Menyatukan semua kaum di Tanah Melayu.
    • Mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
  • IMP dibubarkan dan Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara pada tahun 1954.

E. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

  • Ditubuhkan pada 24 November 1951.
  • Presidennya yang pertama ialah Ahmad Fuad bin Hassan.
  • Tujuan penubuhannya :
    • Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.
    • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.
Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri

Sistem Ahli

  • Diperkenalkan tahun1951 bertujuan melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.
  • Idea penubuhan dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan disokong oleh pihak British dan Raja-Raja Melayu
  • Ia dilaksanakan pada April 1951 hingga Jun 1955.
  • Ciri-Ciri Sistem Ahli :
    • Satu sistem kabinet bayangan terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh masyarakat
    • Anggotanya dikenali sebagai Ahli
    • Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
    • Ahli-Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
    • Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota iaitu:
      • 5 orang penduduk di Tanah Melayu (3 orang Melayu, 1 orang Cina dan 1 orang India) 4 orang pegawai British

Anggota-Anggota Sistem Ahli

  1. Dato’ Onn bin Jaafar – Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (1951-1955)
  2. Dato’ Mahmud bin Mat – Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan (1951-1954)
  3. Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli Pertanian dan Perhutanan (1951-1955)
  4. Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan (1951-1954)
  5. Dato’ E.E.C. Thuraisingam – Ahli Pelajaran (1951 – 1954) dan Presiden Persatuan Ceylonese Malaya
  • Sistem ini adalah seperti Sistem Jemaah Menteri sekarang
  • Maksud Kabinet Bayangan :
    • Suatu sistem pentadbiran yang berbentuk sebuah kabinet yang dibuat tanpa pilihan raya
  • Maksud Majlis Raja-Raja Melayu :
    • Satu badan khas yang dianggotai oleh Sultan dan Raja-Raja Melayu bagi membincangkan soal-soal yang berkaitan dengan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, kedudukan Raja-Raja dan orang Melayu
  • Tahun 1955 wakil UMNO Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Timbalan Perdana Menteri) dan wakil MCA Tun H.S. Lee telah dilantik menganggotai Sistem Ahli bagi mencerminkan perpaduan kaum di Tanah Melayu
  • Kelonggaran syarat Kerakyatan Persekutuan :
    • Cadangan dibuat oleh Jawatankuasa Hubungan antara Kaum 1949
    • Cadangkan supaya melonggarkan syarat kerakyatan kepada golongan imigran agar mereka curahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu
    • Tujuannya mengelakkan golongan imigran terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya
    • Kelonggaran dibuat di peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Kelonggaran di peringkat Persekutuan :
    • Kerakyatan dilonggarkan dengan 3 cara iaitu secara kuatkuasa undang-undang, secara permohonan dan secara naturalisasi
    • Secara Kuatkuasa Undang-Undang :
      • Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri Melayu
      • Seseorang warganegara British dan koloninya yang lahir di Neger-Negeri Selat
    • Secara Permohonan :
      • Seseorang warganegara British dan koloninya yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan
    • Secara Naturalisasi :
      • Seseorang warganegara British dan koloninya yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut
  • Kelonggaran di peringkat negeri :
    • Dibuat dan dinamakan Kerakyatan Negeri 1951
    • Antara Syarat Kerakyatan Negeri 1951 ialah Secara Kuatkuasa Undang-Undang dan Secara Permohonan
    • Secara Kuatkuasa Undang-Undang :
      • Orang Asli di Negeri-Negeri Melayu
      • Seorang Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu
      • Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu
    • Secara Permohonan :
      • Seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah kepada Raja dan melepaskan kewarganegaraan asal
  • Kesan Kelonggaran Syarat Kerakyatan :
    • Rakyat raja bukan hanya terdiri daripada orang Melayu & orang Asli tetapi juga golongan imigran
    • Kerakyatan sesebuah negeri Melayu telah berubah
    • Ia menjadi asas penting kerakyatan kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
  • Maksud Secara Kuatkuasa Undang-Undang :
    • Seseorang yang boleh menjadi rakyat mengikut undang-undang yang telah diluluskan
  • Maksud Secara Permohonan :
    • Seseorang perlu mengisi borang khas dan diluluskan oleh kerajaan
  • Maksud Naturalisasi :
    • Kerakyatan yang diberikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British
    • Pemohon adalah orang yang dianggap telah berjasa kepada Tanah Melayu
  • Antara Koloni British :
    • Hong Kong, Australia, New Zealand, India dan Burma
  • Tahun 1951 Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan
  • Ia sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Negeri
  • Dato’ Onn Jaafar dilantik Pegerusi pertama RIDA sanggup berbasikal untuk mengetahui masalah pekebun kecil di luar bandar
  • Tujuan penubuhan RIDA :
    • Membantu tingkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu
    • Cara memujuk orang Melayu supaya setuju dengan kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Kerakyatan Negeri 1951
  • Nama RIDA kemudiannya ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) tahun 1966
Pembentukan Parti Perikatan 
  • Ditubuhkan sebagai satu usaha parti-parti pelbagai kaum untuk wujudkan kerjasama politik
  • Pemimpin-pemimpin parti UMNO, MCA dan MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti Perikatan akan lahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum
  • Dibentuk secara berperingkat mengikut keperluan politik semasa
  • British sokong kerjasama parti kerana ia wujudkan suasana politik stabil dan menjamin ekonomi Persekutuan Tanah Melayu
Peringkat Penubuhan Parti Perikatan
  1. Peringkat Pertama – Tahun 1952
    • Pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur
    • Memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan
    • Pemimpin utama UMNO dan MCA sambut baik pakatan ini dan merundingkan pembentukan pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah Melayu
  2. Peringkat Kedua – Tahun 1954
    • Konvensi Nasional diadakan
    • Perikatan UMNO-MCA dibentuk
    • Kerjasama diperluas ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu bagi memenangi pilihan raya negeri
  3. Peringkat Ketiga – Tahun 1955
    • Kemasukan MIC dalam Perikatan
    • Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
    • Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan
Kesan-Kesan Pembentukan Parti Perikatan
  • Merupakan satu pakatan politik yang murni
  • Melahirkan perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu
  • Menjadi senjata berkesan menolak pengaruh komunis di kalangan penduduk Tanah Melayu sejak 1948
  • Melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya
  • Tokoh utama yang berunding mewujudkan persefahaman kaum ialah Dato’ Haji Noah, Tun Tan Cheng Lock, Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman
Pilihan Raya Majlis Bandaran
  • Sebelum merdeka ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya oleh penduduk Bandar berkenaan
  • Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan tahun 1951
  • Tujuannya beri peluang kepada penduduk tempatan jalankan tanggungjawab ke arah berkerajaan sendiri
  • Selepas itu Pilihan Raya Majlis bandaran telah diadakan di setiap Bandar seluruh negara Persekutuan Tanah Melayu
  • Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan di Georgetown, Pulau Pinang bulan Disember 1951
  • Parti Radikal yang dianggotai pelbagai kaum memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan
  • Kemudiannya Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan bulan Februari 1952
  • UMNO dan MCA telah menjalin kerjasama bagi menghadapi pilihan raya tersebut
  • Kerjasama membolehkan UMNO-MCA mendapat 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan
  • Tokoh terlibat Dato’ Yahya Razak iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Bahagian UMNO Kuala Lumpur dan Tun H.S. Lee iaitu Pengerusi MCA Selangor
  • Kerjasama telah meyakinkan penduduk di bandar-bandar lain seluruh Persekutuan Tanah Melayu
  • Kesannya kerjasama UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran yang dipertandingkan
  • Kejayaan ini mendorong kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat
  • Berjaya melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954
  • Kesan-kesan :
    • Menjadi asas kukuh penduduk tempatan memilih pemimpin dan kerajaan selepas merdeka
    • Rakyat berpeluang guna hak memilih pemimpin mereka
    • Sesuai dengan cara pemerintahan demokrasi yang diamalkan Persekutuan Tanah Melayu
Pilihan Raya Negeri
  • Mula diadakan pada tahun 1954 memberi peluang kepada rakyat untuk tentukan kerajaan
  • Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 228 kerusi negeri yang dipertandingkan
  • Kemenangan membuktikan orang ramai terima kerjasama antara kaum dalam politik negara
  • Konsep kerjasama ini mengukuhkan keyakinan rakyat kepada Parti Perikatan
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
  • Tahun 1954 pihak British menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya sebagai lanjutan ke arah berkerajaan sendiri
  • Ia dianggotai pegawai kanan British dan wakil parti politik
  • British peruntukkan sebanyak 100 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
  • Ia meliputi 52 buah kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
  • Parti Perikatan telah menentang cadangan itu dan menuntut tiga per lima ahli MPP dipilih melalui pilihan raya
  • Bertujuan memohon kerusi pilihan raya yang lebih Tunku Abdul Rahman telah ke London tetapi gagal kerana tidak dipersetujui pihak British
  • Pada 27 Julai 1955 Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diadakan
  • Sebelum pilihan raya diadakan setiap parti politik mengadakan kempen pilihan raya
  • Kempen bermula selepas penamaan calon pada 15 Julai 1955
  • Untuk meraih sokongan dalam kempen tersebut Parti Perikatan mengeluarkan manifesto
  • Manifesto :
    • Satu program atau perancangan parti politik yang menyertai pilihan raya dan program ini akan dilaksanakan jika mereka berjaya membentuk kerajaan
  • Antara manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya MPP yang pertama:
    • Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun
    • Mewajibkan pendidikan rendah
    • Melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
    • Menamatkan darurat
    • Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan
  • Kaum wanita diberikan hak mengundi untuk memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya MPP tahun 1955
  • Hak mengundi terbuka kepada semua kaum lelaki dan wanita berumur 21 tahun ke atas
  • Hak untuk mengundi dalam pilihan raya adalah simbol kedaulatan sebuah negara merdeka seperti Malaysia
  • Keputusan Pilihan Raya MPP ini dinantikan oleh orang ramai di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
  • Keputusan memihak kepada Parti Perikatan iaitu memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan
  • Antara faktor kemenangan Parti Perikatan adalah :
    • Sikap tolak ansur parti-parti yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya
    • Kebijaksanaan pemimpin parti berunding untuk mencari penyelesaian masalah politik
    • Kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik negara
    • Kesepakatan untuk menolak pengaruh Parti Komunis Malaya
    • Semangat untuk mencapai kemerdekaan yang berkobar-kobar
    • Manifesto pilihan raya yang dapat diterima umum
  • Kesan-Kesan :
    • Dasar kerjasama kaum dan politik pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang bangsa
    • Keharmonian dapat dijalin untuk mengelakkan perselisihan atau ketegangan kaum
    • Dasar kerjasama Parti Perikatan berikan kejayaan dalam setiap pilihan raya
    • Parti Perikatan mengamalkan dasar bermuafakat dan berkongsi kuasa dalam pengurusan sesebuah negara
    • Setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara yang dapat diterima semua pihak
    • Sikap hormat menghormati, bertoleransi dan bertimbang rasa patut menjadi amalan dalam kehidupan kita
    • Kerjasama kaum merupakan asas penting perpaduan negara

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami tentang Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.

 

(Visited 494 times, 1 visits today)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here