PERMOHONAN

Borang Permohonan Tabika Kemas Dan Taska 2018

Permohonan Tabika Kemas Ambilan Tahun 2018

Permohonan Kemasukan Ke Tabika Kemas Dan Taska Ambilan 2018. Mahu menghantar anak anda ke Tabika Kemas? Dikongsikan dari makluman Facebook KEMAS, Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tabika dan Taska KEMAS 2018 kini di buka. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Tabika Kemas Dan Taska 2018 dari bulan Julai hingga November 2017.

Pendaftaran kemasukan ke KEMAS adalah dibuka untuk anak-anak yang berusia 5 – 6 tahun. Pemohon (ibu bapa) perlu mengisi borang permohonan/ pendaftaran KEMAS iaitu TABIKA (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) dan TASKA (Taman Asuhan Kanak-Kanak).

Borang Permohonan Tabika Kemas Dan Taska 2018 700x298 - Borang Permohonan Tabika Kemas Dan Taska 2018

Borang Permohonan Tabika Kemas Dan Taska Kemas 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Tabika dan Taska Kemas tahun 2018 meliputi muat turun borang pendaftaran. Pemohon perlu menyediakan dokumen seperti yang tertera di borang permohonan KEMAS.

Cara Download Borang Permohonan Kemas

  • Klik TABIKA
  • Klik TASKA

Syarat Kemasukan Ke TABIKA KEMAS 2018

Berikut adalah syarat kemasukan kanak-kanak ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) 2018

  • 1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
  • 2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  • 3. Permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS tahun 2018 akan dibuka mulai Julai hingga November 2017.
  • 4. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portak Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  • 5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  • 6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan.
  • 7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima/ Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  • 8. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2017.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran TABIKA KEMAS

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Syarat Kemasukan TASKA KEMAS 2018

  • Klik SYARAT TASKA 2018

Oleh itu buat ibu bapa dan penjaga, jangan lepaskan untuk mendaftar ke Tabika dan Taska KEMAS secepat mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Selamat membuat Permohonan Tabika Kemas Dan Taska anbilan 2018. Semoga permohonan pendaftaran kemasukan anak anda berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *